Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  57  58  59  60  61  62  63  [64]  65  66  67  68  69  70  71  >  >>]    [Archive]
Saturday, 23-Jun-2007 15:00 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pecutan Akhir UPSR (SK Batu Empat)




Bertempat di Akademi Naza, Gurun, Kedah Darul Aman, Speak Out Training & Management Services telah dijemput oleh SK Batu 4 untuk menyampaikan ceramah motivasi untuk para pelajar darjah 6 sekolah tersebut sebagai persiapan terakhir sebelum menjelang peperiksaan percubaan dan UPSR yang sebenar.





Dianggotai oleh Saudara Badrul Sani, Saudara Baahir, Saudara Najib dan Saudari Illy Nadia, Speak Out TMS alhamdulillah berjaya membantu adik-adik ini menerobosi rahsia kecemerlangan pelajar cemerlang. Dengan berbekalkan semangat dan rasa tanggungjawab, Saudara Badrul Sani yang masih demam sempat membuatkan adik-adik ini tertawa, serius dan gembira.






Dibantu oleh Saudari Illy Nadia yang berkongsi teknik menguruskan masa dan jadual pecutan akhir, program ini sememangnya membantu para pelajar dan guru dalam mempersiapkan diri menghadapi UPSR pada 3,4 & 5 September 2007. Kepada adik-adik semua, kami di Speak Out mengucapkan selamat maju jaya dan semoga sentiasa di bawah lindungan dan pertolongan Allah s.w.t..



Testimonial Seminar Pecutan Akhir UPSR SK Batu 4

"Saya sungguh seronok mendengar ceramah ini!"
FATEHAH
Pelajar Darjah 6 SKBT4

"Isi ceramah yang mantap. Berjaya menarik minat murid. Tahniah!"
CIKGU NATRAH
Guru SKBT4

"Penyampaian menarik! Tahniah!"
CIKGU MUNAWARAH
Guru SKBT4


Friday, 22-Jun-2007 04:56 Email | Share | | Bookmark
Seminar Sahsiah Gemilang (SMK Permatang Tok Jaya)



Seminar Sahsiah Gemilang merupakan yang pertama dikendalikan oleh Speak Out Training & Management Services. Bermatlamatkan kesedaran pelajar terhadap Pencipta, pelajaran, keperibadian dan pemikiran unggul, seminar ini dihadiri oleh hampir 200 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 SMK Permatang Tok Jaya.



Dalam seminar ini, Saudara Badrul Sani memimpin para peserta menyusuri kepentingan sahsiah gemilang dan bagaimanakah kaedah yang terbaik untuk membina keperibadian terpuji. Dengan membentangkan 4 aspek kehidupan yang perlu digarap, Saudara Badrul Sani juga berkongsi kisah-kisah teladan yang mampu memberi pengajaran dalam kehidupan peserta.



Seminar 2 jam dimulakan dengan gelak tawa peserta dengan humor Saudara Badrul Sani. Kemudian, apabila menyentuh kecemerlangan emosi, tutur kata penceramah kita telah merenggut hati para peserta sehingga ada yang menitiskan air mata...







Dan alhamdulillah, sebelum ceramah berakhir, Saudara Badrul Sani sempat berkongsi 3 cara mudah mengasak kekuatan minda. Tahniah kepada semua peserta. Mudah-mudahan Allah membantu kita dalam membina peribadi gemilang!



Testimonial Seminar Sahsiah Gemilang

"Ceramah yang mengkagumkan para pendengar.Memberi nasihat yang sangat baik. Thankz!"
MOHAMAD FAKHRI
Pelajar Tingkatan 5 SMKPTJ

"Ceramah yang boleh merubah peribadi seseorang."
ABDUL HALIM
Pelajar Tingkatan 5 SMKPTJ

"Ceramah yang baik, bersemangat dan bertenaga!"
MOHD ZAFARUDIN
Pelajar Tingkatan 5 SMKPTJ

"Dapat mengubah sahsiah diri dan best"
NUR IZZATI
Pelajar Tingkatan 4 SMKPTJ

"Dapat membangunkan semangat baru untuk fokus dalam pelajaran!"
AISYAH ISMAIL
Pelajar Tingkatan 4 SMKPTJ

"Dapat mempelajari sesuatu yang berguna untuk masa hadapan"
NURIN NAZMIN
Pelajar Tingkatan 4 SMKPTJ


Tuesday, 19-Jun-2007 12:22 Email | Share | | Bookmark
Seminar Kepimpinan Pengawas SMK Teluk Ayer Tawar



19 Jun 2007 merupakan hari yang bermakna untuk Speak Out Training & Management Services kerana diamanahkan untuk berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman bersama para pemimpin pelajar SMK Teluk Ayer Tawar, Butterworth.





Seperti yang selalu meniti di bibir Saudara Badrul Sani, "ini bukan program motivasi biasa!" dan itulah perkataan yang terbaik untuk menggambarkan Seminar Kepimpinan Pengawas SMKTAT ini.
Program ini turut dibantu oleh Speak Out Apprentice, Saudara Nazirul dan Saudara Najib.






