|
|
| Tuesday, 28-Jul-2009 08:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Kepimpinan Pengawas SK Taman Rakan (28.9.09)
|
|
Tahun ini merupakan tahun ketiga Speak Out AMPAC berkhidmat untuk SK Taman Rakan. Tahun pertama untuk Seminar Jom Bijak Berbicara, tahun kedua untuk Seminar Pecutan Akhir dan tahun ini untuk Seminar Kepimpinan Pengawas.
Seramai 91 pemimpin pelajar dikumpulkan untuk menyertai sebuah program yang padat dengan aktiviti-aktiviti menarik. Bertemakan KERJASAMA, seminar kepimpinan ini menekankan tentang ciri-ciri pengawas cemerlang dan peranan mereka dalam menjadikan badan pengawas sebagai organisasi yang berfungsi dan berkesan.
Pelbagai permainan dilaksanakan dengan tujuan untuk membawa minda dan jiwa para peserta yang terdiri daripada pengawas berumur seawal 8 tahun hingga 12 tahun. Dan yang pasti, ia telah berjaya membuka minda dan mata peserta terhadap tugas mereka.
Tahniah kepada semua! We're coming back tomorrow!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 20-Jul-2009 11:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Brilliant Students SMK B. Sentosa Duo Edition 20&21.9.09
|
|
Dua hari berturut-turut Speak Out AMPAC memenuhi jemputan SMK Bukit Sentosa untuk bersama-sama para pelajar pintar menerusi modul Seminar Brilliant Students.
Seramai 300 orang daripada 3000 pelajar terpilih untuk menyertai program ini. Alhamdulillah sambutan yang diberikan amat memberangsangkan!
Seminar ini telah menjadi satu perkongsian yang cukup bermanfaat untuk semua termasuk para guru. Mudah-mudahan SMK Bukit Sentosa terus maju dan maju. InsyaAllah,
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 18-Jul-2009 09:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Dunia Baru USIM (18.7.09)
|
|
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat pertama kalinya menjemput Saudara Badrul Sani untuk berkongsi pengalaman, kemahiran dan ilmu bersempena kemasukan pelajar baru jurusan Ijazah Sarjana Muda USIM.
Bertempat di Nilam Court, seramai 800 orang lebih mahasiswi berkumpul untuk mendengar sentuhan motivasi sambil disulami jenaka yang kadang kalanya memiliki makna yang dalam. Cukup untuk menyedarkan betapa kehidupan Dunia Baru memerlukan ketahanan mental dan spiritual yang lebih mantap berbanding kehidupan di sekolah atau matrikulasi.
2 jam berlalu dengan ceramah yang cukup padat dan berinformasi yang kemudiannya disusuli pula dengan sesi soal jawab yang rancak dan membantu.
Kepada semua mahasiswi USIM tahun pertama, tahniah dan selamat datang ke USIM!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 16-Jul-2009 14:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Pecutan Akhir SPM SMK Dusun Nanding (14 & 16.7.09)
|
|
Tahun ini, 3 kali Speak Out AMPAC memberikan khidmat kepada SMK Dusun Nanding dalam tempoh sebulan. Dan baru-baru ini Seminar Pecutan Akhir SPM telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Seramai 173 orang calon SPM telah menyertai seminar ini dan kesemuanya telah memperoleh manfaat yang cukup besar dalam mempersiapkan diri menghadapi SPM tidak lama lagi.
Bukan sekadar teknik belajar, malah tips-tips yang merangkumi 4 aspek penting kehidupan manusia turut dikongsi untuk memastikan para peserta betul-betul bersedia untuk menempuh cabaran yang besar ini.
InsyaAllah, dengan semangat yang kental, anda semua mampu mencapai impian!
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 5-Jul-2009 20:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Bijak Berbicara di PKNS Bangi (5.7.09)
|
|
Full House! Itu perkataan yang menggambarkan suasana pada malam Seminar Bijak Berbicara di Kompleks PKNS Bangi. Bersempena dengan Pesta Buku Keilmuan dan Kesenian Islam dan Karnival Generasi Berilmu Gen-2, Speak Out AMPAC telah mengambil peluang untuk memberikan sumbangan besar kepada masyarakat khususnya pengunjung PKNS pada malam tersebut.
Dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat, seminar ini menetapkan sasaran untuk menjawab persoalan-persoalan yang sering melanda dengan jawapan-jawapan yang praktikal dan mudah. Antaranya,
1) bagaimana untuk atasi takut untuk berbicara?
2) perlukan tangan digerakkan?
3) bagaimana untuk membuat audiens gembira dan yakin?
4) bagaimana untuk memastikan audiens sentiasa fokus?
5) bagaimana menutup bicara?
6) bagaimana menghasilkan persembahan yang unik?
Persembahan Sdr. Badrul Sani pada malam tersebut disulami dengan persembahan-persembahan mantap daripada anak didiknya; Ain (pidato si cilik), Rasyidah (pidato BM dan Jepun) dan Hasan (pidato tanpa tangan). Juga penampilan istimewa AMPACorporates yang baru, En. Izuan yang bermain gitar untuk salah satu contoh persembahan bicara yang unik.
