Want your
own Fotopage?








 
Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 29-Apr-2008 08:30 Email | Share | | Bookmark
Seminar Brilliant Students Pljr Perdagangan Daerah Hulu Langat

Speak Out AMPAC kali ini dijemput untuk berkongsi teknik belajar berkesan dan motivasi diri bersama para pelajar aliran perdagangan dari sekolah-sekolah sekitar daerah Hulu Langat. Bayangkan puluhan buah sekolah mengambil bahagian dalam program ini menerusi wakil-wakil pelajar yang dihantarnya.

Seminar Brilliant Students Siri II ini meletakkan objektif program kepada penguasaan teknik menjaga dan mengurus masa dengan berkesan. Konsep jadual dinamik, pendekatan Daily Mission dan kaedah 2V menjadi petua efektif yang diutarakan oleh Saudara Badrul Sani. Alhamdulillah, bukan sekadar pelajar yang menerima manfaat, para guru yang turut hadir juga menerima tempiasnya!

Terima kasih kepada semua! Dan selamat maju jaya untuk SPM!!













Testimonial Pelajar


“Sangat bagus dan saya yakin saya boleh berubah selepas ini!”
NOOR SHAHIRA BINTI SADALI
Pelajar SMK Tmn Jasmin 2

“Best sangat. Dapat belajar cara menguruskan masa dengan berkesan.”
NORLINDA BT SHARIF
Pelajar SMK Jalan Bukit

“Program ini dapat memajukan diri dan cemerlang dalam SPM.”
MUHAMMAD HAKEM BIN MOKHTAR
Pelajar SMK Tasek Permai

“Bagi saya, seminar ini spontan, yang membuatkan ia best buat pelajar yang lebih suka suasana yang sporting.”
SITI FATIMAH SHAHIDIN
Pelajar SMK Saujana Impian

“Abg Badr best! Saya rasa diri saya lebih berkeyakinan selepas dimotivasi dengan Abg Badr!! And a lot of information!”
NURSHAZWANI BT MOHD DAUT
SMK Bandar Tun Hussein Onn II

Testimonial Guru

“Sangat baik bukan hanya pada murid malahan guru.”
PN. NOOR AINI HARUN
Guru SMK Tinggi Kajang

“Tahniah & terima kasih. Penyampaian yang berkesan dan ceria!”
PN. HASIMAH HJ JAMALUDIN
GPMP Teknik & Vokasional
SMK Dusun Nanding


tak de sapa nak komen ke? Thu 1-May-2008 14:18
Posted by:azhad muhd_zad93@yahoo.com
Add comment


Friday, 25-Apr-2008 14:49 Email | Share | | Bookmark
Seminar Brilliant Student SMK Bandar Damai Perdana

SMK Bandar Damai Perdana telah menganjurkan Seminar Brilliant Students untuk para pelajar tingkatan 1 dan 2 yang terpilih untuk menyertai Kelas Rancangan Khas dan kelas-kelas terawal di sekolah tersebut. Justeru, Speak Out telah dijemput untuk menyempurnakan misi ini dengan jayanya.

Alhamdulillah, seminar ini berjaya dalam membantu para peserta mendalami teknik belajar yang praktikal dan berkesan. Mudah-mudahan para peserta akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang! Let’s go!










Testimonial

“Best sangat. Seminar yang bagus untuk semua pelajar. Kalau boleh datang lah lagi.”
NUR ADILA KAMILAH BT. MAT YUSOF

“Seminar yg paling bagus dan best.”
KIMBERLY NATALLIE UMANG

“Seronok! Memang lain daripada ceramah lain!”
GOH CHENG HOO

“So fantastic. Give me a lot of information.”
N. VAITHISWARY

“Pendapat saya ialah sangat bagus dan sebuah motivasi yang berharga kepada saya.”
RAVEN JIT SINGH

gud luck pd sume k......korg sume mzt xknl ak...cz ak da beh blaja da... Fri 19-Dec-2008 07:44
Posted by:ray gogonight@yahoo.com
gud luck pd sume k......korg sume mzt xknl ak...cz ak da beh blaja da... Fri 19-Dec-2008 07:44
Posted by:ray gogonight@yahoo.com
bagus.dan.bagus.. Sat 2-May-2009 17:13
Posted by:jerome singh..xD retardpupil@hotmail.com
View all 8 comments Add comment


Monday, 21-Apr-2008 09:30 Email | Share | | Bookmark
Seminar Brilliant Students SAMTEN (Duo Edition)

SAM Hulu Langat atau lebih dikenali sebagai SAM10, buat pertama kalinya menjemput Speak Out AMPAC untuk berkongsi pengalaman dan ilmu bersama anak didiknya.

