|
|
| Wednesday, 7-Oct-2009 11:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jelajah Pembicara Gemilang SRA Al-Farabi (7.10.09)
|
|
Buat pertama kalinya Speak Out AMPAC menjelajah ke Klang, Selangor bagi berkongsi tips dan pengalaman dunia bijak berbicara bersama para pelajar darjah 5 & 6 di Sekolah Rendah Agama Al-Farabi.
Best memang best. Tapi yang penting, mereka ini mendapat pendedahan yang cukup bermanfaat dan bermakna bagi menjadi seorang Pembicara Gemilang!
Tahniah kepada semua~!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 6-Oct-2009 09:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Pecutan Akhir SPM & STPM SMK Bdr. Tasek Kesuma (6.10.09)
|
|
SMK Bandar Tasek Kesuma sekali lagi mengamanahkan kepada Speak Out AMPAC untuk membimbing para pelajarnya yang kini sedang bersedia untuk SPM & STPM.
Alhamdulillah, meskipun ramai dan padat, konsentrasi yang diberi amat tinggi dan penyertaan yang dipamer amat memberangsangkan! Tahniah kepada anda semua! Ingat, semuanya bermula dengan anda!
All the best for your SPM & STPM!!!
Testimonial
"Funny, penuh keinsafan, aktif dan berkesan!"
SITI AISYAH BT. ZULKAFLI
"Terbaik dan terhebat. Seminar yang tidak membosankan."
AIMAN AGUS SYUKRI B. SUMIRAN
"Best giler-giler...Tatau mcm mana nak cakap.. Abang memang best!!"
ABDUL FALIQ HAKIM BIN RAHIM
"So good!! I feel confident now. Thanks..."
NURUL JANNATUNNAIM
"Terima kasih kerana membuka minda saya."
LAWRENCE KUMAR A/L KUMARESAN
"Excellent Booster for me to excel in my life in future!!"
J. HARVIN RAJ
"Terima kasih sebab saya berasa lebih yakin dan tenang untuk menghadapi SPM. Thank you."
MUHAMMAD HAFIZUDDIN B. ABDUL HALIM
|
|
|
|
|
|
| Friday, 2-Oct-2009 09:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Bijak Berbicara UiTM Kedah (2.10.09)
|
|
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah Darul Aman telah menjemput Saudara Badrul Sani untuk bersama-sama dengan para mahasiswa dan mahasiswi jurusan perbankan Islam dan pemasaran dalam Seminar Bijak Berbicara!
Seminar setengah hari ini berjaya menjawab pelbagai permasalahan yang dilalui oleh mahasiswa dalam menjadi modal insan berminda kelas pertama khususnya dalam aspek komunikasi dan kerjaya. Bersama dengan para pelajar yang sporting dan selamba, seminar ini sememangnya meriah dan sekaligus membuang rasa takut dan malu mereka yang kurang yakin berbicara.
InsyaAllah, jika ada rezeki, kita bakal bertemu lagi! All the best UiTM Kedah!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 15-Sep-2009 05:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Asas Bijak Berbicara @ USIM (13.9.09)
|
|
Seminar Asas Bijak Berbicara kini sudah dilancarkan. Sepertimana yang diuar-uarkan, Seminar Asas Bijak Berbicara merupakan sebuah platform untuk meningkatkan mutu seni berbicara dan dalam masa yang sama memberikan peluang kepada mereka yang membeli buku Bijak Berbicara Mencuit Rasa sepanjang tempoh promosi ini untuk menjadi seorang yang hebat berkomunikasi.
Destinasi pertama kami ialah Universiti Islam Sains Malaysia! Ya, USIM menjadi pilihan pertama setelah berpuluh-puluh mahasiswi/wanya membeli buku Bijak Berbicara Mencuit Rasa baru-baru ini. Justeru, sebagai penghargaan, seminar ini diadakan terus di USIM bagi memudahkan semua peserta menghadirinya!
Bermula jam 9pg dan berakhir pada pukul 2 ptg, Seminar Asas Bijak Berbicara menyaksikan bagaimana 9 soalan asas paling popular dijawab, dihurai dan dirungkai satu persatu oleh Saudara Badrul Sani. Dengan aktiviti-aktiviti yang padat dan menyeronokkan, seminar ini telah berjaya membuka minda dan mata para peserta tentang kaedah-kaedah praktikal dalam dunia seni berbicara.
