Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  53  54  55  56  57  58  59  [60]  61  62  63  64  65  66  67  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 19-Sep-2007 08:30 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang SK Taman Rakan (Siri 8)

8.30pg: Speak Out Team menuju ke Sg Long, mencari lokasi penjelajahan yang berikutnya, SK Taman Rakan. Dianggotai pelajar pelbagai kaum, SK Taman Rakan menjadi sebuah sekolah yang unik dan meriah dengan kepelbagaian budaya dan bahasa.

Saudara Badrul Sani kali ini memberi suntikan semangat dan kegembiraan bersempena tamatnya UPSR baru-baru ini. Memang gembira betul adik-adik SKTR pada hari tersebut. Siap gelak sampai keluar air mata. Tapi yang paling penting mereka memperoleh manfaat dan ilmu yang cukup besar!

Tahniah kepada semua adik-adik SKTR!!









Testimonial

"Motivasi ini sangat menyeronokkan dan saya mendapat belajar pelbagai perkara. Ia juga sangat unik daripada apa yang saya selalu dengar."
NUR NAJIHAH MOHD FAIZAL

"Best. Terasa terhibur ketika mendengar motivasi. Antara banyak-banyak motivasi, hanya motivasi ini yang tidak membosankan. Motivasi yang terbaik!!!"
SITI MUNIRAH MAZLAN

"Saya suka program ini. Sangat enjoy!"
T. NAVANEETHA

"Kami akan berubah! Enjoy sangat2!"
NADIRA ATINA ISMAIL


Tuesday, 18-Sep-2007 08:00 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pecutan Akhir PMR (SMK Jalan 4)

Speak Out! kali ini telah dijemput oleh SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi untuk menyampaikan ceramah Pecutan Akhir PMR pada hari ini. Ceramah ini dibahagikan kepada 2 slot, 8.00pg-9.30pg dan 10.00pg-10.30pg di Dewan SMK Jalan 4.

Alhamdulillah, meskipun program dibuat dalam bulan puasa, ia masih mampu membantu para peserta untuk merangka strategi akhir untuk menduduki peperiksaan PMR yang cuma tinggal 2 minggu sahaja lagi. Meskipun tajuk agak serius, Saudara Badrul Sani masih mampu mengukir senyuman dan gelak tawa peserta selain memperkenalkan kaedah-kaedah pembelajaran yg unik dan mudah.

InsyaAllah, 24hb September ini, Pecutan Akhir SPM pula akan menjelma!










Monday, 17-Sep-2007 08:30 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang SK Saujana Impian (Siri 7)

Sekolah Harapan Negara 2007 (kategori luar bandar)... SK Saujana Impian menjadi lokasi penjelajahan Speak Out yang ketujuh. Program yang dijadualkan bermula jam 8.30pg ini alhamdulillah berjaya disempurnakan oleh krew Speak Out dengan penuh impak positif.








Dihadiri oleh semua pelajar darjah 6 SK Saujana Impian, para peserta yang pada mulanya agak kekok dan malu akhirnya pecah tawanya dek kerana sentuhan tips dan rahsia pembicara gemilang daripada Saudara Badrul Sani. Di akhir sesi, ramai yang datang bersalaman sambil mengucap syukur dan terima kasih atas kehadiran Speak Out ke sana. InsyaAllah, panjang umur kita berjumpa lagi!





Testimonial

"Program ini lebih hebat berbanding semua program yang pernah saya hadiri. Best gilerr!"
AHMAD MUSTAQIM BIN NAZLI

"Ceramah ini adalah ceramah terbaik dalam hidup saya!"
ABDURRAHIM B. ABD KADIR

"Ceramah ini adalah ceramah paling best daripada kesemua ceramah-ceramah yang pernah saya hadiri. Ia juga penuh dengan maklumat-maklumat baru."
AHMAD LUTHFI BIN ABD LATIF

"Syok dan terhibur. BEst sangat. Program ini macam program awet muda sebab sentiasa senyum. Tak bosan."
SITI AISHAH KHAIZUDIN



Friday, 14-Sep-2007 15:00 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang SMK Tmn Jasmin 2 (Siri 6)

SMK Taman Jasmin 2 pula menjadi matlamat penjelajahan Speak Out! Wah, budak-budak sekolah ni sporting-sporting belaka ye. Seronok rasa hati!

Para peserta jelajah kali ini merupakan barisan kepimpinan SMK Taman Jasmin 2. Pengawas, PRS, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan. Sepanjang program tersebut, bilik muzik yang digunakan gamat dengan gelak tawa, sorakan dan tepukan para peserta yang ternyata enjoy dengan program ini. Sempat jugak kami menyanyi beramai-ramai!

Alhamdulillah program ini telah dapat membantu ramai di kalangan peserta untuk menjadi lebih berani dan yakin untuk berbicara dengan cemerlang! Remember, JUST DO IT!!!!













Testimonial

"Abg Bad memang cool yo! Sebelum ni saya memang gementar nak beri ucapan terhadap orang ramai but now I CAN DO IT!"
Nuraini bt Othman

"Saya meminati program ini coz banyak pengalaman yang saya dapat. Saya mulanya takut berkata dan memberi komen tapi selepas kami mengikuti program ini saya menjadi berani!"
Nur Hazatul Aswad bt. Idris

"Ceramah Abg Bad memang seronok dan menarik. Ceramah ini membantu kita untuk lebih yakin kepada diri sama ada dalam segi pemikiran atau perlakuan. Terima kasih atas ceramah Abg!"
Christine Joan



Thursday, 13-Sep-2007 13:30 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang SMK Bandar Damai Perdana (Siri 5)

Setelah berjuang di SK Semenyih, Speak Out sempat berehat seketika sebelum meneruskan perjuangan di sebuah lagi sekolah. Meskipun hari ini hari pertama berpuasa, ia bukanlah penghalang untuk beramal...It's all about your mind!!

SMK Bandar Damai Perdana; meletakkan barisan kepimpinan pengawas dan PRS mereka untuk menjalani program Jelajah Pembicara Gemilang. Bertepatan dengan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin, jelajah kali ini menekankan peripentingnya kecemerlangan berbicara untuk insan bergelar ketua. Mereka juga dibimbing dalam meningkatkan mutu bicara menerusi 3 Rahsia Pembicara Gemilang! Dan alhamdullillah, walaupun berpuasa, mereka amat enjoy dan bertenaga!!











[<<  <  53  54  55  56  57  58  59  [60]  61  62  63  64  65  66  67  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net