Dihadiri oleh pelajar tingkatan 5 pada sesi pertama dan pelajar tingkatan 4 pada sesi kedua, program ini meletakkan objektif utamanya dalam memberi semangat baru kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

Yang menariknya, saudara Badrul Sani sendiri terkejut dengan sikap proaktif dan sporting pelajar SAM10 sepanjang program tersebut. Memang boom la bebudak SAM10 ni.

InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi!













Testimonial Seminar Brilliant Students SAM10

”Seminar Brilliant Students ini betul-betul memberi impak kepada kami semua. Memang best and enjoy. Dan menyemarakkan lagi semangat kami!!”
ZAHIRAH ALAM SHAH

”Sangat menarik dan kalau boleh datang lagi”
AHMAD NOOR MUTTAQIN NOOR SALIM

”Motivate me to change! NOW!”
NUR AZHAMI MOHD ALANG

“Banyak memberikan motivasi dan pemilihan pensyarah motivasi yang bagus”
MOHAMAD AKMAL MOHAMAD ANUAR

”Seminar ini banyak memberi ransangan dan kembali bersemangat untuk berjaya di dunia dan akhirat.”
AMALINA BT OMAR

semekom samten..lme xjmp kn..huhu..ntahlh aq pown xtau nk komen ape just nk gtau..smoga bhgia di samten..terutama utk yg tut..kla aq chow dlu.. Tue 14-Apr-2009 07:15
Posted by:angah93
Add comment


Saturday, 19-Apr-2008 09:18 Email | Share | | Bookmark
Kem Kepimpinan Muda; Etiket Dalam Kepimpinan SMK Jalan 3



SMK Jalan Tiga sekali lagi mengamanahkan tugas untuk membimbing anak didik mereka kepada Speak Out. Dan kali ini tugas yang diberikan agak besar iaitu melatih para pemimpin pelajar sekolah tersebut menerusi Kem Kepimpinan Muda; Etiket Dalam Kepimpinan SMK Jalan Tiga.

Bertempat di Kem Rimba Ria Suara Hutan, kem ini diadun dengan aktiviti yang sememangnya menjana sifat kepimpinan dan kepemimpinan yang sejati. Di sebalik aktiviti-aktiviti enjoy dan selamba, setiap satu daripadanya memiliki objektif kepimpinan yang jelas dan berkesan.

Ice Breaking, Pembentukan Negara, Pembinaan Tugu, River Crossing, PVC Challenge, Night Walk, Sentuhan Motivasi,dan Leaders Fun Race merupakan antara aktiviti yang dijalankan. Dan semuanya berjalan dengan lancar dan efektif, alhamdulillah!

Semoga kem ini bakal membantu para pemimpin pelajar SMK Jalan Tiga untuk terus cemerlang! Because leaders, you are the... Best!

Alriggghhhtttt!




















Testimonial Kem Kepimpinan Muda SMK Jalan 3


“Sungguh menyeronokkan, fasi yang baik dan yang paling ‘um’ ialah makanan yang sedap!” (5 Bintang)
MUHAMMAD KHAIRUL AMAR

“Pada pendapat saya, kem ini merupakan sebuah kem yang memberangsangkan daya pemikiran, ketahanan mental dan fizikal dan menjadikan seorang yang berani.” (5 Bintang)
NUR LIYANA MAT NAFI

”Aktiviti die sume best2! Yang paling best Night Walk dan Leaders’ Fun Race. Mengajar bagaimana untuk menjadi pemimpin yang sebenar!” (4 Bintang)
NUR FARAHAIN ISMAIL

“Seronok dan memang berbaloi!! Dengan mendapat ilmu di kem ini, cirri kepimpinan saya pasti akan bertambah baik. Dan masa yang diberi kepada pelajar cukup dan membuatkan pelajar tidak kelam kabut dan kami berasa amat selesa.” (4 Bintang)
AIN ZUBAIDAH MOHD SUHAIMI

”Kem ni gempak! Bila nak buat lagi?” (5 Bintang)
FARAH WAHIDA SHAFII


saya bagi10++ bintang untuk kem ni,apa apa pun wish youall luck and be the best leaders. BE-COZ, leadears!YOU ARE THE.......BEST! Mon 28-Apr-2008 06:56
Posted by:azhad muhd_zad93@yahoo.com
cuba teka sape yg pakai topi warna biru.............
Mon 28-Apr-2008 08:43
Posted by:azhad muhd_zad93@yahoo.com
huhuhuu...abg fasi yang lemah lembut...????? baik hati tu konfem.... Tue 6-May-2008 04:45
Posted by:taqiuddin bin tabarani
View all 7 comments Add comment


Thursday, 17-Apr-2008 13:41 Email | Share | | Bookmark
Seminar Brilliant Students SMK Dusun Nanding

Best! Speak Out buat kesekian kalinya hadir ke SMK Dusun Nanding. Dan kali ini untuk bersama para pelajar tingkatan satu dari kalangan kelas rancangan khas dan kelas-kelas terawal.

