Want your
own Fotopage?








 
Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 13-Nov-2009 08:30 Email | Share | | Bookmark
Seminar Kepimpinan Pengawas SMK Jalan Reko (13.11.09)

2 tahun yang lalu, Speak Out AMPAC pernah menjelajah ke SMK Jalan Reko. Dan ini berulang tetapi dengan modul yang lebih padu dan mantap : Seminar Kepimpinan Pengawas!

Seramai 80 orang pengawas SMK Jalan Reko telah dipilih untuk mengikuti seminar 4 jam ini dan sesungguhnya mereka cukup teruja dan kini bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin!

Ingat, tanggungjawab ini diberikan oleh Tuhan untuk dilaksanakan dengan amanah dan penuh dedikasi. All the best untuk semua!








Care to comment?


Thursday, 12-Nov-2009 10:00 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pecutan Akhir SPM MRSM Tun Ghafar Baba (12.11.09)

Pertama kali Speak Out AMPAC menerobosi dunia MRSM dan MRSM yang pertama menerima kunjungan kami adalah MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka!

Seramai 439 orang calon SPM dikumpulkan untuk bersama-sama Saudara Badrul Sani, berkongsi dan terinspirasi untuk terus berjuang dalam menghadapi peperiksaan terpenting pelajar sekolah di Malaysia.

Alhamdulillah, meskipun ramai, namun seminar ini berjaya menarik perhatian dan penyertaan kesemua peserta yang ada! Tahniah diucapkan kepada semua atas kerjasama dan minat yang ditonjolkan!

InsyaAllah, kami sentiasa mendoakan kejayaan semua di sana! All the best! NOW is the moment!









Testimonial Peserta

"The Best Motivation Session in the Best Timing! Melalui program ini, saya sudah jumpa apa yg saya sedang cari selama ini. Terima kasih!"
AHMAD ASYRAF BIN JAUHARI

"Bagus! Sangat berguna terutama bagi pelajar yang akan hadapi SPM & dalam tekanan. Program ini mengingatkan kami tentang apa yg kami lupa!"
MUHAMMAD BADRUL AMIN B. SAIBU

"This programme is the best one that I ever had! Hope to join it again next time!"
HIDAYAH SOFIA BT. HIDZIR

"Best giler Abg Badr! Motivasi luar biasa! Haha. First time tak mengantuk! Terus success! Doakan kami SPM straight As!"
NORLIYANA BT. ABDUL SATAR

"I am in awe of Abg Badr's captivating personality! His charisma oozes out of every inch of himself. Abg Badr's high self-esteem inspires me! "
DIAN SYAFIQAH BT. DZURLL KANIAN

Care to comment?


Wednesday, 11-Nov-2009 09:00 Email | Share | | Bookmark
Seminar & Pertandingan Forum SDAR (11.11.09)

Untuk tahun 2009, ini merupakan kali terakhir Speak Out AMPAC berkunjung ke SDAR. Berlainan dengan sesi-sesi terdahulu, latihan kali ini memberikan peluang kepada peserta untuk beraksi. Pertandingan saringan ini diadakan bagi mencari 5 kumpulan yang terbaik bagi berentap untuk pusingan yang berikutnya!

Walaupun banyak kelemahan, Saudara Badrul Sani dalam nasihatnya percaya bahawa mereka semua mampu untuk menjadi jauh lebih baik. Dengan syarat, latihan perlu konsisten!

All the best untuk semua ye!








Care to comment?


Monday, 9-Nov-2009 09:00 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang SMS Kepala Batas (9.11.09)

Wah, nampaknya buat pertama kalinya dalam sejarah, Speak Out AMPAC telah memberikan impak kepada seluruh pelajar di sebuah sekolah! Jika 8.11.09 kami bersama dengan para pemimpin pelajar, hari ini kami berpeluang pula berkongsi dengan para pelajar SMS Kepala Batas!

Alhamdulillah, seminar ini menjadi perkongsian yang cukup mantap. Khususnya apabila berjaya membuka minda dan upaya para peserta untuk berbicara! Tahniah kepada semua ye!








Care to comment?


Sunday, 8-Nov-2009 09:00 Email | Share | | Bookmark
Seminar Kepimpinan Pelajar SMS Kepala Batas (8.11.09)

Sekolah Menengah Sains Kepala Batas buat julung kalinya menjemput Speak Out AMPAC sebagai tenaga pengajar dan pembimbing dalam Seminar Kepimpinan Pelajar SMS Kepala Batas. SMSKB atau SAKBA merupakan sebuah sekolah yang baru beroperasi kurang daripada setahun.

Walaubagaimanapun, semangat dan potensi yang ditampilkan oleh para pemimpin pelajarnya begitu membanggakan! Hampir seharian kami di sana dan kami pulang dengan kepuasan! Semoga perkongsian ini membantu melahirkan pemimpin muda yang hebat dan berdedikasi!










Care to comment?


Wednesday, 28-Oct-2009 08:30 Email | Share | | Bookmark
Seminar Bijak Berbicara Kolej Dar Al-Hikmah (28.10.09)

Kolej Dar Al-Hikmah telah menjemput Speak Out AMPAC untuk berkongsi dan membimbing para penuntut kolej tersebut dalam menguasai kemahiran berbicara yang berkesan.

Diadakan di Dewan Syura KDH, seminar ini berlanjutan hingga hampir jam 12 tengah malam atas permintaan para peserta yang sememangnya ceria dan mahukan ilmu.

Pelbagai perkara dikongsi dan tips diberi supaya generasi muda ini akan hidup sebagai manusia yang pintar akalnya dan cemerlang kemahiran insaniah mereka!

