Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  15  16  17  18  19  20  21  [22]  23  24  25  26  27  28  29  >  >>]    [Archive]
Monday, 22-Feb-2010 03:45 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang SMK Jalan Tiga (22.2.2010)

Speak Out AMPAC kembali ke SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi buat kesekian kalinya! Dan kali ini Saudara Badrul Sani membawa modul yang sama seperti kali pertama kami menjejakkan kaki di sini iaitu: JELAJAH PEMBICARA GEMILANG!

Rahsia Bijak Berbicara dirungkai satu persatu dan dalam masa yang sama para peserta tercuit dengan pengisian yang praktikal tetapi melucukan! InsyaAllah mudah-mudahan para peserta mampu menjadi Pembicara Gemilang! Selamat maju jaya!









Saturday, 20-Feb-2010 09:00 Email | Share | | Bookmark
Seminar Brilliant Parents SMK Bandar Tasik Kesuma (20.2.2010)

Seminar Brilliant Parents kini menembusi peringkat seterusnya! 500 orang ibu bapa dan pelajar telah berkumpul di Dewan SMK Bandar Tasik Kesuma untuk berkongsi pelbagai tips dan kaedah untuk menjadi ibu bapa cemerlang dan pelajar gemilang!!

Program selama 2 jam ini telah berjaya mengupas persoalan-persoalan asas seperti Siapa Brilliant Parents, Rahsia Brilliant Parents dan Pelan Tindakan Brilliant Parents and Students! Seminar ini turut memimpin para pelajar yang semuanya merupakan calon PMR, SPM dan STPM 2010 untuk mempersiapkan diri mereka agar mendapat keputusan cemerlang!

Alhamdulillah, ibu bapa yang hadir menunjukkan minat dan komitmen sepanjag seminar ini dijalankan. Walaupun masih demam, Sdr. Badrul Sani berjaya melakukan yang terbaik untuk para peserta. Tahniah kepada semua dan selamat maju jaya!









Monday, 8-Feb-2010 10:30 Email | Share | | Bookmark
Seminar Kepimpinan SK Bandar Teknologi Kajang (8.2.10)

2007 merupakan kali pertama Speak Out AMPAC bersama para pelajar SKBTK. Dan hari ini kami dijemput semula untuk mengendalikan seminar kepimpinan untuk para pemimpin pelajar, PRS, PPS dan pengawas sekolah tersebut.

Hampir 300 orang pemimpin pelajar mengikuti seminar ini dan mereka dihidangkan dengan pelbagai aktiviti menarik di samping tips, rahsia dan kaedah kepimpinan cemerlang sebagai pengisian.

Tahniah kepada semua dan selamat menjadi Pemimpin Hebat!







Saturday, 6-Feb-2010 09:00 Email | Share | | Bookmark
Seminar 'BRILLIANT PARENTS' SMK Bandar Damai Perdana (6.2.2010)

Selepas diadakan di AMPAC, Brilliant Parents' Seminar dianjurkan pula di SMK Bandar Damai Perdana. Lebih kurang 100 buah keluarga hadir dan alhamdulillah, Saudara Badrul Sani berjaya memeriahkan suasana dan mengisi seminar dgn tips-tips yg praktikal untuk menjana kecemerlangan Brilliant Students!

Bukan setakat pelajar, malah ibu bapa dan guru turut menyanyi dan dalam pada itu, pelbagai masalah mengenai pelajar juga dijawab dengan mudah dan praktikal! Tahniah kepada semua dan selamat menjadi BRILLIANT PARENTS & BRILLIANT STUDENTS!









Saturday, 30-Jan-2010 10:00 Email | Share | | Bookmark
Seminar 'BRILLIANT PARENTS' AMPAC (30.1.2010)

Buat julung-julung kalinya, Speak Out AMPAC mengadakan sebuah program yg direka dan diadun khas untuk membangunkan kehebatan ibu bapa dalam bersama membimbing remaja dan kanak-kanak.

Brilliant Parents' Seminar merupakan sebuah perkongsian yg menarik, bermanfaat dan 'straight to the point.' Saudara Badrul Sani telah menggunakan pengalamannya dalam membimbing kanak-kanak dan remaja untuk berkongsi sebanyak mungkin info bersama para ibu bapa yang hadir.

Alhamdulillah program 2 jam ini berjaya membuka minda ibu bapa untuk berjuang dengan kaedah yg lebih efektif untuk anak-anak mereka. InsyaAllah, mudah-mudahan seminar ini akan diadakan lagi pada masa akan datang!









Testimonial Program

“Memberi jawapan kepada dilemma seorang career woman dan menyeimbangkan antara career & family.”
PN. SHARIFAH MORDIAH WAN ABD RAHMAN
Timb Pendaftar (HEP), UNITEN

“Seminar ini menyedarkan kekurangan diri sebagai ibu. Sedarkan saya tentang pentingnya peranan ibu bapa. Program patut disertai selalu sebagai satu ‘continuous training’ untuk ibu bapa.”
PN. ZURAIDAH ROHANI
Institut KWSP, Bangi

“Syabas pengisian program cukup baik, memuaskan dan memberangsangkan kepada ibu bapa di dalam mentarbiyah anak-anak untuk kecemerlangan akhirat dan dunia.”
PN. NORIDA ‘ASHIKIN AHMAD
Guru SK Seksyen 7

“Amat bagus dan memuaskan hati. Banyak ilmu yg saya dapat dan akan dipraktikkan untuk anak saya.”
PN. AZIZAH BT. DANIAN
Pembantu Kedai Buku Pustaka Jasa


[<<  <  15  16  17  18  19  20  21  [22]  23  24  25  26  27  28  29  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net