Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  14  15  16  17  18  19  20  [21]  22  23  24  25  26  27  28  >  >>]    [Archive]
Saturday, 27-Mar-2010 08:30 Email | Share | | Bookmark
Seminar Kepimpinan Pengawas SK Tmn Bkt Maluri (27.3.2010)

Kami kembali ke SK Tmn Bukit Maluri!













Wednesday, 24-Mar-2010 13:45 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pecutan UPSR SK Batu 4, Jalan Ipoh (24.3.2010)

Buat pertama kalinya Speak Out AMPAC menjelajah ke SK Batu 4, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur!







Wednesday, 24-Feb-2010 20:30 Email | Share | | Bookmark
Seminar Brilliant Parents SMKDOB (24.2.2010)

Buat pertama kalinya Saudara Badrul Sani menyampaikan 4 buah seminar dalam tempoh satu hari. Kalau pada sebelah paginya bersama guru, kemudian bersama calon PMR kumpulan pertama dan selepas itu kumpulan kedua, pada sebelah malam pula beliau bersama pula dengan ibu bapa calon-calon PMR SMK Dato Onn Butterworth!

Sambutan yang hangat dan menjangkau jangkaan guru-guru ini adalah bertitik tolak kepada perasaan kasih dan keprihatinan yang tidak berbelah bahagi ibu bapa untuk anak-anak mereka.

Menerusi seminar ini, para ibu bapa berkongsi pelbagai tips untuk menjadi Brilliant Parents dan dalam masa yg sama mampu memainkan peranan yang aktif dalam membantu anak mereka menjadi Brilliant Students! Dan alhamdulillah respon yang diberikan cukup positif dan insyaAllah ini bukanlah perjumpaan kali terakhir bersama mereka.

All the best to all parents! Selamat menjadi Brilliant Parents!










Wednesday, 24-Feb-2010 09:05 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pecutan Awal PMR Duo Edition SMKDOB (24.2.2010)

Sebaik sahaja tamat sesi perkongsian bersama guru, Speak Out AMPAC berkongsi pula bersama para calon PMR SMK Dato' Onn Butterworth.

Seminar sebanyak dua sesi ini telah berjaya membuka minda, hati dan pemikiran para peserta untuk mula berjuang menghadapi PMR dengan sebenar-benar berjuang! Segala rahsia Brilliant Students, kaedah belajar berkesan dan teknik untuk memulakan pecutan dikongsi dan dihadam bersama peserta.

InsyaAllah didoakan agar semua peserta akan berjaya dengan cemerlang pada masa yang akan datang! All the best!









Wednesday, 24-Feb-2010 07:30 Email | Share | | Bookmark
Seminar Memperkasakan SMKDOB (24.2.2010)

Saudara Badrul Sani telah diamanahkan untuk berkongsi buah fikiran dan pendapat bersama para guru-guru kanan SMK Dato' Onn Butterworth tentang bagaimana untuk memperkasakan lagi sekolah tersebut dari sudut akademik.

Dengan menggunakan beberapa fakta yang dikutip sepanjang pengalamannya sebagai seorang motivator, Saudara Badrul Sani mengupas topik pada awal pagi tersebut dengan berkongsi bagaimana sekolah yang cemerlang terus cemerlang.

Alhamdulillah perkongsian ini sedikit sebanyak membantu para guru untuk membuat perencanaan yang lebih segar untuk memastikan SMKDOB akan terus bersinar dan menyinar dengan cemerlang! All the best to all teachers!









[<<  <  14  15  16  17  18  19  20  [21]  22  23  24  25  26  27  28  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net