Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  56  57  58  59  60  61  62  [63]  64  65  66  67  68  69  70  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 22-Aug-2007 01:34 Email | Share | | Bookmark
Seminar Bijak Berbicara @ Nu_in Cafe (PRESENTASI BERPENGARUH)

Seminar Bijak Berbicara @ Nu_in Cafe kembali lagi!!!

Kali ini dengan tajuk "Presentasi Berpengaruh," saudara Badrul Sani membawa perhatian audiens kepada teknik penyampaian presentasi dengan cemerlang. Bermula dengan Rahsia Bicara Gemilang sehinggalah menyelami topik presentasi perseorangan dan umum, alhamdulillah audiens yang hadir berpuas hati dan memperoleh banyak manfaat yang praktikal dari seminar ini.

InsyaAllah, pada bulan hadapan Seminar Bijak Berbicara @ Nu_in Cafe akan kembali dengan topik yg lebih hangat!!







Testimonial Seminar Bijak Berbicara @ Nu_in Cafe


Saturday, 11-Aug-2007 09:00 Email | Share | | Bookmark
AMPAC - 2nd Session

Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy (AMPAC) telah pun mengorak langkah pertama dalam membangunkan remaja ke arah mencapai kecemerlangan dalam kepimpinan dan kemahiran.



Sebagai salah satu sayap AMPAC, Speak Out TMS telah memulakan sesinya yang pertama bersama AMPACers (peserta AMPAC) batch yang pertama. Alhamdulillah, dimulakan dengan latihan vokal yang kelakar, diasak dengan nyayian nasyid untuk memecahkan rasa malu di kerongkong dan konsep perkenalan diri yang unik! AMPACers yang pada mulanya serius pun akhirnya gelak sakan...





Selepas latihan seni komunikasi, AMPAC diteruskan dengan latihan Intelligent Chess, Keusahawanan dan Aikido... Alhamdulillah, AMPAC minggu kedua ini lebih enjoy dari yang pertama... And now we are looking forward to have a greater session next week!!!


"makan jangan tak makan!"


"Jalan itik ke ni?"


"Closing by En. Abd Rahman, Managing Director Az-Zahrah"


Friday, 20-Jul-2007 02:41 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang AMPAC II (SMK Jalan 3)



Setelah senior-senior mereka menghadiri Jelajah Pembicara Gemilang AMPAC Pertama pada hari Selasa, kini masa untuk pelajar tingkatan 1 dan 2 SMK Jalan 3 menikmati program yang menarik ini!
Wah, kali ini Jelajah Pembicara Gemilang AMPAC lebih meriah dengan telatah para peserta yang sporting dan energetic. Tambahan pula yang hadir pada hari itu ialah para pemimpin pelajar.



Program ini juga dihadiri oleh Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, En. Abd Rahman Mat Dali yang teringin melihat sendiri program ini kerana sering mendengar pujian dan penghargaan kepada penceramah kita. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan cemerlang.



Walaupun diadakan pada waktu petang, tiada pelajar yang bosan dan mengantuk melainkan yang tertawa, senyum dan terhibur dengan pengisian yang diberikan. Ramai yang merasakan program seperti ini perlu diadakan lagi. Ada yang minta dipanjangkan masa. Apa-apa pun, we really enjoy to be with SMK Jalan 3. Mudah-mudahan kita berjumpa lagi!







Tuesday, 17-Jul-2007 09:00 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang AMPAC I (SMK Jalan 3)

Akhirnya Jelajah Pembicara Gemilang lahir semula. Kali ini dengan beberapa pembaharuan, ia digelar Jelajah Pembicara Gemilang AMPAC yang lebih menarik dan informatif.



SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi sememangnya amat istimewa kerana dipilih menjadi sekolah pertama yang menjalankan program Jelajah Pembicara Gemilang AMPAC ini. Dihadiri lebih 100 orang pelajar tingkatan 4, program ini berjaya memberi impak dan pendedahan baru untuk para peserta.



Alhamdulillah, meskipun ini sekolah yang pertama, Speak Out TMS yang kini bergabung dengan Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy berjaya melakukan yang terbaik. Pecah perut para peserta dibuatnya sambil minda mereka diisi dengan ilmu dan pengalaman yang cukup bermanfaat.



Para peserta seperti biasa diasak minda dan lisan mereka dengan aktiviti The Battle of Tounges yang kali ini lebih mencabar. Tahniah kepada mereka yang pada mulanya gentar tetapi akhirnya mampu mengatasi ketakutan diri sendiri.





Emm...Hari Jumaat ni, AMPAC akan kembali ke SMK Jalan 3 untuk bersama para pemimpin pelajar tingkatan 1 dan 2 pula. Nantikan Jelajah Pembicara Gemilang AMPAC 2.

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang AMPAC 1

"Best sangat-sangat!"
Siti Nurafiqah Bt. Mohd Azmi
Pelajar Tingkatan 4 SMKJ3

"Penyampaian sangat bagus dan menyeronokkan!"
Muhammad Amirurrahim Amir Hassan
Pelajar Tingkatan 4 SMKJ3

"Best sangat, selalunye ceramah boring, tapi yang ni best"
Nur Najihah
Pelajar Tingkatan 4 SMKJ3

"Best!! Lain kali buat lagi!"
Amalina Omar
Pelajar Tingkatan 4 SMKJ3


Sunday, 15-Jul-2007 15:15 Email | Share | | Bookmark
Seminar Bijak Berbicara @ Nu_in Cafe



Seminar Bijak Berbicara @ Nu_in Cafe dianjurkan oleh pihak pengurusan Nu_in Cafe yang bermatlamatkan untuk mendidik dan berkongsi maklumat bersama komuniti setempat. Seminar 1 jam ini dihadiri oleh hampir 30 orang peserta yang berusia seawal 10 tahun sehingga 50 tahun.





Tema seminar ini adalah kesedaran peripentingnya kemahiran berbicara dan teknik mengatasi rasa gemuruh dalam diri ketika di hadapan khalayak ramai. Alhamdulillah, para peserta mendapat banyak input termasuk kaedah terbaik menggunakan bahasa badan.



Selain itu, Saudara Badrul Sani turut mempersembahkan program Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy (AMPAC) untuk dikongsi bersama para pendengar pada petang tersebut. Alhamdulillah, penerimaan mereka cukup memberansangkan dan ada yang sudah ingin menyertainya.



InsyaAllah, seminar ini akan disambung lagi pada bulan hadapan yang bakal merungkai 3 Rahsia Pembicara Gemilang dan teknik presentasi berpengaruh yang sesuai untuk semua.


[<<  <  56  57  58  59  60  61  62  [63]  64  65  66  67  68  69  70  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net