Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  58  59  60  61  62  63  64  65  [66]  67  68  69  70  71  72  >  >>]    [Archive]
Thursday, 3-May-2007 15:00 Email | Share | | Bookmark
Coaching Asas Pembicara Gemilang (Shafiqah Arifah)


Coaching Pembicara Gemilang...Shafiqah Arifah


Saudara Badrul Sani menerangkan teknik bicara cemerlang secara personal...

_____________________________________________________________________________


Speak Out! Training & Management Services diamanahkan untuk melatih Saudari Shafiqah Arifah dalam mempertingkatkan mutu seni bicaranya. Saudari Shafiqah bakal menduduki ujian dan temuduga untuk menjadi guru tidak lama lagi. Jadi semestinya kecemerlangan berbicara menjadi tuntutan yang amat penting.

Tahniah kepada Saudari Shafiqah yang menunjukkan peningkatan yang baik dalam seni bicara sepanjang coaching ini diadakan. Semoga berjaya menjadi pendidik yang cemerlang, yang mendidik dengan gemilang, untuk melahirkan yang terbilang!

Testimonial Coaching Asas Pembicara Gemilang

"Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Abg Bad kerana telah mengajar saya dalam cara berkomunikasi dengan baik. Dan alhamdulillah saya dapat menguasai sedikit sebanyak dan berasa lebih yakin dengan diri saya."
SHAFIQAH ARIFAH


Monday, 30-Apr-2007 11:45 Email | Share | | Bookmark
Juara Pertandingan Forum Peringkat Negeri Pulau Pinang!

Tahniah! Congratulations kepada SMK St Mark kerana berjaya mengungguli tempat pertama dalam pertandingan akhir forum remaja peringkat negeri!!



Tak sia-sia Saudara Badrul Sani bergegas pulang dari Melaka semata-mata untuk buat kezutan dan memberi sokongan moral kepada mereka ini.



Secara keseluruhan, peserta SMK St Mark membuat satu persembahan yg lain dari yg lain dalam pelbagai aspek. Tahniah kepada guru-guru SMK St Mark atas kebijaksanaan dan kreativiti idea mereka dalam menjayakan forum ini.



Tahniah kepada Saudara Richard (yg turut dinobatkan menjadi Pengerusi terbaik peringkat negeri), Saudari Aliya, Saudari Hasanah, Saudari Fazilah dan Saudari Izzaty atas kejayaan anda!

Teringat waktu train bebudak ni dulu...



Last but not least, Best of luck untuk peringkat kebangsaan pulak ye!!!


Tuesday, 24-Apr-2007 10:30 Email | Share | | Bookmark
Seminar Bijak Berbicara SMK Sri Muda


"It's all about your mind"


Enjoy nampak abg-abg kita?


Awat dok senyum tersipu-sipu ni...


Amboi semangat adik Zul kita ni...


Speak Out! Apprentice memberikan penerangan dan panduan


Cik kak kita beraksi!


Battle of Tounges...Srikandi berhujah


Battle of Tounges...Pemuda pula beraksi


Sambutan hangat dari SMK Sri Muda...

_______________________________________________________________________________


Selepas menerima kunjungan Speak Out! Training & Management Services dalam Jelajah Pembicara Gemilang ke-11 pada 5 April 2007, SMK Sri Muda sekali lagi menjemput kami untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam dunia seni bicara.

Kali ini pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 menjadi sasaran. Dilengkapi dengan 4 orang Speak Out! Apprentice; Saudara Nazirul, Saudara Najib, Saudari Nadia dan Saudari Amirah, Seminar Bijak Berbicara ini berjaya dilaksanakan dalam dua fasa iaitu ceramah dan bengkel.

Seperti biasa Saudara Badrul Sani akan memulakan seminar dengan ceramah dan tips-tips komunikasi berkesan. Kemudian pelajar dipecahkan kepada 4 kumpulan dan dibimbing oleh Speak Out! Apprentice yang hadir.

Berbeza dengan Jelajah Pembicara Gemilang, kali ini kami dapat menguji keberanian, keyakinan dan kemahiran komunikasi setiap peserta. Komen yang diberikan oleh Speak Out! Apprentice sememangnya berguna untuk mereka mempertingkatkan mutu bicara pada masa akan datang.

Secara keseluruhan, para pelajar sememangnya enjoy. Dan dalam masa yang sama mereka turut sedar bahawa dalam usia yang semakin meningkat dewasa, cemerlang berbicara bukan satu kelebihan tetapi satu tuntutan fundamental dalam kehidupan! Best of luck to all of you!