Dan Seminar Asas Bijak Berbicara telah ditaja oleh Fusion Excel International yang membolehkan seminar ini djalankan secara percuma! Terima kasih kepada Saudara Alafzar Kusyairi, Presidential Director, yang telah meluangkan masa bersama kami di samping menyampaikan sedikit sebanyak motivasi dan input tentang produk Fusion Excel yang sememangnya hebat.
InsyaAllah, sepertimana harapan para peserta, kami juga meletakkan matlamat untuk melaksanakan lebih banyak seminar seperti ini di universiti/kolej di seluruh Malaysia bersama rakan sekutu kami, Fusion Excel International.
Mudah-mudahan kita mampu untuk membangunkan pontesi modal insan di negara ini dengan jayanya!
Testimonial Program
Pada pendapat saya, Seminar Asas Bijak Berbicara amat menarik dan bagus untuk semua lapisan masyarakat terutamanya bagi mahasiswa mahasiswi university. Seminar ini juga dapat menambahkan pengetahuan yang berguna kepada saya dan dapat membentuk diri kea rah yang lebih baik. Ini menjadikan saya semakin berani untuk berbicara.
NUR FADHILAH BT. KAMARUDIN
Seminar ini amat berkesan dan dapat memberikan keyakinan kepada saya untuk saya bercakap dan berhadapan dengan orang ramai. Sedikit sebanyak member kesedaran kepada saya betapa pentingnya berani dan bijak berbicara. Yang penting saya peroleh keyakinan dan enjoy dengan program ini! Thank u Abg Badrul!
NOR FARAH BT. MOHD. FARID
Fantastic… berjaya menyampaikan mesej…TAHNIAH…mampu menjadikan saya seorang yang tidak T.A.K.U.T.. Begitu memberangsangkan!
RAFIDAH BT. WAHAB@ABDUL WAHAB
Sangat berkesan, seronok, best sangat… Sangat professional dan banyak informasi yang dapat dijadikan ilmu yang sangat berguna dan tips-tips yang efektif!
NOR AZIMAH BT. ABDULLAH
Seminar ini amat berkesan kepada diri saya dalam mengetahui kaedah untuk berkomunikasi dengan efektif. Selain itu, saya dapat mengetahui cara untuk mengatasi perasaan gemuruh ketika bercakap. Program ini juga menjadikan saya lebih berani untuk bercakap.
NURUL AZREEN BINTI SAYUTI
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 20-Aug-2009 11:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jelajah Pembicara Gemilang SMK Putra Perdana (20.8.09)
|
|
Buat pertama kalinya, Speak Out AMPAC menjejakkan kaki ke SMK Putra Perdana. Sebuah sekolah yang baru beroperasi selama 2 bulan. Cantik dan bakal menjadi semakin cantik!
Program kali ini merupakan satu perkongsian kemahiran berbicara efektif bersama para pemimpin pelajar SMKPP. Seperti biasa, program ini padat dengan informasi dan diselangi gelak tawa peserta yang ceria. Dan di akhir ceramah, mereka pula diuji dengan permainan yang memerlukan keyakinan dan kemahiran berbicara!
Syabas kepada semua pemimpin pelajar SMK Putra Perdana! Semoga anda mampu menjadi pemimpin pelajar yang cemerlang!!!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 15-Aug-2009 20:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Latihan Apprentice Seni Berbicara AMPAC 10 (15.8.09)
|
|
Buat kesekian kalinya AMPAC menganjurkan Latihan Apprentice Seni Berbicara untuk para pelajarnya dan kali ini merupakan giliran AMPACers 10 (batch yg ke-10).
Para pelajar telah dilatih untuk berpidato oleh Saudara Badrul Sani, from zero to hero, dan pada malam itu, mereka dilatih untuk berpidato di hadapan orang ramai yang berpusu-pusu pada malam minggu ke Kompleks PKNS Bangi.
Alhamdulillah latihan ini telah membuka minda dan semestinya menanam keyakinan yang mendalam di kalangan pelajar untuk berbicara di hadapan orang ramai. Tahniah kepada semua! Dan latihan kita belum habis ye....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 12-Aug-2009 10:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Brilliant Students SMK Bdr. Tasek Kesuma (12.8.09)
|
|
Buat pertama kalinya kami menjejakkan kaki ke SMK Bandar Tasek Kesuma di Semenyih. Perjalanan yang tenang dan tampak relaks suasana persekitarannya.
