Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  58  59  60  61  62  63  64  65  66  [67]  68  69  70  71  72  >  >>]    [Archive]
Thursday, 19-Apr-2007 09:00 Email | Share | | Bookmark
Kursus Pembicara Gemilang SMK St Mark







Speak Out! Training & Management Services telah dijemput oleh SMK St Mark untuk mengadakan satu latihan esklusif kepada para peserta pertandingan forum dan pidato sekolah tersebut. Dalam suasana informal, Saudara Badrul Sani bersama perantis-perantisnya, Saudara Firdaus Najib dan Saudara Nazirul berjaya memimpin peserta-peserta tersebut dalam memperbetulkan kelemahan dan meningkatkan kekuatan mereka untuk menjuarai pertandingan yg bakal diadakan tidak lama lagi.

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Izzati, Alya, Hasanah, Richard dan Fazilah. Semoga dibantu Allah dalam mengecapi kejayaan duniawi dan ukhrawi!


Wednesday, 18-Apr-2007 14:30 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang XIX (SMK TUN HUSSEIN ONN)














Setelah selesai menjelajahi SMKDHAK pada sebelah pagi, Speak Out! Training & Management Services sampai ke SMK Tun Hussein Onn pula pada sebelah petangnya.

Kali ini Jelajah Pembicara Gemilang diadakan khusus untuk para pemimpin pelajar SMKTHO. Ada yang presiden kelab, pengerusi persatuan, naib pengerusi, timbalan presiden, kapten pasukan bola sepak dan ramai lagi... Walaupun hanya memuatkan 50-70 orang peserta, tidak kami sangka kehangatan program ini menyamai Jelajah Pembicara Gemilang di SMKDHAK yang menempatkan 200 orang peserta.

Syabas kepada semua peserta yang hadir. Ingat ye, tanpa komunikasi yang cemerlang, amat mustahil untuk kita menjadi pemimpin terbilang... Calo bette!

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang XIX

“Satu kursus yang amat berkesan untuk membimbing para pelajar untuk berbicara di hadapan umum.”
CIKGU HASMARITA
Guru SMK Tun Hussein Onn

“Saya berharap agar program seperti ini dapat diadakan lagi.”
MOHD MUNIR ABDULLAH
Pelajar Tingkatan 5 SMKTHO

“Interesting! Well done! Inspire me to theatre arts!”
SHAZREEN FAZLYNDA FAZLIKU
Pelajar Tingkatan 3 SMKTHO

“Inspired and motivated me a lot. Thanks!”
USWATUN BAHIRAH AHMAD HISHAM
Pelajar Tingkatan 5 SMKTHO


Wednesday, 18-Apr-2007 09:00 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang XVIII (SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR)











Episod ke 18 Jelajah Pembicara Gemilang bersama SMK Datuk Haji Abdul Kadir! Selepas tiba di Penang jam 4.30pg, Saudara Badrul Sani kemudian bergegas pula untuk tiba di SMKDHAK tepat jam 9 pagi. Disambut oleh 200 orang peserta, jelajah kali ini dianggotai oleh Saudara Badrul Sani, Saudari Nadia dan Saudara Mohsein Azmi.

Ramai betul peserta hari tu. Gamat dewan bila semua pakat gelak kuat-kuat. Ini lah rekod kehadiran yang paling besar dalam Jelajah Pembicara Gemilang kerana sebelum kami hanya mengehadkan kepada 100 orang sahaja untuk setiap sesi. Alhamdulillah, walaupun ramai, peserta semuanya berpuas hati dan seronok.

Macam nak tercabut kerongkong Saudara Badrul Sani apabila sampai ke Battle of Tounges. Mana tidaknya, dengan menggunakan mikrofon semula jadi, beliau kena menjerit untuk memprovokasi kedua-dua belah pihak pelajar. Aktif betul mereka hari tu. Yang berani memang berani betul...Ada juga yang malu-malu tapi akhirnya bercakap juga. Tahniah kepada semua! Hope can see u all again!

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang XVIII

“Enjoy sangat. Memberi semangat kepada saya supaya tidak lagi gugup ketika berucap!”
SUDARATI a/p PET TONG
Pelajar Tingkatan 5 SMKDHAK

“Abg Bad memang best!!”
MOHD SABRI
Pelajar Tingkatan 6 SMKDHAK

“Sebagai anak Melayu, kami berbangga dengan Abg Bad.”
NOR AFIFI MUSA
Pelajar Tingkatan 6 SMKDHAK

“Satu program yang menarik dan menakjubkan”
PN. MAZNI
Guru Bahasa Melayu SMKDHAK


Monday, 16-Apr-2007 09:00 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang XVII (SMK ST MARK)













Jelajah Pembicara Gemilang ke-17 kali ini diadakan di SMK St Mark, Butterworth. Bermula lebih kurang jam 9 pagi, Jelajah Pembicara Gemilang ini diadakan khas untuk pelajar-pelajar yang berkecimpung dalam ko-kurikulum dan berpotensi untuk menyinar dalam bidang pidato, syarahan, debat, forum dan pantun.