Testimonial Seminar Bijak Berbicara SMK Sri Muda

"Program yang memberi keyakinan dan kesedaran untuk tampil ke hadapan!"
NOOR AZLIANTI BT CHE ALI
Pelajar Tingkatan 5 SMK Sri Muda

"Memberi keyakinan maksimum! It's all about your mind!"
MOHD FAKREE BIN CHE OMAR
Pelajar Tingkatan 6 SMK Sri Muda

"Cara penyampaian & persembahan yang menarik dan mudah difahami. Harap datang lagi!"
TENGKU NOOR AINI
Pelajar Tingkatan 5 SMK Sri Muda

"Memberi banyak faedah dan sangat menghiburkan! Tidak terasa masa berlalu begitu sahaja!"
Guru SMK Sri Muda


Saturday, 21-Apr-2007 20:00 Email | Share | | Bookmark
"Harga Sebuah Amanah" (Program KEMAS SMKA Al-Irshad)













Speak Out! Training & Management Services telah diundang oleh SMKA Al-Irshad dalam menjayakan program KEMAS anjuran pelajar-pelajar SPM 2006. Program ini dibuat khas untuk adik-adik tingkatan 1 yang baru 4 bulan menjadi warga SMKA Al-Irshad.

Alhamdulillah, dengan kehadiran seramai 150 orang peserta dan 30 orang fasilitator, ceramah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik. "Harga Sebuah Amanah" merupakan tajuk yang berintipatikan motivasi, strategi kehidupan dan muhasabah diri.

Uniknya, dalam tempoh satu jam, pelajar yang mulanya terhibur dan seronok dengan telatah Saudara Badrul Sani mengakhiri sesi ini dengan tangisan penuh keinsafan dan keazaman yang jitu dalam jiwa mereka. Saudara Badrul Sani membawa audiens menyusuri perjalanan kehidupan sebagai seorang pelajar sambil menekankan betapa pentingnya untuk berjuang sebagai pelajar pada hari ini. Kemudian beliau membawa para pelajar menginsafi kesalahan dan kekasaran mereka terhadap ibu dan bapa.

Boleh dikatakan kesemua peserta yg hadir menitiskan air mata keinsafan dan slot ini disempurnakan dengan ucapan kalimah Laa ilaaha illa Allah dan doa kecemerlangan yang diaminkan bersama...

Mudah-mudahan kami berharap adik-adik peserta yang hadir bakal menjadi anak yang soleh, hamba yg muhsin, pelajar cemerlang, pemimpin gemilang dan insan terbilang! Ma'assalamah!


Friday, 20-Apr-2007 08:00 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang XX (SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM)













Ha? Biar betul? Jelajah Pembicara Gemilang dah masuk siri ke-20?! Maknanya sudah 20 buah sekolah (tak termasuk sekolah rendah) telah dijelajahi!! Alhamdulillah, kami Speak Out! Training & Management Services merafakkan kesyukuran kerana dengan kebenaran Ilahi, dapat kami meneruskan perjuangan yg suci ini..Perjuangan untuk membangunkan modal insan kelas pertama agar Malaysia muncul sebagai negara yg menghasilkan produk insan terbaik di dunia!

BM High School...sekolah yang berusia 80 tahun ini sememangnya terkenal di Seberang Perai ini. Sekolah ini juga pernah melahirkan pemimpin terbilang seperti Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita...

Pada mulanya program ini hanya untuk 100 orang...Tetapi memandangkan guru-guru yang hadir berasa rugi jika mereka pergi ke kelas untuk mengajar, para guru terus memanggil anak-anak murid mereka yang berada di kelas untuk menyertai sama program ini. Lebih kurang 200 jugak le yang ada. Dan yang paling penting, alhamdulillah, semuanya seronok dan gembira!

Saudara Badrul Sani apabila ditanya tentang komennya tentang Jelajah Pembicara Gemilang ke-20 ini, dia menjawab " Best giler..."

Tahniah kepada semua peserta yang hadir! Harap dapat bersama-sama lagi dengan adik-adik pada masa yg akan datang!

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang XX

"Best giler! Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa best sesangat!"
SUHAILA DALI
Pelajar Tingkatan 4 SMKTBM

"Best sangat! Kalau boleh panjangkan masa lagi sebab tak puas! Thank you so much! Hope dapat join lagi lain kali."
NUR HANISAH OTHMAN
Pelajar Tingkatan 4 SMKTBM

"Ceramah yang terbaik yang pernah saya ikuti. Tidak ada rasa bosan dan mendapat banyak pengetahuan."
RAYMOND TAN CHUN KIT
Pelajar Tingkatan 4 SMKTBM

"Terima kasih...Baru ada rasa semangat nak cakap!"
ASYRAAF AZAHARI
Pelajar Tingkatan 4 SMKTBM

"Nampaknya semua pelajar menunjukkan minat dan konsentrasi sepanjang ceramah berlangsung. Melalui ceramah ini kelihatan para pelajar dapat membina dan meningkatkan kemahiran komunikasi mereka. Tahniah! Kerana berjaya menghidupkan suasana dan semangat pelajar. Jua terima kasih atas perkongsian ilmu. Semoga program ini dapat dijayakan di lain kali. Terima kasih banyak-banyak!"
Pn. Suriani
Guru SMKTBM



[<<  <  58  59  60  61  62  63  64  65  [66]  67  68  69  70  71  72  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net