Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  10  11  12  13  14  15  16  [17]  18  19  20  21  22  23  24  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 7-Jul-2010 08:30 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pecutan Akhir Duo Edition SMK Bdr Damai Perdana (7.7.10)

Sdr. Badrul Sani pada hari ini berkongsi pelbagai kaedah untuk mempersiapkan diri menghadapi PMR bersama para calon PMR SMK Bandar Damai Perdana.

Ceramah sebanyak 2 sesi ini telah melibatkan sekurang-kurang 310 orang pelajar tingkatan tiga yang pada mulanya merasakan ini sekadar ceramah motivasi biasa. Tetapi alhamdulillah, selepas bersama dengan Sdr. Badrul Sani, para pelajar begitu teruja dan bersemangat untuk membuat yang terbaik untuk PMR!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua. All the best ye!











Testimonial Peserta

"Memang best gile arh. Klu Abg Bad datang lagi lagi best. Saye akan ikot ape yang Abg Bad ajar."
SITI NURATHIRA BT. AZRIN

"Memberi saya lebih keyakinan untuk belajar dan menghadapi PMR."
NUR AMIRAH BT. AMRAN

"Sangat menyeronokkan... Harap dapat jupe lagi..."
NURUL SYAZA SYAHIRAH BTE. HASAN


Tuesday, 29-Jun-2010 09:05 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pecutan UPSR II SK S2 Bdr Kinrara (29.6.2010)

SKS2 Bandar Kinrara sekali lagi mengamanahkan Speak Out AMPAC untuk bersama memotivasikan para calon UPSR yang bakal menduduki peperiksaan pada September ini.

Kunjungan kali kedua ini membawa lebih banyak tips dan kaedah untuk para pelajar terus bangkit dan berjuang mendapatkan yang terbaik dalam akademik masing-masing.

2 jam berlalu dengan begitu pantas dan alhamdulillah para peserta sedikit sebanyak telah memperoleh semangat untuk membuat yang terbaik pada saat-saat menghampiri UPSR.
All the best ye!!

















Monday, 7-Jun-2010 15:01 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pecutan Akhir KRIM Negeri Sembilan (7.6.10)

Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan, di bawah Ikatan Muslimin Malaysia telah mengamanahkan AMPAC untuk berkongsi tips, pengalaman dan rahsia persediaan yang cemerlang dalam menghadapi peperiksaan PMR dan SPM bersama 100 orang peserta dari seluruh pelusuk Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor.

Program sehari sepetang ini telah berjaya menyuntik semangat dan menambah pelbagai input untuk para peserta yang hadir. Dan insyaAllah dengan usaha, doa dan tawakal, mereka ini bakal mencorakkan kejayaan bukan sahaja dalam PMR dan SPM tetapi juga kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Syabas dan selamat maju jaya!















Testimonial Peserta

"Walaupun hanya RM25, ia sangat berbaloi, tidak membosankan dan lain daripada yang lain."
AINA MARDHIAH BT. WISAM
Calon PMR Maahad Ahmadi

"Seronok, best, penyampaian sangat padat"
FAHMY SHAZWAN B. FAUZI
Calon SPM SM Teknik Jasin Melaka

"Menyentuh segenap aspek"
MUHAMMAD HAFIZ BIN ZULKIFLI
Calon SPM SDAR Seremban

"Best, sekarang dah makin faham teknik belajar berkesan!"
NAIELAH BINTI JULIUS
Pelajar Tingkatan 2 SMA Rembau

"Satu majlis motivasi yang paling interesting dan telah mendatangkan kesan positif pada yang hadir"
SITI NADZIRAH BTE AMIRUL KHIR
Calon SPM SMK Senawang

"Saya beruntung kerana dapat menyertai seminar ini... banyak yang saya perolehi seperti cara belajar, jadual belajar dan yang paling penting teknik dan rahsia brilliant students."
ANIS MARYAM 'ATHIRAH BT. ZAMSARI
Calon SPM SBPIJ


Sunday, 6-Jun-2010 14:56 Email | Share | | Bookmark
Seminar Kepimpinan Pelajar Thn 5 SR SRI Al-Amin (6.6.10)

Bersempena dengan kem kepimpinan untuk para TKRS Sekolah Rendah SRI Al-Ameen, AMPAC telah dijemput untuk mengendalikan satu slot seminar kepimpinan bersama para pelajar darjah 5 sekolah tersebut.

Bertempat di Lubok Manggis, Sungai Congkak, seminar 2 jam ini sedikit sebanyak telah membuka minda adik-adik yang hadir untuk menjadi pemimpin cilik yang cemerlang! Tahniah kepada semua dan selamat menjadi pemimpin gemilang!










Saturday, 15-May-2010 14:02 Email | Share | | Bookmark
Seminar Bijak Berbicara untuk Pemimpin SK Beranang (15.5.2010)

SK Beranang dengan kerjasama Pejabat DUN Semenyih telah menganjurkan Kem Kepimpinan Motivasi untuk para pemimpin pelajar sekolah tersebut.

Dan buat pertama kalinya Speak Out AMPAC telah dijemput untuk berkongsi tips dan kaedah untuk berkomunikasi berkesan sebagai seorang pemimpin. Alhamdulillah 80 orang peserta telah memperoleh pelbagai manfaat daripada seminar tersebut. All the best to all!









[<<  <  10  11  12  13  14  15  16  [17]  18  19  20  21  22  23  24  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net