Tempat ceramahnya juga lain daripada yang lain. Berbentuk mini auditorium, dewan SMK St Mark memberikan suasana unik kepada Jelajah Pembicara Gemilang kali ini. Walaupun peserta hanya lebih kurang 40 orang, gamat juga dewan dibuatnya. Ini disebabkan para peserta SMK St Mark tersangatlah sportingnya...Ia terbukti dalam Battle of Tounges apabila Saudara Badrul Sani terpaksa buat tak tahu kepada mereka yang dah banyak bercakap untuk memberi ruang kepada yang lain...Siap ada yang kena jerkah lagi...hehe

Whatever it is, Speak Out! TMS amat gembira dan berbesar hati berada di SMK St Mark dan kami berharap perkongsian kita hari ini mampu memberi manfaat 'sampei' mati...Best of luck!

p/s: Kepada peserta forum dan pidato, jumpa hari isnin 23 April ini ye! Prepare jangan tak prepare!

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang XVII

"Best gila wa cakap lu! Bagus! Lain kali mai lagi!"
'ALIYA ZULKIFLI
Pelajar Tingkatan 6 SMK St Mark

"Caya la, bagus banget. Teruskan usaha..!!"
NUR IZDIHAR ISHAK
Pelajar Tingkatan 6 SMK St Mark

""Terima kasih kerana beri pendedahan yang bernas. Harap diadakan pada masa hadapan. Sangat seronok!"
HAJA MYDIN
Pelajar Tingkatan 6 SMK St Mark

"Very interesting and factful life lessons. Thank you!! Best of luck"
YOGASHALINI VEERIAH
Pelajar Tingkatan 6 SMK St Mark

"It was interesting and the 'most best' I ever seen"
THAARANI SHAMUGANATHAN
Pelajar Tingkatan 6 SMK St Mark

"Ceramah yang amat memberangsangkan. Dapat memotivasikan pelajar dengan cara yang tidak formal, "enjoy" dan berkesan serta mencuit hati para pendengar. Menggalakkan penglibatan pelajar untuk menyatakan pendirian masing-masing. Pelajar dapat memberanikan diri untuk mengeluarkan pendapat. Penggunaan bahasa yang bersahaja dapat mengujudkan suasana 'relaks' dalam kelangan pelajar."
PUAN FATIMAH
Guru SMK St Mark


Friday, 13-Apr-2007 08:00 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang XVI (SMK KEPALA BATAS)













Uiks...pejam celik pejam celik dah masuk sekolah yang keenam belas! SMK Kepala Batas kali ini menjadi sasaran Speak Out! Training & Management Services.

Bermula jam 8pagi, Jelajah Pembicara Gemilang XVI ini berjaya menarik minat para peserta tentang seni bicara umum yang amat penting untuk semua. Ada yang pada mulanya serius bukan main akhirnya pecah perut jugak dek penangan pengisian program ini. Nampaknya, para peserta kali ini kental betul semangat mereka dalam memperjuangkan pendirian masing-masing dalam Battle of Tounges. Memang tabik spring la untuk semua.

Jelajah Pembicara Gemilang XVI kali ini disertai oleh Saudara Badrul Sani, Saudara Nazirul, Saudari Nadia dan Saudari Amirah.

Terima kasih kepada semua peserta dan guru yang terlibat. Jumpa lagi!

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang XVI

"Ceramah yang diberikan amat baik untuk pelajar dan berguna"
MUHAMMAD HAFIDZ BIN IDRIS
Pelajar Tingkatan 4 SMK Kepala Batas

"Ceramah ini memang best bagi saya...Harap diadakan lagi..."
NORAZIMAH MD ISA
Pelajar Tingkatan 4 SMK Kepala Batas

"Ceramah ini amat berkesan sekali untuk pelajar yang takut. Harap diadakan lagi..."
NURUL ATIQAH ZULKIFLI
Pelajar Tingkatan 4 SMK Kepala Batas

"Terima kasih kerana telah memberi satu pengalaman baru kepada pelajar SMK Kepala Batas. Sekiranya berpeluang kami ingin menjemput lagi untuk mengadakan ceramah bagi memberi "celik akal" kepada seluruh pelajar kami."
KAUNSELOR SMK Kepala Batas

"Ceramah yang sangat menarik dan bermanfaat kepada pelajar."
EN. SAMSUDIN BIN SARIF
Guru Bahasa Melayu SMK Kepala Batas


[<<  <  58  59  60  61  62  63  64  65  66  [67]  68  69  70  71  72  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net