Kali Seminar Brilliant Students dihadiri oleh 60 orang pelajar-pelajar terpilih SMKBTK yang sememangnya bijak dan hebat latar belakangnya. Alhamdulillah, seperti biasa, Seminar Brilliant Students meninggalkan impak yang cukup besar untuk mereka yang menyertainya. Dan pelajar SMKBTK tidak berkecuali.
InsyaAllah jika tips-tips ini dijadikan bekalan dan panduan, mereka ini akan menjadi pelajar yang cemerlang di sekolah menengah, universiti dan menjadikan hidup mereka lebih bermakna! Tahniah kepada semua!!!
Testimonial
"Sangat bagus kerana ia telah menaikkan semangat saya untuk belajar bersungguh-sungguh!"
MUHAMMAD ASYRAF BIN ABD HARIS
"Seminar Brilliant Students ini memang Da Bomb & Best Giler!"
ARISYA BT. AZLAN
"Sangat sangat sangat bagusss!"
MUHD IKHMARIZAL BIN ANUAR
"Best sangat! (It made my day!)"
WAN NURADILAH BT. WAN MOHD LOTFI
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 4-Aug-2009 11:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Bijak Berbicara Wanita ISMA (4.8.09)
|
|
Wanita ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) telah menghantar beberapa orang wakil untuk menyertai seminar intensif bijak berbicara bersama Speak Out AMPAC.
Ia merupakan sebuah seminar yang menggabungkan perkongsian teori dan pelaksanaan latihan-latihan praktikal bersama Saudara Badrul Sani dalam aspek seni berbicara. Bermula jam 11pagi dan tamat pada pukul 5 petang, seminar ini berjaya membuka minda para peserta tentang betapa mudahnya untuk cemerlang berbicara di hadapan audiens dan betapa cepatnya seseorang itu boleh mengatasi masalah takutnya untuk bercakap di depan orang ramai.
Dengan bilangan peserta yang sedikit, seminar ini berjaya memberikan fokus eksklusif kepada setiap orang yang hadir. Pelbagai analisa dibuat dan setiap penilaian membantu mereka dalam memperbaiki dan meningkatkan mutu seni bicara masing-masing.
Terima kasih kerana mempercayai Speak Out AMPAC. Semoga Wanita ISMA terus maju dan maju.
"Seminar ini amat menarik, bermanfaat, banyak info. Latihan amali yang diadakan banyak membantu. Slot yang diadakan tidak menjemukan, dua hala. Menambahkan keyakinan untuk berbicara selepas ini."
USTAZAH NORLIDA BT. KAMARUDIN
"Merupakan seminar yang cukup bagus dan saya tunggu sekian lama. Kelemahan dari sudut meyakinkan diri untuk bercakap dapat diatasi. Banyak tips berharga yang boleh memajukan diri untuk terus bijak berbicara."
USTAZAH ZULIKHA ALI
|
|
|
|
|
|
| Friday, 31-Jul-2009 14:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Bicara Pemimpin SMK Jalan Empat (31.7.09)
|
|
Satu jemputan istimewa dari SMK Jalan Empat menerusi anak didik Saudara Badrul Sani, Rasyidah Rehir telah dipenuhi oleh Speak Out AMPAC.
Satu perkongsian nilai kepimpinan pengawas yang ringkas tetapi padat dengan info dan aktiviti yang menguji kepimpinan dan kepemimpinan pelajar. Dari kawad kaki, K.E.S.A.N.T.U.N.A.N., LDK Krisis Kepimpinan, Dunia Kelam Tanpa Pimpinan dan pelbagai lagi nasihat untuk memanifestasikan pemimpin muda yang cemerlang.
Mudah-mudahan kita dapat berjumpa lagi pada masa mendatang. Selamat menjalankan tugas ye!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 29-Jul-2009 23:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber SK Tmn Rakan (29.7.09)
|
|
Kembali semula ke SK Taman Rakan dan hari ini Seminar Kepimpinan diadakan khas untuk para pengawas pusat sumber sekolah yang terdiri daripada 70 orang pelajar tahun 3,4,5 dan 6.
Berbeza dengan hari pertama, seminar ini menekankan lebih kepada nilai dan cirri tersendiri yang perlu wujud bagi seorang pengawas pusat sumber yang cemerlang.
Kawad kaki, latihan dinamika kumpulan, dan pelbagai permainan IQ, EQ & SQ dijadikan perantaraan bagi menyampaikan mesej Speak Out AMPAC, dan alhamdulillah semuanya memberikan impak yang mendalam kepada para peserta.
Tahniah kepada semua! Selamat menjadi Penjaga Gedung Ilmu Yang Ulung!
|
|
|
|