|
|
| Saturday, 11-Apr-2009 08:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jelajah Pembicara Gemilang Duo Edition MCKK (11.4.09)
|
|
Malay College Kuala Kangsar atau MCKK buat julung-julung kalinya menjemput Speak Out AMPAC untuk mengadakan Jelajah Pembicara Gemilang bersama 500 orang pelajar kolej tersebut.
Dihadiri oleh para pelajar tingkatan 1,2,3 & 4, program ini mensasarkan untuk memberikan kesedaran kepada semua warga MCKK tentang kepentingan ilmu seni berbicara. Speak Out AMPAC yang terdiri daripada Saudara Badrul Sani, Saudara Amirurrahim, Saudari Afiqah dan Pn.Raidah (serta Daniel) telah berjaya membimbing para peserta menerokai dunia seni berbicara. 3 sesi diadakan dan sesi terakhir adalah latihan bersama dengan para pendebat, pemidato dan ahli forum dari MCKK dan SMK Raja Perempuan Kalsum (RPK).
Dan alhamdulillah, kesemua yg hadir amat berpuas hati dan inginkan kami semula ke sana untuk program yang berikutnya.
Buat semua warga MCKK, teruskan berjuang untuk menjadi Pembicara Gemilang!!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 9-Apr-2009 15:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Latihan Forum SDAR, Seremban (9.4.09)
|
|
Alhamdulillah, SDAR telah berjaya melayakkan diri ke peringkat negeri dalam pertandingan Forum Islam pada tahun ini.
Speak Out AMPAC seperti biasa dijemput oleh SDAR untuk memberikan perkongsian ilmu dan pengalaman bersama para peserta sebelum mereka berentap di pusingan akhir peringkat negeri.
Kepada semua, selamat maju jaya ye!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 6-Apr-2009 09:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Komunikasi & Temuduga Gemilang POLIMAS, Jitra (6.4.09)
|
|
POLIMAS sekali lagi menjemput Speak Out AMPAC untuk mengadakan sebuah seminar yang cukup penting kepada bakal-bakal graduan POLIMAS yakni SEMINAR KOMUNIKASI & TEMUDUGA GEMILANG!
Dihadiri oleh para pelajar tahun akhir politeknik tersebut, seminar ini membangunkan kesedaran dan memberikan suntikan ilmu pengetahuan tentang kaedah untuk menghadapi temuduga dgn cemerlang.
Dengan mengadakan permainan, lakonan, ceramah, bengkel, dan pelbagai lagi aktiviti menarik, seminar ini telah berjaya membimbing para graduan POLIMAS untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi dunia kerjaya yg penuh dgn cabaran.
Tahniah kepada semua! All the best!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 1-Apr-2009 20:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Bijak Berbicara ISMA (1.4.09)
|
|
Speak Out AMPAC kini dilamar oleh NGO sebagai tenaga pengajar teknik pengucapan awam yang berkesan.
Diadakan setiap minggu, Seminar Bijak Berbicara ISMA diadakan bagi menggarap kemahiran berbicara yang utuh dan mampan.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 1-Apr-2009 15:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sentuhan Motivasi Majlis Lonjakan Khidmat Mesra AZIM (1.4.09)
|
|
AMPAC telah diberikan pengiktirafan apabila dijemput untuk berkongsi sentuhan motivasi dengan warga Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM) bersempena Majlis Pelancaran Uniform Baru dan Lonjakan Khidmat Mesra AZIM 2009.
Saudara Badrul Sani telah membawa audiens untuk meneliti beberapa rukun yang perlu dipatuhi untuk menjadi seorang yang cemerlang di tempat kerja. Dengan memperkenalkan prinsip A.H.M.A.D. dan mengisinya dengan aktiviti menarik, perkongsian 15 minit tersebut menjadi sesuatu yg amat bermakna untuk warga AZIM.
Semoga AZIM terus maju dan bermutu khususnya dalam khidmat mesra pelanggan. Tahniah kepada semua!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 28-Mar-2009 20:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Bijak Berbicara bersama HPA (28.3.09)
|
|
MLM Training merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Speak Out AMPAC. Dan peluang ini digunakan sebaiknya oleh syarikat HPA untuk menjemput Saudara Badrul Sani untuk menyampaikan ceramah dan latihan pengucapan awam kepada pemimpin-pemimpin usahawan mereka.
Diadakan di Excel Training Resort, Broga, ceramah ini membimbing para peserta dalam menjadi seorang usahawan yang bijak berbicara. Menggunakan formula-formula yg telah terbukti berkesan, Saudara Badrul Sani pada malam itu berjaya menyuntik semangat, memupuk kemahiran berbicara dan menjulang motivasi para usahawan Muslim HPA.
