|
|
| Friday, 28-Mar-2008 02:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kem Jatidiri: Etiket Dlm Kepimpinan SK Pandan Jaya
|
|
Speak Out TMS dengan kerjasama Badan Pengawas dan Unit Bimbingan & Kaunseling SK Pandan Jaya telah berjaya menyempurnakan program Kem Jatidiri: Etiket Dlm Kepimpinan pada 28 & 29 Mac 2008 di Kem Rimba Ria Suara Hutan, Sungai Congkak.
Disertai oleh 72 orang pemimpin pelajar, kem mensasarkan penerapan nilai kepimpinan sejati di samping suntikan motivasi dan membina keyakinan diri. Kem yang padat dengan aktiviti yang menyeronokkan dan dalam masa yang sama cukup bermanfaat ini telah berjaya membimbing para peserta menjadi lebih berani, berdisiplin dan berfikiran lebih matang. Tidak lupa dengan nilai kerjasama kumpulan yang telah dipupuk sepanjang program ini berlangsung.
Alhamdulillah, para pelajar dan guru amat berpuas hati dengan program ini dan rata-ratanya memberikan lima bintang dalam komen yang disediakan.
Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan program ini. All the best! Because leaders, you are the...?? BEST! BEST! BEST!
Testimonial
"Boleh menjadi lebih berani, bersemangat untuk memimpin dan aktivitinya membuatkan kami gembira."
ATIQAH AMIRA KAMAL
"Mencabar bagi semua orang dan boleh menjadi berani apabila membuat semua latihan di kem. Ia boleh menjadikan saya lebih bersemangat dan yakin pada diri saya."
NUR AQILAH MAHMOOD
"BEST. Kem ini memberi semangat pemimpin pelajar untuk saya. Ini adalah kali pertama saya pergi ke sebuah kem yang amat menyeronokkan! Terima kasih..."
SUWARNA LAKSHMI A/P RAMANATHAN
"Pendapat saya tentang kem ini ialah dapat berdikari dan dapat menjadi pemimpin yang cemerlang."
MUHD IMRAN B. MUHD IRWAN
"Program dan aktiviti yang menarik. Teruskan usaha yang murni untuk anak bangsa demi negara yang tercinta."
GURU PENGIRING, SKPJ
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 27-Mar-2008 14:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Brilliant Students SMK Cheras Perdana
|
|
Tepat jam 2ptg, Speak Out TMS memulakan program Seminar Brilliant Students bersama pelajar-pelajar cemerlang SMK Cheras Perdana dari tingkatan 1 dan 2. Peserta yang terdiri daripada pelajar kelas Rancangan Khas ini dipimpin oleh Saudara Badrul Sani dalam menerokai rahsia pelajar cemerlang.
Alhamdulillah sesi selama 2 jam ini tidak dirasai masa berlalu begitu pantas. Dan yang pastinya, para pelajar amat seronok dan paling penting mereka mendapat banyak informasi yang boleh digunakan untuk cemerlang dalam pelajaran! Best of luck to all of u!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 21-Mar-2008 15:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Program Al-Falah SMK Jalan 3 (Kem Yakin Diri)
|
|
Speak Out Training & Management Services baru-baru ini telah mengadakan Kem Yakin Diri; Ikhtiar Hidup bersempena dengan Program Al-Falah SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi. Program yang disertai pelajar-pelajar bijak seramai 42 orang ini diadakan di Kem Rimba Ria Suara Hutan, Sg. Congkak.
Program ini bertemakan survival dan matlamat utamanya adalah untuk membina keyakinan diri para calon SPM ini sebelum menghadapi peperiksaan terpenting tersebut. Meskipun begitu, program mencabar ini bersifat santai, enjoy dan adakalanya serius. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dilaksanakan ialah Latihan Dinamika Kumpulan, Nightwalk, Jungle Trekking, Ikhtiar Hidup, Flying Fox, dan pelbagai lagi aktiviti mencabar mental dan fizikal.