Mereka yang hadir pada malam tersebut amat berpuas hati dengan seminar ini. Walaupun percuma, tetapi impaknya tidak ternilai. Dan tidak cukup dengan itu, bagi mereka yang membali buku BIJAK BERBICARA MENCUIT RASA juga diberikan tiket percuma untuk menghadiri Seminar Asas Bijak Berbicara yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Kepada semua yang hadir, terima kasih dan selamat menjadi Pembicara Gemilang!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 2-Jul-2009 14:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Pecutan Akhir PMR SMK Dusun Nanding (2.7.09)
|
|
Teratak Hijaz menjadi pilihan SMK Dusun Nanding untuk menganjurkan Program Lonjakan Saujana PMR. Speak Out AMPAC diamanahkan buat kali ketujuh oleh pihak sekolah untuk membimbing para calon PMR untuk terus bersedia menghadapi tempoh-tempoh getir peperiksaan.
Seramai 160 orang pelajar hadir dan menerima perkongsian yang cukup bermanfaat. Mudah-mudahan ia bakal membantu para peserta untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup masing-masing!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 20-Jun-2009 08:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Program RIMUP Kelompok 7 Daerah Hulu Langat (20/6/09)
|
|
Speak Out AMPAC menjadi tumpuan empat buah sekolah dalam kelompok 7 daerah Hulu Langat menerusi program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) yang diadakan di SMK Khir Johari baru-baru ini.
SMK Engku Hussain, SMK Bandar Rinching, SMK Bandar Tasek Kesuma dan SMK Khir Johari telah menghantar wakil-wakil pelajar mereka yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dengan harapan untuk memantapkan lagi sahsiah anak didik mereka.
Pelbagai aktiviti menarik dilakukan dan bermacam-macam tips dikongsi bersama 180 orang peserta tersebut. Dan yang paling penting mereka semakin jelas tentang sahsiah dan kenal erti perpaduan.
Apa yang penting? KERJASAMA! Semoga kita berjumpa lagi!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 19-Jun-2009 15:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Brilliant Students Perbadanan Putrajaya (19/6/09)
|
|
Perbadanan Putrajaya telah mengamanahkan Speak Out AMPAC untuk melaksanakan sebuah seminar motivasi kepada para pelajar SMK Jerai, Kedah yang telah membuat kunjungan di Putrajaya.
Seramai 40 orang pelajar elit tingkatan 3 dan 5 sekolah tersebut dihidangkan dengan tips-tips motivasi dan kaedah untuk menjadi Brilliant Students yang cemerlang. Meskipun jumlah yang kecil, alhamdulillah program ini meninggalkan impak yang besar. Bukan sahaja kesan kepada pelajar malah kepada guru-guru dan para pegawai Perbadanan Putrajaya.
InsyaAllah, dengan berkat kesungguhan dan tawakal, anda semua mampu berjaya dalam hidup! Teruskan perjuangan!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 18-Jun-2009 08:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kem Jom Bijak Berbicara SM Hira' Shah Alam (18/6/09)
|
|
Buat pertama kalinya Speak Out AMPAC menjejakkan kaki di SM Hira' Shah Alam. Bertemakan Kem Jom Bijak Berbicara, Saudara Badrul Sani dan apprenticenya, Saudara Hasan dan Saudara Faris berkongsi pengalaman dan kemahiran berbicara bersama pelajar tingkatan 1,2 dan 3 sekolah tersebut.
Program setengah hari ini berlalu dengan begitu pantas dan sememangnya padat dengan aktiviti yang menyeronokkan. Dan dalam masa yang sama, membina keyakinan dan kemampuan para peserta dalam berbicara di hadapan khalayak ramai.
Tahniah kepada semua peserta! Semoga kita berjumpa lagi!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 4-Jun-2009 20:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Kerohanian bersama PTD di INTAN, Bkt Kiara (4.6.09)
|
|
Setelah bersama para pelajar darjah 6 pada sebelah pagi, Speak Out AMPAC meneruskan jelajahnya dan kali ini bersama dengan para Pegawai Tadbir dan Diplomatik di INTAN, Bukit Kiara.
Ia merupakan satu pengiktirafan yang cukup besar untuk Saudara Badrul Sani untuk bercakap di hadapan 300 orang PTD yang masing-masing memiliki kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang tertentu.
Seminar malam tersebut lebih cenderung ke arah kerohanian. Walaubagaimanapun, dengan gayanya tersendiri, Saudara Badrul Sani berjaya membawa audiens untuk melihat aspek kerohanian dari kacamata yang lebih luas dan menarik.
Antara topik yang dikongsi adalah Bagaimana untuk menjadi "The Best PTD?" dan Masalah-masalah PTD (serta penyelesaiannya). Dan alhamdulillah, komen yang diberikan oleh para peserta amat menggalakkan. Malah respon daripada peserta yang bukan Islam juga amat positif meskipun sebenarnya seminar tersebut bercorak kerohanian.
Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu. All the best!
|
|
|
|