Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  58  59  60  61  62  63  64  [65]  66  67  68  69  70  71  72  >  >>]    [Archive]
Saturday, 2-Jun-2007 10:15 Email | Share | | Bookmark
Usahawan Next! (Kejutkan Gergasi Dalam Dirimu)

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah telah menganjurkan sebuah program dinamik yang bermatlamatkan untuk melahir dan membangunkan usahawan-usahawan muda yang cemerlang. Diadakan pada 2 & 3 Jun 2007 bertempat di Bilik Seminar, Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, program ini memuatkan pengisian-pengisian yang cukup menarik untuk semua peserta.

Peserta contohnya didedahkan dengan dunia perniagaan dan keusahawan secara praktikal menerusi slot Aprantis yang mana mereka menghadapi tugasan untuk memasarkan produk mereka kepada pasaran sebenar di Bangi. Mereka juga diterapkan kefahaman yang sebenar tentang keusahawanan menerusi slot-slot lain yang menyaksikan tokoh-tokoh ahli perniagaan yang berpengalaman berkongsi pengetahuan melalui ceramah-ceramah mereka.

Speak Out! Training & Management Services diberikan amanah yang cukup besar dalam program Usahawan Next! ini. Saudara Badrul Sani merupakan penceramah yang pertama dan beliau pada hari tersebut berkongsi dengan para peserta tentang rahsia kecemerlangan hidup yang hakiki. Ceramah "Kejutkan Gergasi Dalam Dirimu" telah berjaya dibawa dan para peserta akhirnya sedar, tidak kira siapa mereka, di mana mereka dan apa sahaja yang terjadi pun, semuanya berbalik kepada kekuatan minda mereka. Mereka yang mencorakkan kecemerlangan diri dan mereka jugalah yang menyebabkan musnahnya diri. Alhamdulillah para peserta gembira dan yang paling penting memperoleh manfaat yang cukup besar daripada ceramah Saudara Badrul Sani.

Kepada semua peserta, semoga anda semua berjaya dalam menjadi usahawan yang cemerlang. Gunakan segala ilmu yang diperoleh dalam program tersebut untuk membawa anda ke puncak kegemilangan duniawi dan ukhrawi. It's all about your mind!


Dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Amran Kasimin


"Kejutkan Gergasi Dalam Dirimu!"


Apa yang seronok sangat ni?


Mencorakkan hidup sendiri menerusi sekeping kertas dan sebatang pen!


"Talk Show" - Himpunan tokoh-tokoh perniagaan Muslim yang berpengalaman!


Testimonial Ceramah "Kejutkan Gergasi Dalam Dirimu!"

"Alhamdulillah. Banyak input yang saya dapat daripada Abg Bad. Ceramah yang bersemangat dan memang best. Saya harap dapat dengar lagi!"
NIK NUR SYAZWANI BT. ROSLI
Peserta Usahawan Next

"Talk Abg Bad memang besh. I really enjoyed it! I think u're really great. Banyak yang saya dapat from ur talk. Hope we meet again...InsyaAllah. N tq 4 giving us an entertaining talk."
IRFA SHARAFINA SAMSUDIN
Peserta Usahawan Next

"Baik. Gaya persembahan menarik dan membuatkan saya bersemangat. Saya harap Abg Bad dapat berceramah lagi di sekolah saya. Ceramah yang lain daripada yang lain. Thanks!"
NADHRAH BT. ANNUAR
Peserta Usahawan Next

"Very interesting! Pendekatan yang bagus dan input yang padat.TQ!"
FARHANI MOHD GHANI
Fasilitator Usahawan Next


Monday, 21-May-2007 09:00 Email | Share | | Bookmark
Coaching Asas Pembicara Gemilang Saiful Izzuan

Kali ini Saudara Saiful Izzuan Hussain, mahasiswa jurusan aktuari UKM memilih Speak Out! Training & Management Services sebagai platform memperkaya dan mempertingkat kemahiran seni bicara. Bercita-cita untuk menjadi jutawan Melayu Islam yang cemerlang, Saudara Saiful memulakan langkahnya dengan memperkasakan diri dengan teknik komunikasi yang hebat.





Semoga Saudara Saiful Izzuan mampu berjaya menjadi Pembicara Gemilang dan jutawan terbilang suatu hari nanti. Best of luck!!!

Testimonial Coaching Asas Pembicara Gemilang

"Kursus yang menarik dan banyak membantu saya dalam memahami seni berbicara.Dan terdapat peningkatan dalam presentation saya!"
SAIFUL IZZUAN HUSSAIN


Saturday, 12-May-2007 08:30 Email | Share | | Bookmark
Seminar Debat Parlimen Tasek Gelugor


Uih...macam pemuda UMNO la pulak...


Sekali dengan cikgu pun khusyuk mendengar...


"Kenapa adik-adik mesti sertai bahas..."


Teknik memantapkan vokal...


Syoknye...


AKADEMI Speak Out!


It's all about your mind!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

UMNO Parlimen Tasek Gelugor telah memberikan kepercayaan kepada Speak Out! Training & Management Services untuk mengendalikan sebuah ceramah dan bengkel berkenaan teknik Bahas bersempena dengan Pertandingan Bahas Parlimen Tasek Gelugor.