Para peserta sememangnya sporting dan memiliki minat yg tinggi untuk mempertingkatkan diri. Ini memudahkan lagi seminar dan menyemarakkan lagi kehangatan Seminar Bijak Berbicara.
Tahniah kepada semua dan maaf kepada yg tidak berkesempatan untuk membeli buku Bijak berbicara Mencuit Rasa kerana stok sudah pun habis. Semoga terus berjaya dalam perniagaan dan perjuangan anda semua!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 24-Mar-2009 08:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Bijak Berbicara DBP bersama MPSP (24 & 25.3.09)
|
|
Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) sekali lagi menjemput Saudara Badrul Sani, mewakili Speak Out AMPAC untuk menjadi penceramah bagi program 2 hari yang berteraskan kemahiran pengucapan awam. Dan program ini dilaksanakan khas untuk para pegawai Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pulau Pinang.
Disertai oleh 30 orang pegawai dan pembantu pegawai, para peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, telah mempelajari pelbagai perkara khususnya kaedah untuk berbicara dengan cemerlang.
Dan yang menariknya, para peserta juga disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk menyuntik keberanian berbicara dan memudahkan pembelajaran ilmu yang amat penting ini. Kami juga mendapat respon bahawa program Seminar Bijak Berbicara ini lain daripada yang lain. Tidak konvensional. Tidak boring. Dan yang paling penting...BERKESAN!
Mudah-mudahan kita akan berjumpa. Semoga cemerlang dalam kerjaya masing-masing!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 23-Mar-2009 08:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Brilliant Students Duo Edition SMK Pauh Jaya (23.3.09)
|
|
Kepulangan Speak Out AMPAC ke Pulau Pinang sememangnya dinanti-nantikan oleh para pendidik di Seberang Perai. Dan kesempatan ini diambil oleh SMK Pauh Jaya untuk menjemput Saudara Badrul Sani bagi berkongsi dengan para calon SPM dan PMR tentang bagaimana untuk cemerlang dalam peperiksaan!
4 jam di SMKPJ, Speak Out AMPAC telah berjaya membuka minda dan berkongsi cara tentang rahsia Brilliant Students yang sebenar. Dan insyaAllah, ini juga menjadi salah satu usaha untuk cemerlang dalam peperiksaan yang bakal hadir tidak lama lagi. Selamat maju jaya kepada semua!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 20-Mar-2009 10:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jelajah Save Gaza di Kolej Kejururawatan Murni (20.3.09)
|
|
SAVE GAZA... itulah misi yang disokong dan didokong oleh Speak Out AMPAC, yakni memastikan saudara seagama kita di Palestin diselamatkan daripada terus ditindas dan dilanyak oleh syaitan Israel laknatullah.
Sebagai salah satu sayap Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, AMPAC bertanggungjawab untuk mengumpul dana sebanyak mungkin untuk digunakan bagi mendirikan Klinik Kebajikan di Gaza. Dan antara kaedah yang digunakan adalah dengan menjelajah ke sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberikan kesedaran dan melaksanakan kempen derma di sana.
Kolej Kejururawatan Murni, menjadi destinasi pertama. Setelah berkongsi maklumat dan emosi bersama para bakal jururawat di sana, mereka juga turut berbincang tentang bagaimana untuk melaksanakan kempen yang sama di sana.
Alhamdulillah, dengan perkongsian yang singkat, ia telah berjaya menghubungkan lebih ramai masyarakat Islam untuk berusaha menyelamatkan saudara mara mereka di Gaza. Takbir!
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 15-Mar-2009 14:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Bijak Berbicara KRIM Negeri Sembilan (15.3.09)
|
|
Saudara Badrul Sani telah dijemput oleh Kelab Remaja ISMA untuk menyampaikan ceramah komunikasi untuk para peserta Kem Remaja Muslim Siri 1 di Kem Rebutia, Gombak.
Terdiri daripada remaja yang kebanyakannya dari Negeri Sembilan dan negeri-negeri lain, kem ini bermatlamat untuk membangunkan remaja Muslim masa kini untuk menjadi remaja super yang beriman dan beramal soleh.
Dan petang tersebut, Saudara Badrul Sani ditemani oleh Ahmad Daniel Ikmal, berkongsi dengan para peserta apa yang patut dilakukan untuk menjadi remaja Muslim yang cemerlang berbicara! Dan alhamdulillah, walaupun cuma 2 jam, ia telah berjaya membuka minda dan mulut peserta untuk cemerlang berbicara.
Tahniah kepada semua! Ingat, gunakanlah lisan anda untuk berdakwah!
|
|
|
|