|
|
| Saturday, 26-Jan-2008 08:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Program Merungkai Kerjaya Gemilang SK Ampang Campuran
|
|
Speak Out TMS telah dijemput oleh pihak pentadbiran SK Ampang Campuran untuk memberikan pengisian yang bermatlamatkan suntikan motivasi dan informasi kepada barisan pendidik di sekolah tersebut. Dihadiri oleh 60 orang guru lelaki dan perempuan, program Merungkai Kerjaya Gemilang membimbing para peserta melihat kenapa dan mengapa kerjaya sebagai pendidik hari ini tidak lagi dipandang tinggi seperti satu ketika dahulu.
Dengan mengutarakan idea dan pengalaman, Saudara Badrul Sani berjaya berkongsi maklumat berharga bersama para peserta dalam bagaimana menjadikan kerjaya mereka sebagai kerjaya yang disukai dan dibanggakan.
Tahniah kepada semua guru SK Ampang Campuran yang rata-ratanya sporting! TQ!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Jan-2008 08:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Brilliant Students SMK Abdul Jalil PMR (Duo Edition)
|
|
Kalau dua hari lepas, Speak Out Team membimbing calon SPM meneroka rahsia Brilliant Students, kali ini calon PMR SMK Abdul Jalil pula menjadi sasaran.
Pelbagai kaedah dan tips diketengahkan disamping sentuhan motivasi ditiup oleh Saudara Badrul Sani, Abg Bad kita. Dalam serius acap kali diselitkan humor bagi memastikan ceramah berfaedah ini tidak membosankan dan mampu menarik minat serta perhatian pelajar dari mula sampai akhir.
Tahniah kepada semua dan kami ucapkan selamat maju jaya dalam PMR 2008!!!!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 22-Jan-2008 08:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Brilliant Students SMK Abdul Jalil SPM (Duo Edition)
|
|
Bermula jam 8.30pg, Speak Out Team berkampung di SMK Abdul Jalil untuk program Seminar Brilliant Students yang diadakan khas untuk para pelajar tingkatan 5. Seminar ini dijalankan sebanyak dua sesi iaitu 8.30pg-10.30pg bagi sesi yang pertama dan 11.00pg-1.00 tgh hari bagi sesi yang kedua.
Dalam serius diselit keseronokan, dan di sebalik kegembiraan tersirat motivasi dalaman yang mendorong para peserta untuk yakin dengan diri sendiri dan mula berjuang untuk SPM yang bakal menjelang tiba.
Tahniah kepada semua peserta yang hadir. Semoga semua sukses dalam SPM!!!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 17-Jan-2008 11:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sentuhan Motivasi dlm Program Maju Diri SK Kg Cheras Baharu
|
|
Sesudah berceramah di SK Pandan Jaya, Speak Out Team tiba di SK Kg Cheras Baharu untuk slot Sentuhan Motivasi bersempena Program Maju Diri SK Kg Cheras Baru. Dihadiri oleh semua pelajar darjah 5, program ini meletakkan matlamat utama dalam meniup semangat dan motivasi diri pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh dan tidak bertangguh untuk belajar.
Meskipun baru berumur 11 tahun, para pelajar dibimbing oleh Saudara Badrul Sani untuk menerobosi masa depan sebagai persediaan awal. Alhamdulillah program ini menghasilkan impak yg gemilang di kalangan peserta. Tahniah!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 17-Jan-2008 08:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Brilliant Students SK Pandan Jaya
|
|
UPSR...satu peperiksaan yang cukup besar dan bermakna kepada para pelajar sekolah rendah. SK Pandan Jaya, tanpa bertangguh memulakan 2008 dengan menjemput Speak Out TMS di bawah naungan Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy (ampac) untuk mengadakan program Seminar Brilliant Students!