Sepanjang program ini, yang penakut akhirnya mampu mengatasi ketakutan. Yang manja akhirnya mengambil keputusan untuk menjadi lasak. Yang berani meningkatkan keupayaan menjadi pemimpin. Alhamdulillah, semua peserta yang menyertai program berasa amat seronok dan mendapat banyak pengajaran! Walaupun hujan lebat pada hari kedua, semua itu dilihat sebagai menyempurnakan lagi program ini sebagai program yang benar-benar adventurous!
Syukur segalanya berjalan dengan selamat dan menyeronokkan. Mudah-mudahan program ini bakal membantu para peserta ini mencorak kecemerlangan sebagai pelajar yang yakin! Tahniah semua! See you all in Kem Al-Falah 08 Reunion!!!
Testimonial
“Saya belajar banyak daripada kem ini. Terutama tentang keyakinan diri, kerjasama pasukan dan perlunya ingat Allah selalu walau di mana dan apa keadaan sekalipun. Kem ini bagus dan abang-abang dan kakak-kakak fasi semuanya senang serasi. Saya banyak belajar tentang cara-cara nak survive dalam hutan.”
MADIHA SYAKIRAH MOHD ROHANI
“Semuanya sempurna. Best sangat! Thanx. Dapat banyak pengetahuan” (5 Bintang)
ANIS SYAHIRAH ALI AZHAR
“Sangat menyeronokkan, sangat memuaskan, dan harus diteruskan!” (4.5 Bintang)
MUHAMMAD HANIF BIN MOHD ZAINAL
“Kem ini sangat membina keyakinan diri saya. Saya harap saya dapat menyertai sekali lagi kem ini. Akhir sekali, semua aktiviti begitu bagus dan menyeronokkan.” (5 Bintang)
AMEERAH HUSNA AB RAZAK
[b]
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 19-Mar-2008 08:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Pecutan Awal PMR SMK Dusun Nanding
|
|
SMK Dusun Nanding...Speak Out kembali ke Dusun Nanding dan kali ini kami bersama adik-adik tingkatan 3 SMKDN yang sporting dan panasss..Hehe.. Speak Out telah berkongsi pengalaman dan tips-tips untuk para calon PMR ini amalkan bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan penting itu kelak.
Mudah-mudahan seminar kita tadi dapat membuahkan hasil yang memberangsangkan dalam PMR kelak. It's all about your mind! Tahniah kerana bersemangat untuk berubah menjadi lebih cemerlang!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 17-Mar-2008 15:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Group Coaching Pidato & Forum SMK Jalan 4
|
|
JESS atau Jalan Empat Secondary School atau SMK Jalan 4 telah menjemput Saudara Badrul Sani untuk memberi dan berkongsi tips serta kaedah untuk menyampaikan pidato dan forum dengan cemerlang.
Adik Ihsan, Dayah, Tengku, Adlina dan Fatima Az-Zahrah merupakan antara peserta yang hadir pada hari tersebut dan kesemuanya bersemangat untuk membuat yang terbaik! InsyaAllah dalam menghadapi pertandingan pada minggu hadapan, mereka bakal membuat yang terbaik!
Best of luck to all of u!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 6-Mar-2008 11:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar BS & Jelajah PG (Trio Edition) SMK Pandan Indah
|
|
Buat pertama kali dalam sejarah Speak Out, dalam satu hari 3 ceramah diberikan kepada 3 kumpulan pelajar yang berbeza di sekolah yang sama....SMK Pandan Indah menyaksikah sejarah ini dicipta...
Marathon ini dimulakan dengan Seminar Brilliant Students untuk para calon PMR dan SPM SMK Pandan Indah. Kemudian selepas makan tengah hari dan solat zuhur, ceramah kedua pula diteruskan dengan modul Seminar Brilliant Students bersama para pelajar tingkatan 1. Yang menariknya 90% para pelajar yang hadir semuanya mengenali Saudara Badrul Sani kerana mereka pernah menghadiri Jelajah Pembicara Gemilang di sekolah rendah mereka dahulu...Dah jadi macam gathering...
