Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 26-Apr-2011 08:00 Email | Share | | Bookmark
Seminar Brilliant Students Duo Edition SK Alam Damai (26.4.2011)

Pertama kali hadir di SK Alam Damai, kami disambut dengan penuh kemesraan daripada pihak Guru Besar, guru dan semestinya para pelajar yang mencecah hampir 440 orang.

Terdiri daripada pelajar darjah 5 & 6, Seminar Brilliant Students yang dilaksanakan sebanyak 2 sesi ini, berjaya menarik fokus para pelajar untuk mencorakkan perjalanan baru sebagai Brilliant Student.

Program yang diadakan dengan kerjasama Nukilan Unggul Publications Sdn. Bhd. iaitu penerbit buku terbaru Sdr. Badrul Sani; BRILLIANT STUDENTS : FROM ZERO TO HERO. InsyaAllah diharap usaha sama ini bakal membangunkan potensi para pelajar SK Alam Damai!


Tuesday, 19-Apr-2011 09:00 Email | Share | | Bookmark
Seminar Bijak Berbicara Wanita ISMA Perak (19.4.2011)

ISMA Cawangan Perak menerusi sayap Wanita ISMA, menganjurkan program Seminar Bijak Berbicara bersama Sdr. Badrul Sani. Dihadiri oleh hampir 50 orang aktivis daripada pelbagai lapisan masyarakat, seminar ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai pemidato dan pembicara gemilang untuk menjadi jurucakap Islam yang berkredibiliti.

Yang menariknya juga, program ini diadakan di MAP Training Center di Ipoh. Motivasi Alihan Pelajar, satu nama yang cukup gah dan berjasa dalam dunia motivasi Malaysia. Infrastrukturnya cukup menarik dan kondusif untuk program-program motivasi. Pastinya Sdr. Badrul Sani gembira kerana dapat berbicara di pentas yang sama digunakan oleh Dr. Tengku Asmadi dalam program-program MAPnya.

Mudah-mudahan seminar ini tidak berhenti di sini sahaja dan diteruskan usaha melahirkan pendakwah ini pada masa yg mendatang.


Thursday, 14-Apr-2011 14:00 Email | Share | | Bookmark
Seminar Kepimpinan Muda SK Bandar Teknologi Kajang (14.4.2011)

Setahun berlalu dengan begitu pantas. Rasanya macam baru sahaja kaki ini menjejakkan kaki di SK Bdr Tekno Kajang. Rupa-rupanya program itu sudah pun berlalu 12 purnama! Kini kami kembali bersama para pemimpin pelajar SKBTK untuk membuka laluan luas kepada peserta untuk menyusuri dan menjadi pemimpin yang hebat!

Pelbagai permainan, aktiviti dan pengisian diberikan. Dan alhamdulillah, mereka sangat ceria dan bersemangat untuk membawa wajah baru SKBTK yang jauh lebih cemerlang dari sebelumnya!


Tuesday, 5-Apr-2011 08:00 Email | Share | | Bookmark
Seminar Brilliant Students SMK Cheras Jaya (5.4.11)

Bermula jam 8pg dan berakhir hampir pukul 1 tgh hari, Seminar Brilliant Students SMK Cheras Jaya telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Bersama-sama para pelajar cemerlang tingkatan 2, 3 dan 5, seminar kali ini berkesempatan untuk membimbing para pelajar dengan lebih dalam bagi menguasai kemahiran seorang Brilliant Students.
InsyaAllah, usaha ini bakal membantu para pelajar, guru dan sekolah dalam mencorakkan kejayaan cemerlang pada peperiksaan yang akan datang ini. All the best!!


Monday, 28-Mar-2011 08:30 Email | Share | | Bookmark
Kursus Pengucapan Awam & Pidato Profesional ILIM (28.3.11)

Buat pertama kalinya, Sdr. Badrul Sani dijemput oleh Institut Latihan Islam Malaysia atau ILIM untuk sama-sama berkhidmat bagi membangunkan potensi modal insan di kalangan kakitangan kerajaan. Yang menariknya, mereka yang hadir dalam kursus ini bukan sekadar pegawai kerajaan malah pegawai-pegawai agama dari seluruh semenanjung Malaysia.

Antara perkara penting yang dikongsi bersama adalah tentang bagaimana untuk menguasai kaedah membujuk dan teknik bijak berbicara untuk pendaie.

Menarik betul program kali ini. InsyaAllah, perkongsian ini bakal membantu dunia dakwah di Malaysia secara langsung dan sebaliknya. Allahuakbar!


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net