Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 24-Aug-2010 11:01 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pecutan Akhir SKS2 Bandar Kinrara (24.8.10)

Hebat! Kali ketiga Sdr. Badrul Sani mengunjungi SKS2 Bandar Kinrara pada tahun ini dan kali ini merupakan kali terakhir untuk para calon UPSR mendapatkan seberapa banyak tips dan rahsia untuk cemerlang dalam UPSR.

Pelbagai perkara dihurai dan dirungkai, alhamdulillah semuanya bakal membantu para peserta untuk menduduki peperiksaan dengan lebih yakin dan berstrategi. InsyaAllah, mereka bakal menempa kejayaan besar kali ini. Ameen.

All the best to all!









Monday, 9-Aug-2010 09:00 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pecutan Akhir Duo Edition SMK Dato Hj Kamarudin (9.8.10)

Terletak di Kuala Kubu Bharu, SMK Dato' Hj Kamaruddin telah mengamanahkan kami untuk berkongsi maklumat dan tips untuk cemerlang dalam peperiksaan utama : PMR & SPM.

Ceramah 4 jam yang dibuat untuk pelajar PMR dan kemudiannya pelajar SPM ini telah berjaya membuka minda para peserta untuk bersedia dengan bijak dan menguruskan tekanan dengan baik.

Mudah-mudahan kita berjumpa lagi!











Saturday, 7-Aug-2010 10:30 Email | Share | | Bookmark
Seminar Bijak Berbicara utk Pendidik SMK Subang (7.8.2010)

Saudara Badrul Sani buat pertama kalinya berkongsi pengalaman dan kaedah bijak berbicara bersama para pendidik SMK Subang di Kampung Melayu Subang.

Dihadiri oleh 130 orang guru, Bijak Berbicara untuk Pendidik telah berjaya membawa sebuah pendekatan baru untuk para pendidik memperbaharui konsep dan teknik mengajar masing-masing. Selain menggunakan bahasa badan yang betul, teknik mendengar dan mempengaruhi audiens juga turut dikongsi untuk manfaat bersama.

Alhamdulillah, mudah-mudahan perkongsian ini membawa perubahan positif untuk SMK Subang!









Thursday, 5-Aug-2010 11:00 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pecutan Akhir SMK Putra Perdana (5.8.2010)

Bertemu pada bulan Januari, dan kali ini kami bertemu legi dengan para calon PMR SMK Putra Perdana. Menggunakan modul Seminar Pecutan Akhir PMR, para peserta dibimbing untuk memastikan saat akhir mereka menantikan kehadiran PMR diisi dengan aktiviti yang benar-benar bermanfaat.

InsyaAllah, mudah-mudahan anda semua akan berjaya dalam PMR. All the best!!









Wednesday, 4-Aug-2010 03:28 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pecutan Akhir SK Kota Warisan (4.8.2010)

SK Kota Warisan telah kami jelajahi untuk bersama dengan para calon UPSR, berkongsi tips dan kaedah untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan!

Alhamdulillah, walaupun tersesat pada mulanya, akhirnya kami tiba dengan selamat dan selamat menyempurnakan Seminar Pecutan Akhir UPSR di SK Kota Warisan.

Semoga adik-adik SK Kota Warisan menempa kejayaan yang cukup membanggakan!









[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net