Kemudian, selepas 10 minit berehat, ceramah ketiga pula diadakan untuk para pelajar Tingkatan 2 dan kali ini mereka mendapat input menerusi modul menarik, Jelajah Pembicara Gemilang. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, enjoyable dan bermanfaat untuk semua yg hadir secara sengaja atau tidak sengaja....
Syukur ke hadrat Ilahi kerana misi ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Tahniah kepada semua!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 4-Mar-2008 03:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Latihan "Apprentice" Seni Berbicara AMPAC (Kali Ke-2)
|
|
PKNS Bangi sekali lagi menjadi saksi... PKNS Bangi sekali lagi menjadi pentas pertarungan antara AMPACers dengan musuh mereka nombor 1 iaitu... KETAKUTAN DIRI!
Alhamdulillah Latihan "Apprentice" Seni Berbicara AMPAC kali ini dijayakan dengan 25 orang remaja dari pelbagai latar belakang dan sekolah yang menyampaikan pidato-pidato yang cukup hebat dan dalam masa yang sama bermanfaat untuk penonton yang hadir.
Speak Out AMPAC yang diketuai oleh Saudara Badrul Sani telah memimpin majlis latihan tersebut dengan berkongsi tips-tips hebat berbicara yang diselang selikan dengan persembahan pidato daripada AMPACers 2 dan 3. Dan selaku jurulatih, Saudara Badrul Sani lah orang yang paling gembira menyaksikan anak-anak didiknya berbicara dengan gah dan bergaya. Tidak dinafikan, peningkatan yang ketara dapat dilihat dari sudut keyakinan mereka, kepetahan mereka dan keberkesanan bicara mereka...
Tahniah kepada semua AMPACers 2 dan 3. U have done a great job! Congratulations! Lepas ini, bersedia untuk ke peringkat seni berbicara yang seterusnya ye!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 29-Feb-2008 09:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Pecutan Awal PMR SMK Dusun Nanding
|
|
SMK Dusun Nanding... Pernah dijelajah oleh Speak Out pada tahun lepas dan kini kami kembali bersama modul Pecutan Awal PMR.
Lebih kurang 150 orang calon PMR menghadiri program tersebut dan mereka didedahkan dengan kemahiran-kemahiran belajar berkesan, suntikan motivasi dan penetapan matlamat hidup. Alhamdulillah 2 jam tersebut telah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Semoga anda semua akan berjaya dengan cemerlang dalam PMR!!!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 26-Feb-2008 09:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Brilliant Students SK Tmn Bukit Teratai
|
|
SK Taman Bukit Teratai hari ini menjadi lokasi program Seminar Brilliant Students Speak Out. Dihadiri oleh 120 orang pelajar tahun 6, seminar ini memfokuskan tentang Rahsia Brilliant Students yang acap kali dipandang enteng oleh kebanyakan pelajar.
Alhamdulillah dengan masa 2 jam yang diberikan, Saudara Badrul Sani berjaya menarik minat dan seterusnya menyuntik kesedaran kepada peserta tentang peri pentingnya untuk mereka berubah ke arah kebaikan. Malas bukan lagi sifat yang mesti dipelihara. Kerana waktu untuk berubah, waktu untuk cemerlang ialah SEKARANG!
Best of luck to all of you!
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 24-Feb-2008 08:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Etiket Dlm Kepimpinan SK Bkt Kuchai
|
|
Speak Out kali ini menjelajah ke daerah Puchong bagi memenuhi jemputan SK Bkt Kuchai. Bertemakan Etiket dalam Kepimpinan, Speak Out membawa para peserta yang terdiri daripada pengawas, pengawas pusat sumber dan ketua kelas menyelami erti kepimpinan di peringkat sekolah rendah.
Walaupun tidur jam 4 pagi, diselebungi keletihan dan dibebani kepenatan, alhamdulillah para peserta masih mampu bertahan mencerap informasi dan pengalaman yang dicurahkan oleh Saudara Badrul Sani yang dibantu oleh Pn. Raidah dan Pn. Shaatirah.
Mudah-mudahan pertemuan Speak Out dan SK Bkt Kuchai tidak berakhir di sini sahaja. Semoga berjumpa lagi dan Selamat Memimpin!!!
|
|
|
|