Alhamdulillah program ini menjadi satu perkongsian ilmu yang menarik dan sesuai untuk mereka yang perlu mengekalkan kecemerlangan dan dalam masa yang sama mencorakkan kejayaan baru dalam dunia sekolah menengah. Tahniah!








u must always do exercise rightly after studying the subject... Go to my blog... www.badrulsani.com... and find topic input and output under category of study skills... Wed 21-May-2008 02:15
Posted by:Abg Badr badrulsani@badrulsani.com
Kenapa sikit je foto?? Thu 19-Feb-2009 12:31
Posted by:Joanna Jackson joanna_12@live.com.my
bestnye... dtg ar sekolah kitaorang lagi.. Sat 1-Aug-2009 06:54
Posted by:nanie japanhoneyz@yahoo.com
View all 7 comments Add comment


Saturday, 12-Apr-2008 09:00 Email | Share | | Bookmark
Kem Jom Bijak Berbicara Kolej Profesional MARA, Melaka

Kolej Profesional MARA Melaka telah memberikan kepercayaan penuh kepada Speak Out AMPAC dalam membimbing dan melatih anak didiknya khususnya dalam bidang seni berkomunikasi. Menerusi modul unggul dan menarik Kem Jom Bijak Berbicara, Speak Out telah berjaya membawa 150 orang peserta ini menyusuri kepentingan dan kaedah berbicara dengan cemerlang.

Dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menyeronokkan, kem ini telah merungkai rahsia untuk mengatasi ketakutan berbicara. Bukan sekadar secara teori malah pendekatan praktikal digunakan sepenuhnya untuk memastikan para peserta yang hadir tidak pulang dengan tangan kosong.

Alhamdulillah, ramai di antara mereka yang pada mulanya agak pendiam, kurang yakin dan gemuruh akhirnya bertukar menjadi seorang yang berani dan yakin untuk berbicara. Dan bicara mereka pula ditunjangi teknik yang menyebabkan pendengar terpengaruh dan tertarik. Syukur kepada Ilahi kerana dengan kebenarannya, kem ini berjaya mencapai matlamat!

Terima kasih kepada semua! All the best! Ada rezeki, kita jumpa lagi!!

















Testimonial Peserta

"Bengkel ini amat menyeronokkan dan amat memberi kesan dalam minda dan jiwa saya. Program ini memberikan saya kekuatan untuk berhadapan dengan penonton. Saya amat berpuas hati dengan program ini." (5 bintang)
NUR SYAKIRAH BT CHE DAUD
Diploma in Entrepreneurship

"Bagi saya bengkel komunikasi ini sangat menarik dan berbeza sekali dari seminar-seminar yang pernah saya hadiri. Banyak pengetahuan diperoleh dan saya sangat enjoy ketika seminar dijalankan." (5 bintang)
NURUL AZNIYANTI BT ZULKIFLI
Diploma in Business Study

"Program ini memang betul-betul seronok...Kalau boleh buat lagi. Program ini membolehkan saya berani untuk bercakap. Selama ini saya kurang berani nak cakap depan khalayak ramai." (4 bintang)
NURUL SYAZWANI BT. MD ZAKI
Diploma in Accountancy

"Bengkel ini berjaya menyelesaikan masalah yang saya hadapi iaitu masalah untuk berucap di hadapan orang ramai. Diharapkan bengkel ini dapat diteruskan sampai bila-bila. InsyaAllah." (5 bintang)
MUHAMMAD AZRAI B. AHMAD HAJAZI
Diploma in Entrepreneurship

kem nih best!!
abg badr nnt nk ikut agi!! =)
Wed 16-Apr-2008 11:09
Posted by:mirulz mies_boyzby91@yahoo.com
kem nih best!!
abg badr nnt nk ikut agi!! =)
Wed 16-Apr-2008 11:09
Posted by:mirulz mies_boyzby91@yahoo.com
best tak u all.slam hari raya
Wed 1-Oct-2008 14:36
Posted by:adam rax_jey1267@yahoo.com
Add comment


Tuesday, 8-Apr-2008 11:00 Email | Share | | Bookmark
Bengkel Pengurusan Masa SMK Kg Cheras Baharu

SK Kg Cheras Baharu buat kali ketiga mengamanahkan tugas untuk Speak Out dalam membangunkan potensi anak didik mereka. Kali ini, Speak Out diberikan tugas untuk melaksanakan bengkel pengurusan masa untuk para calon UPSR sekolah tersebut.

