Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  55  56  57  58  59  60  61  [62]  63  64  65  66  67  68  69  >  >>]    [Archive]
Friday, 7-Sep-2007 09:00 Email | Share | | Bookmark
Seminar Bijak Berbicara bersama 200 orang kaunselor!

Alhamdulillah, sesungguhnya hari ini merupakan hari ini yang paling penting dalam sejarah Speak Out TMS dan Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy. Program Seminar Bijak Berbicara bersama 200 orang kaunselor daerah Hulu Langat ini dianjurkan oleh Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah dengan kerjasama guru-guru SMK Jalan 3 dan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat.



Yang menariknya, program ini dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Amran Kasimin, ADUN Bangi dan dihadiri oleh wakil-wakil dari Kementerian Pelajaran Malaysia (YM Raja Mazlan) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Turut menghadiri program ini ialah para pengetua dan guru besar dari 70 lebih buah sekolah daerah Hulu Langat selain para kaunselor seramai lebih 200 orang.



Saudara Badrul Sani pada hari bersejarah tersebut berjaya menambat hati audiens dengan telatahnya. Dan syukur, perkongsian ilmu pada hari tersebut mendapat respon yang cukup baik daripada para tetamu yg hadir.





Alhamdulillah, menerusi program ini, kami mengambil kesempatan untuk melancarkan Jelajah Pembicara Gemilang untuk semua sekolah rendah dan menengah daerah Hulu Langat. Dan alhamdulillah sebanyak 73 buah sekolah sudah menempah Speak Out untuk menggegarkan sekolah mereka!!





Setelah Daerah Seberang Perai Utara dan Tengah, nantikan pula Jelajah Pembicara Gemilang Siri Daerah Hulu Langat!!!


Wednesday, 5-Sep-2007 15:00 Email | Share | | Bookmark
Seminar Hari Kerjaya SMK Jalan 3

Speak Out TMS telah dijemput untuk menyampaikan sebuah ceramah kerjaya untuk para pelajar tingkatan 1 dan 2, SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi. Program ini dilaksanakan bagi membantu para pelajar untuk merancang strategi untuk masa depan khususnya dalam bidang kerjaya.

Memimpin menggunakan teknik Speak Out Lifetimeline, Saudara Badrul Sani alhamdulillah berjaya membawa peserta menyelongkari keperluan untuk memiliki matlamat, dan menerobosi sempadan untuk mencapai cita-cita.

Ceramah sejam yang dijalankan sebanyak dua kali ini diadakan di Dewan Tun Sri Lanang, SMK Jalan 3.








Wednesday, 5-Sep-2007 08:30 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang AMPAC III (SMK Jalan 4)

Kini Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy, menerusi sayapnya, Speak Out TMS hadir pula ke SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi. Wah, nampaknya para pelajar di sini aktif dan responsif betul. Meriah jadinya! Alhamdulillah, Speak Out dan AMPAC mendapat sambutan yang menggalakkan di sini. Dan alhamdulillah juga, Speak Out akan kembali lagi bersama SMK Jalan 4 untuk program Pecutan Akhir PMR dan SPM tak lama lagi....C u there!









Friday, 31-Aug-2007 07:45 Email | Share | | Bookmark
AMPAC Grand Bonding (Port Dickson)

Setelah sebulan melangkah, AMPAC mengadakan Grand Bonding di Port Dickson pada 31hb Ogos 2007 hingga 1 September 2007.

Bermatlamatkan untuk mengeratkan silaturrahim sesama AMPACers, program ini berjaya merapatkan hubungan semua. Dengan aktiviti-aktiviti menarik dan bermanfaat, AMPAC Grand Bonding ini membuka era baru untuk semua!!



















Thursday, 30-Aug-2007 06:14 Email | Share | | Bookmark
Seminar Bijak Berbicara @ UIAM





Panggilan daripada Kelab Debat dan Pidato Bahasa Melayu UIAM adalah antara yang dinantikan oleh Speak Out Training & Management Services. Sebagai bekas ahli kelab tersebut, Saudara Badrul Sani berasa amat berbesar hati untuk menabur bakti dalam membangunkan potensi bakal-bakal pendebat dan pemidato hebat UIAM.





Tepat jam 8.30mlm, seminar dimulakan dengan persoalan yang amat penting..."Are you on the right track?" Satu soalan yang mencabar keputusan pelajar dalam menyertai kelab debat dan pidato tersebut. Kupasan demi kupasan diberikan bagi menunjukkan bahawa mereka sebenarnya berada di tempat yang betul, pada waktu yang tepat dan bersama para pembimbing yang hebat.



Seminar malam itu juga mengimbau perkara pokok dalam menjadi seorang Pembicara Gemilang. Memandangkan kebanyakan mereka ini sudahpun cemerlang berbicara, seminar malam tersebut lebih berkonsep back to basic yang mengukuhkan kembali perkara yang sedia utuh dalam diri peserta.





Seperti biasa, Battle of the Tounges akan menjadi penyeri seminar. Perbincangan semestinya matang berbanding peringkat sekolah dan kali ini ia semakin hangat dan menyeronokkan. Syabas diucapkan kepada anda semua. Mudah-mudahan adik-adik semua bakal menjadi seorang Pembicara Gemilang suatu hari nanti.





And always remember...It's all about your mind!


[<<  <  55  56  57  58  59  60  61  [62]  63  64  65  66  67  68  69  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net