Para peserta bukan sahaja didedahkan dengan 4 langkah mudah menjadi Brilliant Leader, malah mereka juga sempat mendalami teknik kekuatan minda yang menjadi kunci utama seorang pemimpin. Dan yang paling menariknya, dalam sesi Battle of the Tounges, peserta bukan setakat mampu memberikan idea yang bernas malah berani untuk menegakkan pendirian masing-masing. Sampai ada yang disuruh senyap untuk memberi laluan kepada peserta lain untuk mengemukakan pendapat! Memang hebat!

Kepada para peserta seminar ini, tahniah kami ucapkan. Selamat Maju Jaya dan semoga menjadi pemimpin yang terbilang!!!

Testimonial Seminar Kepimpinan Pengawas SMKTAT

"I haven't have like this seminar!"
LINGGESAN A/L JAYARAM
Pengawas Tingkatan 1 SMKTAT

"Ceramah ini bagus untuk semua pelajar untuk mempelajari tentang disiplin dan keberanian"
NOR FARZA MISHA
Pengawas Tingkatan 1 SMKTAT

"Meningkatkan lagi keyakinan diri!"
NOOR SYAFATIN AZMIN
Pengawas Tingkatan 4 SMKTAT

"Membuka minda!"
MAHADEWI A/P NAGARAJAN
Pengawas Tingkatan 4 SMKTAT

"Bagus!"
OOI GUAT CHOO
Kaunselor SMKTAT


Monday, 11-Jun-2007 11:30 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang XXI (SMK PENANTI)

Ya, akhirnya Jelajah Pembicara Gemilang kembali lagi. Siri yang ke-21 ini datang bersama beberapa perubahan dan peningkatan dari sudut pengisian dan aktiviti. SMK Penanti, merupakan sebuah sekolah yang bernostalgia untuk Saudara Badrul Sani. Di dewan dan pentas yang sama, Saudara Badrul Sani dan rakan-rakannya dinobatkan sebagai Johan Debat Seberang Perai tahun 2000. Yang paling menyeronokkan apabila SMKA Al-Irshad berjaya menewaskan musuh tradisinya SM Sains Tun Syed Syeh Shahabudin dalam pertandingan tersebut.



Para peserta Jelajah Pembicara Gemilang ke-21 ini memang aktif sama ada ketika ceramah mahupun semasa sesi Battle of Tounges. Seramai 160 orang pelajar tingkatan 6 atas dan rendah menghadiri program ini. Dan alhamdulillah, kesemuanya berpuas hati dan gembira dengan pengisian dan aktiviti yang telah disertai!



Mudah-mudahan program ini bakal memimpin para peserta menjadi insan yang berani dan bijak dalam berbicara dan berfikir. Apa-apa pun, ingat ye "It's all about your mind!"










Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang SMK Penanti

"Penyampaian yang bagus. Harap boleh jumpa lagi!"
SITI AWATIF
Pelajar Tingkatan 6 Rendah SMK Penanti

"Memang best sangat!"
NURMUSTAQIZAH
Pelajar Tingkatan 6 Rendah SMK Penanti

"Program ini amat bermakna untuk saya. Penceramah (Abg Bad) sangat berdedikasi."
HAZRANI
Pelajar Tingkatan 6 Rendah SMK Penanti

"A great motivation!"
SHAHRUL
Pelajar Tingkatan 6 Rendah SMK Penanti

"Bagus, mantap, ada class & tidak memboringkan...Happening giler!"
HANIS
Pelajar Tingkatan 6 Atas SMK Penanti


Sunday, 3-Jun-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark
Coaching Asas Pembicara Gemilang Raja Bahiyah Nur

Saudari Raja Bahiyah Nur telah memilih Speak Out! Training & Management Services sebagai wadah dalam membangunkan kemahiran seni berbicara. Raja Bahiyah yang merupakan seorang biotechnologist di Negeri Sembilan menunjukkan prestasi cemerlang dan peningkatan yang amat baik walau hanya menjalani sesi coaching ini selama 2 jam! Tahniah kepada Saudari Bahiyah! Semoga anda menjadi Pembicara Gemilang yang mampu memanfaatkan masyarakat pada masa akan datang!


Coaching Pembicara Gemilang Raja Bahiyah Nur


Apabila Biotechnologist menjadi Pembicara Gemilang...

Testimonial Coaching Pembicara Gemilang

"Kursus ini memberi saya pelbagai info terutamanya cara-cara penyampaian yang betul dan praktikal kepada apa yang telah saya belajar daripada buku Saudara Badrul. InsyaAllah saya lebih yakin dan bersemangat dalam pengucapan awam."
RAJA BAHIYAH NUR RAJA HIRDAN


[<<  <  57  58  59  60  61  62  63  [64]  65  66  67  68  69  70  71  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net