Bertempat di Institut Perguruan Islam, Bangi, Bengkel Bijak Mengurus Masa telah berjaya membimbing para peserta dalam merencana masa mereka dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Perkongsian ilmu seperti Jadual Dinamik, Daily Missions dan Teknik 2V sememangnya telah membantu peserta untuk menguruskan masa mereka dengan efektif!

Tahniah kepada guru-guru yang telah berpenat lelah menjayakan program ini! InsyaAllah mudah-mudahan ini mampu membantu para pelajar cemerlang bukan sekadar dalam UPSR tetapi juga dalam hidup masing-masing.








ABG BADR MEMANG BEST!!!
WHAT U TEACH!!!
NEVER I FORGET!!!!
Sun 11-May-2008 13:24
Posted by:aqilah96_skkcb shuffle_hardstyle96@yahoo.com
Add comment


Monday, 7-Apr-2008 02:43 Email | Share | | Bookmark
AMPAC Grand Bonding



AMPACers 4; kini giliran mereka pula untuk mengikuti AMPAC Grand Bonding di Pantai Seri Purnama, Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Program bersifat santai ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama AMPACers 4 di samping memupuk semangat survival di kalangan mereka.



Mereka yang kebanyakannya anak bongsu kali ini agak tercabar dengan misi-misi yang telah ditetapkan khususnya dalam bab masakan. Haha, macam-macam jadinya bila amatur cuba menunjukkan bakat. Walau bagaimanapun, tiada yang sakit perut sepanjang program tersebut!









Seperti biasa, AMPACers akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka akan berentap dalam segenap aspek sepanjang program tersebut. Daripada cara makan sehinggalah semangat kerjasama pasukan dalam menyelesaikan masalah.

Alhamdulillah program ini telah banyak mengurai rasa malu tak bertempat dan segan tak memasal di kalangan AMPACers 4. Mereka bukan lagi classmates...Mereka sekarang ialah adik beradik...






Care to comment?


Monday, 31-Mar-2008 12:13 Email | Share | | Bookmark
Seminar Brilliant Students SMK Perimbun

SMK Perimbun...Cantik dan aktif dengan aktiviti ko-kurikulum. Speak Out buat kali pertamanya menjejakkan kaki ke SMK Perimbun bagi berkongsi rahsia Brilliant Students menerusi modul menarik Seminar Brilliant Students.





Dihadiri oleh para pelajar Kelas Rancangan Khas, seminar kali ini mendedahkan kaedah pembelajaran dan teknik mengulangkaji yang berkesan untuk pelajar. Mudah-mudahan perkongsian ilmu yang dalam masa yang sama enjoy ini bakal membantu para peserta untuk mengukir kecemerlangan dalam PMR pada tahun depan! Gambate!





Testimonial

"Seronok, tidak membosankan, tak seperti ceramah lain yang membosankan."
MUHD. MIKHAIL B. SHARIFUDIN

"Merupakan satu seminar yang memberikan keyakinan dan cara-cara untuk menjadi Brilliant Students. Sangat bagus!"
DIVEYAH DIMPLE A/P RATNAM

"Motivasi ini memang best giler! Happening! Harap dapat lagi motivasi camni!"
NURUL DIANA AFKAH BT. KHAIRI (DYAN)

"Sangat bagus dan efektif. Seminar inin rock, funny dan senang difahami."
PIRAVINDRAN KUNALAN

Motivasi abg Bad memang best korang kat SMK perimbun best tak ??
Masa abg datang sekolah SMK Dusun Nanding Best giler.....
Thu 5-Nov-2009 12:30
Posted by:Joanna joanna_12@live.com.my
Add comment


Sunday, 30-Mar-2008 09:31 Email | Share | | Bookmark
Sesi Ice Breaking Program Usahawan Dirancang IEP

Ikatan Muslimin Malaysia atau ISMA, menerusi sayapnya ISMA Enterprenuership Program telah mengadakan satu seminar yang cukup bermanfaat untuk remaja iaitu Program Usahawan Dirancang. Program ini dianjurkan bagi memupuk minat, semangat dan ilmu kepada para peserta yang hadir bagi melahirkan usahawan muda yang bersistematik dan berstrategi.

Speak Out TMS telah diamanahkan untuk mengendalikan sesi ice breaking bersama para peserta yang hadir. Alhamdulillah, Saudara Badrul Sani atau lebih mesra dipanggil Abg Badr telah berjaya memecahkan bongkah-bongkah ais yang menyempadani rasa kekitaan di kalangan peserta yang hadir. Semuanya enjoy dan ada yang memberi komen yang ice breaking ini lain daripada yang lain!

Selamat menjadi usahawan terbilang!!!






Care to comment?


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.