Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  51  52  53  54  55  56  57  [58]  59  60  61  62  63  64  65  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 26-Sep-2007 08:00 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang SK Tmn Muda (Siri 15)

Dah masuk Siri 15!!! Itulah Jelajah Pembicara Gemilang.. Pejam celik pejam celik dah 15 sekolah dilawati dan lebih kurang 3000 orang pelajar telah menerima manfaat daripada program tersebut.

SK Taman Muda menjadi pilihan Speak Out dalam pengembaraannya yang ke-15 ini. Sudahlah seronok dengan berakhirnya UPSR, para peserta bertambah enjoy dengan pengisian Jelajah Pembicara Gemilang Siri 15 ini. Dan bukan setakat pelajar, malah para guru dan guru besar juga menunjukkan minat yang tinggi dalam program tersebut. Tahniah kepada semua dan kami di Speak Out juga enjoy bersama kalian!









Tuesday, 25-Sep-2007 15:30 Email | Share | | Bookmark
Seminar Bijak Berbicara Bersama Jururawat AZIM

Biar betul? Selepas dua ceramah padu yang disampaikan di SK Pandan Indah dan SMK Engku Hussain, Saudara Badrul Sani meneruskan lagi perjuangan seni bicaranya dan kali ini beliau bersama para jururawat yang bakal bertugas di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi.

Meskipun kepenatan namun masih terpancar sinar semangat yang berkobar-kobar dalam berkongsi ilmu dan pengalaman dalam seni bicara. Saudara Badrul Sani kali ini lebih memfokuskan kaedah seni bicara yang cemerlang dalam kerjaya sebagai seorang jururawat. Alhamdulillah perkongsian ini sedikit sebanyak membantu para peserta dalam mempersiapkan diri sebagai jururawat yang bijak dan bijak berbicara!







Tuesday, 25-Sep-2007 11:00 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pecutan Akhir SPM (SMK Engku Husain)

Selepas SK Pandan Indah, Speak Out bergegas dari Cheras ke Semenyih! Alhamdulillah kami sempat tiba tepat pada masanya di SMK Engku Husain bagi menyempurnakan program Pecutan Akhir SPM!

Kaedah yang digunakan oleh Speak Out memang menyeronokkan! Dan di sebalik keseronokan tersebut ada saja pengisian yang bermanfaat dan meninggalkan impak besar kepada hati peserta. Alhamdulillah, meskipun hanya 1 jam setengah kami berkongsi idea, tips dan rahsia cemerlang SPM, kelihatan para peserta lebih bersemangat dalam memperkasakan diri mereka untuk menghadapi SPM yg bakal menjelma tidak lama lagi.

Best of luck to u all! Buat yg terbaik ye!









Testimonial

"Great motivation!"
SAM

"Best! Jelas dan bersemangat!"
MARDHIAH HAYATI

"Membuat mata hati lebih menghargai detik ketibaan SPM!"
NOOR AMALINA ATAN

"Dapat mengumpul banyak tips-tips yang berguna untuk menghadapi SPM"
KAMALESWARI


Tuesday, 25-Sep-2007 08:00 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang SK Pandan Indah (Siri 14)

Hari ini hari yg cukup mencabar untuk Speak Out Team. Kerana bukan satu program yang bakal dilaksanakan tetapi 3 ceramah yang menanti!!

Alhamdulillah tepat jam 8 pagi kami tiba di lokasi yang pertama; SK Pandan Indah. Bersama 300 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar darjah 5 dan 6, Saudara Badrul Sani berjaya menggamatkan dewan dengan pengisian yang lucu tetapi amat bermanfaat untuk semua.

Untuk adik-adik SK Pandan Indah, kami ucapkan tahniah dan ingat, "it's all about your mind!"









Monday, 24-Sep-2007 12:55 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang SK Jalan 6 (Siri 13)

Selepas 1 jam menyampaikan Seminar Pecutan Akhir SPM, Speak Out Team bersedia pula untuk program yang berikutnya; Jelajah Pembicara Gemilang. Jelajah Pembicara Gemilang kali ini diadakan di sekolah yang terhampir dengan Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy (ampac) iaitu SK Jalan 6. Dihadiri oleh pelajar-pelajar darjah 6 dan 4, program ini berjaya menaikkan semangat para peserta dalam berbicara dengan cemerlang dan yakin di hadapan khalayak.

Alhamdulillah, program 1 jam setengah ini disempurnakan dengan jayanya walaupun penat berpuasa. Semoga ibadah puasa kita diangkat menjadi pahala yang membantu kita di akhirat kelak. It’s all about your mind!










Testimonial

“Best!!! Harap boleh buat lagi!!! We are enjoy!!! Yiihaaaa!!!”
FAZLEENIZA ABDULLAH

“Seronok dan best!”
NABILAH BT. AHMAD FUAD

“Ceramah yang sangat menarik dan juga dapat memperbaiki kelemahan diri saya dalam pidato dan berucap di hadapan. Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah best!!!”
SITI NURFITRIYANA ZAHARIMAN SHAH

“This is the best ‘ceramah.’ I like it very much. Penceramah ini paling best (Abg Badrul) and Selamat Hari Raya. That’s all…1 more…Ceramah ini paling best dalam hidup saya.”
MAS SYARAFANA ADANAN SUKRI



[<<  <  51  52  53  54  55  56  57  [58]  59  60  61  62  63  64  65  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net