Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  58  59  60  61  62  63  64  65  66  67  [68]  69  70  71  72  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 10-Apr-2007 11:30 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang XV (SMK ALMA)













Fuh...sebaik tamat program di SMK Jalan Damai, Speak Out! Training & Management Services bergegas pula ke SMK Alma yang terletak lebih kurang 6 kilometer dari SMK Jalan Damai. Berbekalkan semangat yang tinggi, Speak Out! TMS alhamdulillah berjaya menggagahi Jelajah Pembicara Gemilang XV dan melaksanakannya dengan cemerlang!

Amboi, bukan main seronok adik-adik kita di SMK Alma ye. Tak kering gusi lah sepanjang program tersebut. Battle of tounges pun menarik dan penglibatan para peserta turut boleh dikatakan aktif. Tahniah kepada adik-adik yang telah hadir ke Jelajah Pembicara Gemilang XV.

"Ingat, kan Abg Bad dah cakap, kita akan belajar benda yang kita akan guna 'sampei' kita mati... betul tak?"

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang XV

"Ceramah yang happening dan kami enjoy larr.."
MAZNI BT UMAR
Pelajar Tingkatan 2 SMK Alma

"Best gilerzz, datang lagi taw!"
NUR ANISAH BT. ABD SAMAD
Pelajar Tingkatan 2 SMK Alma

"This is the best motivation!"
VIKNESH a/l KUMARAGURU
Pelajar Tingkatan 2 SMK Alma

"Your motivation is the most interesting. Thank you and I will follow."
CHARANDEE dan MUHD HAZIQ
Pelajar Tingkatan 2 SMK Alma

"Teknik penyampaian yang menarik dan sesuai dengan audiens. Isi ceramah berkesan dan penyampaian yang bertenaga!"
PN. FATIMAH
Guru Bahasa Melayu SMK Alma


Tuesday, 10-Apr-2007 08:30 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang XIV (SMK JALAN DAMAI)













SMK Jalan Damai! That's our 14th Jelajah Pembicara Gemilang Program!

Program dimulakan pada jam 8.30pagi dan dihadiri oleh lebih kurang 80 orang pelajar. Sebahagiannya mewakili Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Badan Pengawas. Para peserta yang hadir memang best! Selain terhibur dan mendapat banyak manfaat daripada ceramah bertenaga Saudara Badrul Sani, mereka juga enjoy dengan aktiviti Battle of Tounges yang mencabar keberanian dan kematangan.

Apa-apa pun, Speak Out! Training & Management Services amat seronok bersama dengan adik-adik SMK Jalan Damai. Best of luck ye!

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang XIV

"Amat menarik dan memberi keyakinan kepada saya"
OOI SEOCK LOOI
Pelajar Tingkatan 4 SMK Jalan Damai

"He already open my mind!"
LOH YI LING
Pelajar Tingkatan 4 SMK Jalan Damai

"Saya mengetahui banyak teknik bicara!"
SIM HOEY MEAN
Pelajar Tingkatan 4 SMK Jalan Damai

"Amat menarik dan memberi banyak pengalaman kepada saya"
DANIEL CHANG
Pelajar Tingkatan 5 SMK Jalan Damai

"Secara keseluruhannya kursus ini begitu bermakna sekali bukan sahaja untuk pelajar bahkan juga untuk guru-guru yang mengikutinya. Panduan dan tips-tips penting yang diberikan untuk menjadi Pembicara Gemilang dijalankan dengan cara yang mudah difahami dan dalam suasana yang menyeronokkan sekali. Terima kasih tidak terhingga buat penceramah En. Badrul Sani kerana memberikan pengalaman dan panduan yang amat bermakna buat semua yang mengikuti kursus ini."
PN. ZARINAH
Guru Kanan Bahasa
SMK Jalan Damai


Monday, 9-Apr-2007 11:05 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang XIII (SMK PERMAI INDAH)













Nama sekolah ini sesuai dengan lokasi dan panorama sekelilingnya, SMK Permai Indah. Speak Out! TMS kali ini mengunjungi pelajar-pelajar tingkatan 4 SMK Permai Indah dengan matlamat berkongsi ilmu dan pengalaman tentang seni bicara. Komposisi peserta yang dilengkapi oleh pelajar Melayu, Cina dan India, Jelajah Pembicara Gemilang XIII memaparkan suasana menarik dan ceria.

Wah, nampaknya pelajar-pelajar SMK Permai Indah gembira betul dengan program ini. Lihatlah betapa cerianya mereka melayan ceramah Saudara Badrul Sani dan menyertai aktiviti Battle of the Tounges tu. Apa-apa pun, tahniah kepada semua atas prestasi cemerlang yang ditunjukkan. Semoga jumpa lagi!!

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang XIII

"Seronok!"
KAVIHARASEN a/l DURIRAJEE
Pelajar tingkatan 4 SMK Permai Indah

"Abg Bad pandai ajar kami bercakap dan bermesra. Ia akan berguna untuk kami selama-lamanya,"
KAYSAVARTHINI a/p EYOGANATHAN
Pelajar tingkatan 4 SMK Permai Indah

"Seronok, gembira dapat tahu bahawa seni bicara adalah penting."
AMUTHA a/p MUNIANDY
Pelajar tingkatan 4 SMK Permai Indah

"Keseluruhan sangat baik. