|
|
| Thursday, 4-Jun-2009 08:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Pecutan Akhir UPSR SK Desa Baiduri (4.6.09)
|
|
Musim pecutan akhir UPSR sudah pun bermula!
Klien Speak Out AMPAC, SK Desa Baiduri sekali lagi mengundang Saudara Badrul Sani untuk bersama-sama dengan para calon UPSR 2009 sambil berkongsi tentang kaedah persiapan menghadapi UPSR.
Seminar selama setengah hari ini menghidangkan pelbagai teknik dan rahsia pelajar cemerlang untuk dijadikan rujukan, panduan dan ikutan 240 orang peserta tersebut. Dan alhamdulillah, para peserta begitu seronok dan dalam masa yang sama memperoleh pelbagai manfaat menerusi Seminar Pecutan Akhir UPSR kali ini.
All the best to all of u! Apa yg penting? KERJASAMA!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 21-May-2009 02:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Wanita Di Mata Lelaki, IPPT USM (21.5.09)
|
|
Buat pertama kalinya Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM Kepala Batas menjemput saudara Badrul Sani untuk berkongsi idea, pendapat dan pengalaman bersama kakitangan institut tersebut di Penang Golf Resort, Kepala Batas.
Dengan tajuk yang cukup menarik ; "Wanita di Mata Lelaki, Wanita Sukar Dimengerti...?" para peserta telah dibawa pemikiran mereka bersama Saudara Badrul Sani tentang sebab-sebab wanita berbeza dgn lelaki dan bagaimana untuk meraikan perbezaan tersebut.
Disulami senyuman dan tawa peserta, Saudara Badrul Sani yang dibantu oleh Puan Raidah Khalisah membongkar 3 perbezaan utama yang menyebabkan wanita berbeza dengan lelaki. Dan tips-tips praktikal yang menarik untuk menyesuaikan diri dengan wanita turut dikongsi bersama! 2 jam berlalu tanpa dirasa dan yang paling penting, ilmu di dada dan minda turut meningkat bersama.
Program 2 hari ini juga dihadiri oleh pakar-pakar motivasi yang lain seperti Dr. Robiah K. Hamzah, Saudara Fadzli Yusof, Saudara Amin Idris, Saudara Osman Affan dan Saudara Suzardi Maulan.
InsyaAllah, ada rezeki kita berjumpa lagi!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 16-May-2009 08:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Bijak Berbicara Dalam Pendidikan (16.5.09)
|
|
SK Tun Abdul Aziz Majid telah mengamanahkan Speak Out AMPAC untuk menjalankan sebuah seminar komunikasi bagi guru-guru di sekolah tersebut.
Bersempena dengan Hari Guru yang cukup bermakna buat semua peserta, Saudara Badrul Sani telah berkongsi teknik terbaik dalam berkomunikasi dengan para pelajar khususnya mereka yang bermasalah.
Alhamdulillah, walaupun bersendirian (sbb tu muka tak nampak), Saudara Badrul Sani berjaya menghubungkan para peserta dengan kaedah bicara yang berkesan, mudah dan praktikal menerusi ceramah yang menarik.
Tahniah buat semua dan Selamat Hari Guru!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 5-May-2009 08:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Effective Communications for Teens Seminar (5&6.5.09)
|
|
Buat pertama kalinya Speak Out AMPAC dijemput untuk menyertai program kelolaan Coaching Zone yang diadakan di Sg. Siput, Perak.
Program yang ditaja oleh Yayasan Sg. Siput ini telah menghimpunkan 630 orang pelajar tingkatan 3 (hari pertama) dan tingkatan 5 (hari kedua). Matlamat program ini adalah untuk membantu para peserta untuk yakin dalam berkomunikasi khususnya menggunakan bahasa Inggeris.
Dibimbing oleh Coach Ridz, Coach Sha dan Coach Badr, seminar 8 jam ini telah berjaya menimbulkan minat dan rasa yakin di kalangan peserta untuk menggunakan bahasa Inggeris sebaiknya. Memang enjoy program di Sg. Siput ni. Semua pelajar daripada pelbagai bangsa ada; Melayu, India, Cina dan Orang Asli.
Tahniah kepada semua ye! C u later alligator!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 30-Apr-2009 16:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jelajah Pembicara Gemilang SMK Bandar Baru Bangi (30.4.09)
|
|
Tidak sampai dua minggu, Speak Out AMPAC telah kembali ke SMK Bandar Baru Bangi untuk Jelajah Pembicara Gemilang. Kali ini jelajah diadakan untuk sebahagian lagi pelajar tingkatan 2 SMK Bandar Baru Bangi.
Dan seperti biasa, alhamdulillah Jelajah Pembicara Gemilang sekali lagi memberikan impak maksima kepada para peserta. Tahniah kepada semua dan selamat menjadi Pembicara Gemilang!!!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 25-Apr-2009 11:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bengkel Bijak Berbicara Wanita ISMA (25.4.09)
|
|
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kerap juga menggunakan perkhidmatan Speak Out AMPAC dalam melatih kemahiran seni berbicara kepada sof kepimpinannya. Dan kali ini Wanita ISMA telah berkunjung ke AMPAC untuk mempelajari teknik dan mendapatkan tips untuk bijak berbicara.
Bersempenan KONWANIS (Konvensyen Wanita ISMA) yang bakal diadakan tidak lama lagi, beberapa orang pimpinan ISMA dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan program, menyampaikan ucapan, mengetuai forum dan mengacarakan majlis. Justeru latihan pada hari tersebut banyak menjurus ke arah menjadi Pembicara Gemilang dalam segmen masing-masing.
Alhamdulillah, walaupun tidak sampai 2 jam berlatih, pelbagai ilmu dan pengalaman telah dapat dikongsi. InsyaAllah KONWANIS kali ini dapat dikendalikan dgn ceria, cemerlang dan gilang gemilang!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 22-Apr-2009 11:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Pecutan Awal PMR SAMTEN (22.4.09)
|
|
Seperti tahun terdahulu, SAMTEN sekali lagi menjemput Speak Out AMPAC untuk membimbing para pelajar mereka untuk melakar kejayaan dalam peperiksaan. Bersama 205 org calon PMR, Saudara Badrul Sani membawa para peserta menyusuri rahsia Brilliant Students yang cemerlang.
Mengapa kita gagal? Mengapa orang lain berjaya? Merupakan persoalan yang terjawab sepanjang seminar 2 jam ini. Masa yang panjang tetapi dirasakan singkat ini digunakan sebaik mungkin untuk mengajak para peserta untuk berubah ke arah kebaikan di samping membantu rakan-rakan yang memerlukan bimbingan.
All the best to all of you!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 21-Apr-2009 13:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jelajah Pembicara Gemilang SMK Bandar Baru Bangi (21.4.09)
|
|
Akhirnya! Setelah 2 tahun Speak Out AMPAC menjelajah seluruh negeri Selangor, akhirnya dengan izin Allah dapatlah jua kami melaksanakan program Jelajah Pembicara Gemilang di sekolah yang paling hampir dengan AMPAC iaitu SMK Bandar Baru Bangi.
Alhamdulillah, program percuma ini secara tidak langsung telah membuka minda anak-anak remaja tentang peripentingnya seni berbicara. Dan mereka juga dibimbing untuk mendalami kaedah untuk mengatasi takut dan cara untuk menyampaikan ucapan dengan yakin dan cemerlang.
Sebuah program yang menyeronokkan untuk semua! Tahniah kepada SMKBBB!
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 19-Apr-2009 16:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Program Kecemerlangan UPSR 2009 di UKM (19.4.09)
|
|
Innovate Smart Sdn. Bhd. telah menganjurkan Program Kecemerlangan UPSR 2009 di Dewan Budiman Fakulti Pendidikan UKM Bangi.
Dihadiri oleh 160 orang peserta, program ini bermatlamat untuk melonjakkan semangat dan memberikan input-input berkualiti dalam menghadapi peperiksaan UPSR.
Speak Out AMPAC telah dijemput untuk memula dan mengakhiri program ini. Dengan berkongsi rahsia-rahsia pelajar cemerlang, Saudara Badrul Sani juga berjaya menampakkan sebab-sebab mengapa mereka tidak boleh berjaya.
Dan alhamdulillah, para peserta yg hadir pulang dengan semangat membara untuk berjuang habis-habisan untuk UPSR 2009! Selamat maju jaya!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 16-Apr-2009 14:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Brilliant Students Junior SK Saujana Impian (16.4.09)
|
|
Ini merupakan program kali kedua bersama dengan SK Saujana Impian, Kajang. Cuma yang berbezanya, kali ini Speak Out AMPAC bersama-sama dengan adik-adik pelajar tahun 4 SKSI.
Pendekatan bersama si cilik ini agak berbeza jika dibandingkan dgn program-program yang terdahulu. Yang penting, matlamat tercapai dan para pelajar mendapat manfaat semaksimum mungkin.
Satu permulaan awal yang cukup berguna dalam melahirkan generasi yang berilmu, bersahsiah dan berkeyakinan. Tahniah kepada semua!
|
|
|
|