Sebanyak 10 buah sekolah menghantar wakil masing-masing ke seminar ini. Selain diberikan motivasi, para peserta turut dihidangkan pengisian dan tips untuk menjadi pendebat cemerlang oleh Badrul Sani dan Speak Out! Apprentice; Saudara Nazirul, Najib, Nadiah dan Raidah Khalisah.

Program dimulakan dengan ceramah informatif dan bermotivasi, dan diakhiri dengan bengkel bagi menguji tahap kecemerlangan dan bakat para peserta yang hadir. Alhamdulillah, semuanya mendapat manfaat yang banyak daripada program ini. Kami di Speak Out! TMS mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta dan jadikan Pertandingan Bahas Parlimen Tasek Gelugor ini sebuah pertandingan yang sihat, menarik dan matang!


Friday, 11-May-2007 08:25 Email | Share | | Bookmark
Seminar Kecemerlangan UPSR @ PFK


Seminar Kecemerlangan UPSR @ PFK di Dewan Serbaguna PFK, Gurun.


"Adik pi ambik kamera kat kakak yang dok tangkap gambaq kita tu..."


Sifu kepada Badrul Sani, En. Nazir Desa berkongsi tips Sains bersama peserta


Fuiyoo...serius betul!


Seronok ye adik ni...


Gelak sampai pecah perut...Apa la yg Badrul Sani cakap kat depan tu!?


"Berapa A?"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petronas Fertilizer (Kedah) Sdn Bhd telah menjemput Speak Out Training & Management Services untuk mengendalikan Seminar Kecemerlangan UPSR @ PFK yang berlangsung selama 2 hari di Gurun, Kedah Darul Aman.

Bermatlamatkan sokongan dan bantuan dari segi akademik kepada masyarakat setempat, PFK telah menjemput seramai 160 orang peserta dari beberapa buah sekolah di sekitar Gurun untuk menyertai program ilmiah ini.

Speak Out! TMS dengan kerjasama PUJI (Pusat Tuisyen Jaya Ilmu) telah mempersediakan para peserta dengan motivasi dan teknik-teknik menjawab soalan yang efektif dan menghiburkan. Dimulakan dengan slot Rahsia "Brilliant Students" yang dikendalikan oleh Saudara Badrul Sani, slot Teknik Cemerlang Bahasa Melayu (En. Najib Desa) dan slot Teknik Cemerlang Sains (En. Nazir Desa) pula menyusul. Pada 12 Mei 2007, seminar dimulakan dengan Teknik Cemerlang Matematik (En. Shahrul Anuar dan En. Roslan) dan disusuli dengan Teknik Cemerlang Bahasa Inggeris (Pn Rahamah). Seminar ditutup dengan Rahsia "Brilliant Students" kelima yang disampaikan dengan cemerlang oleh Saudara Ahmad Badrul Sani.

Tahniah kepada semua peserta yang nampaknya seronok dan bertambah keyakinan untuk mendapat 5A dalam UPSR!! GO! 5A!

Testimonial Seminar Kecemerlangan UPSR @ PFK


"Sebuah program yang berfaedah untuk para peserta. Program ini juga lain daripada yang lain kerana selain teknik menjawab soalan, seminar ini turut memberikan motivasi kepada para peserta."
EN. SHALIZAN
Pegawai Petronas Fertilizer (Kedah) PFK


"Seronok sangat! Best! InsyaAllah saya mampu untuk dapat 5A dalam UPSR!"
IKA
Peserta Seminar


"Seronok...Nak lagi!"
FIRDAUS
Peserta Seminar


"Best! Saya yakin boleh dapat 5A dalam UPSR menerusi seminar ini!"
NAJMI
Peserta Seminar


Sunday, 6-May-2007 09:00 Email | Share | | Bookmark
Fiesta Keluarga Bangi


Ambik kak...ambik...It'll change your future, insyaAllah...


Saudara Baahir mempromosikan Speak Out!


"Untuk abg sesuai, untuk anak abg pun boleh..."
___________________________________________________________________________________

Pada 6 Mei 2007. Speak Out! Training & Management Services dengan kerjasama Az-Zahrah Multi-Intelligents Academy telah mengadakan promosi besar-besaran di Taman Tasik Cempaka, Bangi.

Bersempena dengan Fiesta Keluarga Bangi yang ditunjangi pertandingan memancing besar-besaran, Speak Out! TMS mengambil kesempatan di sebalik kesesakan orang ramai untuk mempromosikan Kursus Bijak Berbicara untuk pengunjung yang hadir. Alhamdulillah, kami mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya daripada golongan ibu bapa yang inginkan kemajuan diri anak-anak mereka. Selain itu, terdapat juga golongan dewasa yang berminat untuk menyertai kursus intensif tersebut.

Mudah-mudahan program ini membawa nafas baru untuk Speak Out! TMS membuka pasaran di Bangi, Selangor Darul Ehsan...



[<<  <  58  59  60  61  62  63  64  [65]  66  67  68  69  70  71  72  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net