Tahniah kepada penganjur dan semua yang terlibat!








memang bes abg bad ni...sekarang kami memang tgh praktik sume tip2 yang abg bad ajar... pisang... Sun 8-Nov-2009 16:05
Posted by:ariff hf_awib@yahoo.com.my
Add comment


Thursday, 22-Oct-2009 09:00 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pengenalan Dunia Berbicara SDAR (22.10.09)

Untuk kesekian kalinya, Saudara Badrul Sani dijemput ke Sekolah Dato Abdul Razak, SDAR. Cuma kali ini agak berbeza, kerana amanah yang dipikul adalah untuk memperkenalkan dunia berbicara yang meliputi Pidato, Debat dan Forum.

Seminar yang dihadiri oleh 160 orang pelajar tingkatan 3 ini telah berjaya membuka minda peserta untuk mencuba sesuatu yang baru. Dan alhamdulillah, program 2 jam dirasakan seperti setengah jam dan para peserta tampak begitu teruja dengan segala pembentangan serta aktiviti yang dilakukan!

Tahniah kepada semua! Ingat, jangan takut untuk mencuba. It's all about your mind!!








Care to comment?


Wednesday, 21-Oct-2009 08:00 Email | Share | | Bookmark
Seminar Kepimpinan Pengawas SK Kantan Permai (21.10.09)

SK Kantan Permai mengamanahkan Speak Out AMPAC untuk melaksanakan Seminar Kepimpinan Pengawas. Seminar yang dihadiri oleh 170 orang pemimpin pelajar ini terdiri daripada peserta seawal usia 7 tahun!

Dan alhamdulillah, walaupun hanya seketika, para peserta, guru dan juga ibu bapa berpuas hati dengan Seminar Kepimpinan Pengawas ini. Tahniah kepada semua!

Semoga menjadi pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang!












abg badr ltk lah gmbr byk2 lg....
hahahahaha
Sat 31-Oct-2009 07:05
Posted by:yusliana nuryusliana@yahoo.com
issshhhh....asal gmbr aq xde?? Sun 15-Nov-2009 03:24
Posted by:syamimi syamimi_mimi98@yahoo.com
best lah prgm niew....klu bleh datanglah skul niew lagi and wat agiew seminar niew ok???
WhAtEvEr!!!
hehehehehehehehehe
Wed 18-Nov-2009 06:58
Posted by:aqilah qila_98_real@yahoo.com
View all 11 comments Add comment


Sunday, 11-Oct-2009 09:53 Email | Share | | Bookmark
Seminar Asas Bijak Berbicara @ AMPAC (11.10.09)

Best! Itulah perkataan yang diungkapkan oleh peserta yang hadir ke Seminar Asas Bijak Berbicara yang diadakan baru-baru ini di AMPAC. Program yang lebih bercorak santai (maklumlah hari Ahad), dan ekslusif ini berjaya membuka minda dan hati para peserta tentang persoalan-persoalan asas seni berbicara.

Pelbagai golongan yang hadir pada hari tersebut. Penuntut GMI, Pelajar Master UKM, Usahawan Fusion Excel, Usahawan HLM, Pegawai Kerajaan, Pegawai Korporat dan Jurulatih Membina Facebook.

Yang menariknya, Saudara Badrul Sani telah mengaitkan semua yang dipelajari dengan situasi peserta masing-masing. Dan ini amat memudahkan pemahaman dan penghayatan mereka sepanjang seminar.

Alhamdulillah, ada yang rasa tak puas dan ingin menyambung lagi latihan ini dalam kumpulan yang lebih kecil. InsyaAllah ini mampu membantu lagi insan lain untuk terus cemerlang dalam dunia seni berbicara.

Tahniah kepada semua!! Dan terima kasih kepada Fusion Excel kerana menaja Seminar Asas Bijak Berbicara!






Care to comment?


Thursday, 8-Oct-2009 08:30 Email | Share | | Bookmark
Seminar Time Management SK Putrajaya Presint 11(1) (8.10.09)

Untuk kesekian kalinya, Speak Out AMPAC kembali ke SK Putrajaya Presint 11 (1) untuk membimbing para pelajar dan guru.

Bertemakan seminar pengurusan masa, para pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun 5 ini dicanai dengan kaedah pengurusan masa yang efektif dan praktikal.

Jadual yang dibuat berbeza dengan yang biasa dan ada pula kaedah untuk memastikan jadual yang direncana dapat dilaksana! Rugi bagi mereka yang tidak menyertai seminar ini. Dan bagi yang telah menyertai seminar ini, teruskan usaha dan ingat, BILA PERLU CEMERLANG? NOW!









Testimonial

"Best, lawak, attractive dan berkesan untuk murid2"
'IFFAH BT.MERIS JEMADI

"Seronok kerana dapat belajar sambil bergembira. Semoga Abg Badr datang lagi ke sekolah ini."
SYAHIDAH RAZI BT. ABDUL RAHIM

"Penceramah paling best. Abg Badr the best!"
MARYAM BT. SAIFUL BAHRI

Wed 14-Oct-2009 13:53
Posted by:arif arifalif@gmail.com
best betulah ceramah abg badr ni!saye rase ceramah abg badr yg paling best sekali! Sun 25-Oct-2009 15:29
Posted by:safiah farah aliaa bt Noorizan safiahalia_19@yahoo.com
best nyer ceramah adg badr nie!!!!!!!! smpai bdak skolah kami naik giler sbb sronok dengr ceramah adg badr nie...ish3 hahaha ...ByE See U Sun 1-Nov-2009 10:13
Posted by:aisyah farzana aisyahfarzana@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.