Rahsia Brilliant Students yang selalu dipandang enteng oleh masyarakat didedahkan kepada para peserta dan alhamdulillah, perkongsian ini secara langsung memberikan informasi sekaligus motivasi kepada para peserta. Tahniah! Dan best of luck for your exam!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 9-Jan-2008 11:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jelajah Pembicara Gemilang SAM Sg Merab Luar (Siri 38)
|
|
Akhirnya Jelajah Pembicara Gemilang bermula kembali!!!
Dengan berbekalkan semangat dan pengisian yang baru serta bertenaga, Speak Out memulakan penjelajahannya di Sekolah Agama Menengah Sg Merab Luar. Berhadapan dengan para pelajar tingkatan 1, Saudara Badrul Sani berjaya membimbing para peserta mengatasi masalah ketakutan untuk berbicara di hadapan khalayak.
Alhamdulillah, mudah-mudahan pertemuan ini akan bersambung dengan pertalian ukhuwwah yang sejati. Tahniah kepada semua pelajar SAMSMEL!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 8-Jan-2008 11:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Program Mencorak Kerjaya Gemilang! (SMK Tmn Seraya)
|
|
Alhamdulillah, setelah berjaya membantu para peserta tingkatan 1 SMK Tmn Seraya dalam membongkar Rahsia Remaja Cemerlang, kali ini Speak Out TMS sekali lagi beraksi di SMK Tmn Seraya. Bezanya, para peserta terdiri daripada para pelajar tingkatan 4 sekolah berkenaan.
Masing-masing baru mengambil aliran sains dan sastera. Kebanyakan masih lagi ragu-ragu sama ada aliran tersebut sesuai atau sebaliknya. Menerusi program ini, para peserta didedahkan dengan kaedah mencorakkan masa depan dan kerjaya. Syabas kepada semua yang hadir! Selamat melangkah ke dunia baru!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 7-Jan-2008 13:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Melangkah Ke Alam Remaja (SMK Tmn Seraya)
|
|
SMK Tmn Seraya merupakan sekolah yang terakhir dijelajahi pada 2007 dan menjadi sekolah yang pertama menjemput Speak Out TMS bertandang memberikan input kepada para pelajar.
Dengan bermatlamatkan untuk menghurai dan merungkai rahsia menempuh alam remaja yang serba mencabar ini, Speak Out berjaya membimbing para peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1.
Bagi menampung bilangan pelajar yg terlalu ramai, program ini diadakan sebanyak 2 sesi iaitu 1.15pm-3.15pm dan 3.45pm-5.45pm.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancara dan mendapat feedback yang cukup baik! Tahniah!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 29-Dec-2007 10:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ceramah Komunikasi Berkesan untuk Guru SMK Abdul Jalil
|
|
Wah, ini merupakan program penutup Speak Out TMS untuk 2007! Ceramah komunikasi bersama 120 orang guru SMK Abdul Jalil, Hulu Langat diadakan bertujuan untuk membantu para pendidik SMKAJ untuk mempertingkatkan mutu komunikasi interpersonal dan bicara umum dalam kerjaya dan pendidikan.
Alhamdulillah, walaupun yang berceramah itu masih muda belia, penyampaiannya dicerap dengan serius dan gelak tawa para peserta. Mudah-mudahan seni berbicara ini mampu memajukan kaedah pendidikan para peserta. Tahniah!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 19-Dec-2007 09:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
The Making of VCD Rahsia Pidato Gemilang
|
|
Alhamdulillah, baru-baru ini Saudara Badrul Sani telah berjaya merakamkan sebuah VCD yang merungkai dan menghurai rahsia untuk cemerlang berpidato; RAHSIA PIDATO GEMILANG!
Rasanya tak nak cerita panjang-panjang pasal bab ini. Cuma kita tunggu dan lihat. Mudah-mudahan ia dapat disiapkan pada Januari 2008 ini insyaAllah.
Thanks to En.Hisham, En.Badrul dan En.Aiman yang bersusah payah datang ke Penang untuk shooting. Dan tidak lupa kepada si cilik hebat berbicara, Adik Nur Adilla. Saksikan aksi cemerlang pemidato ini dalam VCD Rahsia Pidato Gemilang!
|
|
|
|