Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  9  10  11  12  13  14  15  [16]  17  18  19  20  21  22  23  >  >>]    [Archive]
Saturday, 31-Jul-2010 08:30 Email | Share | | Bookmark
Seminar Kepimpinan SK Kantan Permai (31.7.2010)

Setiap tahun, SK Kantan Permai menjemput Saudara Badrul Sani & Team untuk bersama para pelajarnya dalam membangunkan potensi masing-masing. Dan tahun ini, kami bersama-sama 80 orang pemimpin pelajar sekolah tersebut dalam Seminar Kepimpinan yang telah berjaya membuka minda dan menanam semangat kerjasama dalam diri mereka.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dan alhamdulillah semuanya berjaya membimbing para peserta untuk menjadi pemimpin yang mantap! Tahniah kepada semua!













Wednesday, 28-Jul-2010 08:30 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pecutan Akhir SMK Dato Onn Butterworth (28.7.2010)

Buat kali kedua tahun ini, SMK Dato' Onn sekali lagi mengamanahkan para calon PMRnya untuk bersama dengan Saudara Badrul Sani bagi memperkukuhkan kekuatan dalaman mereka untuk menghadapi PMR.
Alhamdulillah program yang sepatutnya 2 jam ini dirasakan begitu pantas dan ia cukup padat dengan informasi serta motivasi.

All the best to all candidates!









Tuesday, 20-Jul-2010 08:40 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pecutan Akhir Duo Edition SMK Ampang Pecah (20.7.2010)

SMK Ampang Pecah telah mengamanahkan anak didik mereka buat pertama kalinya kepada kami untuk membimbing mereka dalam membuat persediaan yang efektif untuk peperiksaan kelak.

Bermula dengan slot pertama dengan calon PMR dan diikuti pula dengan calon SPM, program ini sememangnya telah membuka minda para pelajar SMKAP tentang masa depan umumnya dan kaedah belajar khususnya.

Alhamdulillah, 4 jam berada bersama warga SMKAP, pelbagai perkara telah dapat kami pelajari. InsyaAllah mudah-mudahan kita berjumpa lagi!











Wednesday, 14-Jul-2010 08:30 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pecutan Akhir UPSR SK Bandar Seri Putra (14.7.2010)

Buat pertama kalinya, Sdr. Badrul Sani & team menjejakkan kaki ke SK Bandar Seri Putra untuk berseminar bersama para pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

Hampir 300 orang pelajar mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu dan pengalaman Abang Badr dalam menjadi pelajar cemerlang dan bersedia dengan bijak untuk menghadapi UPSR.

Alhamdulillah, seminar ini berakhir dengan sorakan semangat para pelajar yang inginkan perubahan ke arah kecemerlangan yang sebenar. Mudah-mudahan seminar ini bakal membawa para pesertanya menuju ke arah berapa A...? 5 A!!!










Sunday, 11-Jul-2010 08:30 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pecutan Akhir PMR & SPM DUN Semenyih (11.7.2010)

Sdr. Badrul Sani telah dijemput oleh Pejabat DUN Semenyih untuk bersama-sama dengan 80 orang calon PMR & SPM, berkongsi rahsia dan tips untuk bersedia dengan bijak bagi menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

Bertempat di Kolej Komuniti Hulu Langat, Saujana Prima, program ini telah berjaya membimbing para peserta untuk menyusuri langkah-langkah bijak pelajar yang cemerlang.

Program ini telah ditaja oleh Yayasan Pelajaran MARA dan diuruskan oleh team Pejabat DUN Semenyih. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya.

All the best to all!









[<<  <  9  10  11  12  13  14  15  [16]  17  18  19  20  21  22  23  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net