Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  52  53  54  55  56  57  58  [59]  60  61  62  63  64  65  66  >  >>]    [Archive]
Monday, 24-Sep-2007 08:15 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pecutan Akhir SPM (SMK Jalan 4)

Jika minggu lepas Speak Out bersama adik-adik mereka yang bakal menduduki PMR, kali ini tibalah masanya untuk Pecutan Akhir SPM SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi. Seminar ini dihadiri oleh lebih kurang 120 orang calon SPM SMK Jalan Empat. Dan alhamdulillah, mereka terasa impak yang ditinggalkan untuk menjadi bekal mengharungi cabaran SPM yang tidak sampai 2 bulan lagi.

Selamat Maju Jaya diucapkan untuk para calon SPM SMK Jalan Empat. Kami doakan adik-adik semua bakal cemerlang dalam menduduki SPM dan gemilang dalam mencorakkan kejayaan hidup. Chaiyok2!










Testimonial

“Bagus, program ini mempunyai pengisian yang boleh dimanfaatkan. Penceramah dapat menarik perhatian dan program ini sebagai ‘energy booster’ sebelum SPM.”
SARAH HANNA ABDUL MANAP

“Very energetic motivator and great interpreting details.”
ANA ILIYANA MOHAMED JOHARI

“Amat menarik! Informatif!”
DAYANA ALYA ADANAN SUKRI

“Sangat efektif dan dapat Bantu set-up mind balik.”
NATASHA BT JAMALUDIN


Friday, 21-Sep-2007 08:30 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang SK Tmn Jasmin (Siri 12)

Pada pagi Jumaat yg mulia di bulan Ramadhan yang mulia, Speak Out Team kini berada di SK Tmn Jasmin. Kalau hari tu enjoy dengan pelajar sekolah menengah Tmn Jasmin 2, kini giliran pelajar sekolah rendah pulak merasa.

Dihadiri oleh pelajar darjah 5 dan 6, program ini disaksikan oleh 300 orang pelajar. Dan yang bestnya, program ini turut menarik perhatian adik-adik darjah 1 yang pada mulanya tidak dijadualkan untul berada di situ!! Alhamdulillah program ini berjaya meninggalkan impak maksima kepada peserta! Ingat, JUST DO IT!









Testimonial

"Motivasi ini best giler!!!"
NURUL ASYIQIN ZULKIFLI

"Sangat seronok dan tidak bosan!"
AMIRAH ATIQAH

"Saya dapat belajar banyak perkara dalam program ini!"
NURUL NAJIHAH JALAL

"Best dan harap program ini dapat disambungkan di sekolah-sekolah lain!"
MOHAMAD AZMER ZULFADHLI


Thursday, 20-Sep-2007 13:00 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang SMK Pandan Indah (Siri 11)

Habis sahaja penjelajahan di SK Ampang Campuran, Speak Out Team bergegas pula ke SMK Pandan Indah untuk melengkapkan Jelajah Pembicara Gemilang Siri ke-11. Cabaran bulan Ramadhan untuk Saudara Badrul Sani, memang penat apabila perlu menyampaikan ceramah bertenaga dengan waktu senggang selama 30 minit. Namun alhamdulillah, berkat keizinan Allah ceramah ini berjaya disampaikan.

Dihadiri oleh 300 orang pelajar sesi petang, program kali ini lebih bingit daripada biasa. Anyway, it's good to be at SMK Pandan Indah.











Testimonial

"Memang best dan ia banyak membantu untuk masa akan datang!"
MOHD AIDID WALIYUDDIN REMLI

"Memang best dan tak boring, rasa nak dengar sampai malam... kami harap abg akan berjaya di dunia dan akhirat...Amin!"
PARA PELAJAR KELAS ARAB 1

"Dengan seikhlas hati kami berkata, ceramah ini adalah ceramah yang paling enjoy yg pernah kami ikuti. Abg Bad memang sporting. Setelah ceramah yang Abg Bad sampaikan, kami merasakan kami yakin untuk bercakap di hadapan. Kami harap Abg Bad akan datang ke sekolah kami lagi untuk memberikan lebih banyak tips kepada kami."
PARA PELAJAR PEREMPUAN KELAS 2KAA1


Thursday, 20-Sep-2007 10:45 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang SK Ampang Campuran (Siri 10)

Jelajah Pembicara Gemilang sudah masuk ke Siri ke-10!! Alhamdulillah, berkat kudrat yang dikurniakan Allah program ini berjaya sampai ke tahap sebegini.

Kali ini kami ke SK Ampang Campuran. Sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa termasuk warga Indonesia. Wah, seronok betul adik-adik SKAC pada hari tu. Apapun, harap satu hari kita boleh berjumpa lagi ye! It's all about your mind!











Testimonial

"Ni adalah ceramah yang paling best dalam hidup saya. Takkan lupa"
NURUL SYUHADA

"Paling best di seluruh negara!"
YAP SUET SAN

"Abg Bad memang best giler!!! Saya doakan Abg Bad terus maju ke hadapan dan datang lagi ke sekolah kami ye."
NUUR HIDAYAH

"Abg Bad memang best, lucu dan mesra dengan semua orang!!!!!"
MALINI KARNALIS


Wednesday, 19-Sep-2007 10:45 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang SMK Taman Jasmin 2 (Siri 9)

10.45pg: Kini Speak Out Team menjelajah ke SMK Taman Jasmin 2. Wah, memang tak sempat nak berehat lagi penceramah kita ni. Ini kali kedua Speak Out tiba di SMK Tmn Jasmin 2. Kali ini kami diamanahkan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama para pemimpin pelajar dari tingkatan 3 dan 4.

Alhamdulillah, dengan semangat yang kental dan kesungguhan yang utuh Jelajah Pembicara Gemilang Siri yang kesembilan ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Sama seperti adik-adik junior mereka, para peserta menunjukkan minat yang tinggi dan pengamatan yang teliti. Tahniah kepada semua! Be brave! It's all about your mind!











Testimonial

"Satu sesi ceramah berkomunikasi yang menyeronokkan, menghiburkan dan banyak tips komunikasi yang saya dapat. Memang best!! Keep up good work!"
RAIHANA RAMLE

"Funny, enjoyable and made me laugh a lot. I think kalau semua penceramah seperti Abg Bad tentu semua orang takkan bosan dan akan mendapat dan praktikkan mesej yang ingin disampaikan."
ARTHINI A/P NIRAKAR SINGH

"Ceramah bijak berbicara nie best giler...Saya rasa berminat hendak mengikuti ceramah sebegini sekiranya ada dianjurkan lagi...best! "Selamat berpuasa.." ... Ceramah ni juga dapat mengajar saya lebih berani untuk menterjemahkan idea-idea dalam "mind" saya.
NUR SYAFIQAH SIDEK

"Memang best...patut diadakan lagi...Harap Abg Bad sudi sampaikan motivasi ini lagi..akhir kata, Selamat berjaya!"
NUR HASHIDAH ZAINAL


[<<  <  52  53  54  55  56  57  58  [59]  60  61  62  63  64  65  66  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net