|
|
| Thursday, 5-Mar-2009 09:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kem Jom Bijak Berbicara SDAR, Seremban (5/3/09)
|
|
Sekolah Dato' Abd Razak (SDAR), Seremban telah menjemput Saudara Badrul Sani mewakili Speak Out AMPAC untuk mengelolakan program Kem Jom Bijak Berbicara untuk para pemimpin pelajar di sana. Dihadiri oleh 55 orang pengawas, kem ini membawa seribu satu makna untuk peserta khususnya dalam menyuntik keyakinan berbicara dan menyemai kaedah berkomunikasi dengan cemerlang.
Dari pagi hingga ke petang, program ini padat dengan aktiviti-aktiviti yang membangunkan keupayaan peserta berbicara dengan yakin, padat dan tampak bergaya. Alhamdulillah, dalam tempoh yang singkat ini, Kem Jom Bijak Berbicara berjaya meninggalkan impak yang besar dalam kehidupan para pemimpin pelajar SDAR dalam melaksanakan qiyadah yang cemerlang.
Tahniah kepada semua! Jumpa lagi ye!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 23-Feb-2009 11:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Brilliant Students SK S2 Bandar Kinrara (23.2.09)
|
|
SK S2 Bandar Kinrara mengulangi sejarah 2007 dengan menjemput Speak Out AMPAC untuk mengadakan program motivasi di sekolah tersebut.
Seminar kali ini agak istimewa kerana disertai oleh para AMPACers Lepasan SPM sebagai sebahagian daripada latihan Facilitator & Presentation Skills mereka di AMPAC. Alhamdulillah masing-masing menampilkan kemampuan untuk menjadi fasilitator yang cemerlang.
Dan alhamdulillah para peserta yang terdiri daripada 210 orang calon UPSR ini telah menerima impak yang cukup besar dan berkesan dalam memacu semangat mereka untuk cemerlang dalam UPSR tidak lama lagi. Tahniah kepada semua!!
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 22-Feb-2009 09:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Brilliant Students & Fantastic Parents SKSI (22.2.09)
|
|
SK Saujana Impian sekali lagi menjemput Speak Out AMPAC untuk mengendalikan program di sekolah mereka. Cuma kali ini lebih istimewa kerana bukan sahaja pelajar menjadi sasaran, malah ibu bapa juga menjadi peserta dalam program ini.
Bermula dengan perkongsian rahsia Brilliant Students, sehinggalah kaedah membimbing remaja yang berkesan, seminar 4 jam ini telah banyak memberikan impak positif kepada pelajar, ibu bapa mahupun guru-guru.
Di akhir program, siapa sangka, 400 orang peserta yang terdiri daripada ibu bapa, guru dan pelajar menitiskan air mata keinsafan dan menjana semangat perubahan yang membara. Masing-masing mempunyai azam untuk melakukan yang terbaik di atas kapasiti masing-masing.
Teruskan usaha! InsyaAllah anda mampu berjaya!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 18-Feb-2009 10:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Brilliant Students SK Tmn Bkt Teratai (18.2.09)
|
|
Tahun ini sekali lagi Speak Out AMPAC dijemput oleh SK Tmn Bukit Teratai untuk mengendalikan Seminar Brilliant Students bersama para calon UPSR sekolah tersebut.
Lebih kurang 140 orang pelajar menghadiri program yang diselangi gelak tawa, serius, sedih dan semestinya padat dengan informasi serta motivasi.
Teknik menguruskan masa dengan bijak turut diselitkan bagi memastikan para pelajar mampu memanfaatkan setiap saat dalam setiap hari mereka sebagai calon UPSR.
Tahniah kepada semua dan All The Best!!!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 14-Feb-2009 09:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Pengurusan Stress SMK Khir Johari, Beranang (14.2.09)
|
|
SMK Khir Johari menjadi klien pertama untuk Seminar Pengurusan Stress kelolaan Speak Out AMPAC. Program yang dihadiri oleh 50 orang guru sekolah menengah ini bermatlamat untuk berkongsi kaedah terbaik dalam menguruskan masalah stress. Dan alhamdulillah, matlamat ini tercapai!
Dengan menggunakan pendekatan yang 'sempoi' dan selamba, seminar ini telah berjaya mendedahkan kaedah-kaedah praktikal, mudah dan berkesan untuk dilaksanakan oleh para guru. Dari teori hinggalah ke praktikal, dari serius hinggalah ke deraian tawa, seminar ini sedikit sebanyak mengubah persepsi guru terhadap minda, kehidupan dan tekanan.
Tahniah kepada semua guru yang hadir! Semoga anda mampu mengendalikan stress sebaik mungkin!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 11-Feb-2009 03:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Forum di SDAR, Seremban (11.2.09)
|
|
Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) telah menjemput Speak Out AMPAC untuk mengadakan Seminar Forum bagi mendedahkan teknik berforum dan berbicara dengan cemerlang untuk para pelajar tingkatan empat dan lima yang bakal mewakili sekolah dalam pertandingan forum.
Seramai 30 orang pelajar terpilih untuk menyertai latihan intensif ini dan alhamdulillah mereka pulang dengan kepuasan. Menggunakan kaedah berterus terang dan selamba, Saudara Badrul Sani berjaya menampakkan betapa forum bukan semata-mata pertandingan malah satu proses pembentukan manusia yang cemerlang dan gemilang.
All the best to all of u!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 29-Jan-2009 10:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Coaching Pembicara Gemilang @ AMPAC (29.1.09)
|
|
Kalau selalu Speak Out mengunjungi sekolah, syarikat dan badan kerajaan, kali ini program Coaching Pembicara Gemilang yang melibatkan hanya seorang peserta diadakan di AMPAC. Setelah temujanji dibuat 1 bulan lebih awal, akhirnya hari yang dinantikan oleh En. Aznan telah pun tiba.
Coaching Pembicara Gemilang merupakan sebuah program eksklusif bersifat one to one dan direka khas untuk memenuhi permintaan khas client Speak Out. Sebagai pegawai senior di TNB, kemahiran untuk berucap dan membuat presentasi adalah amat penting.
Dan alhamdulillah, 2 jam bersama jurulatih seni berbicara, Saudara Badrul Sani, seorang lagi Pembicara Gemilang dilahirkan! Tahniah kepada En. Aznan yang begitu bersemangat untuk mengatasi kelemahan diri dan berjaya melakukannya!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 24-Jan-2009 20:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Brilliant Students Pusat Tuisyen T-Subra (24.1.09)
|
|
Kami kembali lagi di Pusat Tuisyen T-Subra di Seberang Jaya, P.Pinang. Dah alang-alang balik kampung untuk raya Cina ni, sekaligus pelawaan ini diterima. Dan kali ini Seminar Brilliant Students berkisarkan tentang teknik menguruskan masa dengan berkesan menggunakan Jadual Road to 5As!
Bukan main seronok lagi para peserta yang hadir pada malam itu. Dan ibu bapa juga tidak kurang ramainya! Seminar ini turut disertai oleh Saudara Ahmad Baahir dan Saudara Thaqif Mahadi selaku fasilitator. Memang unik program kali ini. Meriah betul khususnya ketika aktiviti dilakukan!
Hope to see u again!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 9-Jan-2009 08:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Seminar Brilliant Students SK B.B.Bangi (7.1.09)
|
|
Speak Out kembali lagi ke SK Bandar Baru Bangi, dan kali ini bagi menyambung perjuangan untuk membimbing para calon UPSR 2009 untuk berjaya dgn cemerlang dalam peperiksaan penting tersebut.
Dan yang menariknya kali ini, Speak Out AMPAC ditemani oleh Coach Sha & Coach Ridz dari English Sure Boleh Seminar bagi sama-sama menggegarkan SKBBB!
Kesimpulannya, ia sebuah program yang unik, menarik dan meninggalkan impak maksima kepada para peserta. Syabas kepada semua!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 4-Nov-2008 08:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jelajah Pembicara Gemilang SMK Jalan Empat (4.11.08)
|
|
AMPAC Speak Out kini kembali ke SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi. Sudah hampir setahun kami tidak berprogram di sana dan alhamdulillah kali ini sekali lagi program Jelajah Pembicara Gemilang meninggalkan impak positif yg cukup mendalam kepada para peserta.
Yang kuat tidur pun mengaku program kali ini tidak membosankan di samping memberikan berguna untuk menjadi manusia yg cemerlang!
Memang sporting lah budak-budak JESS (Jalan Empat Secondary School) ni! Tahniah!
|
|
|
|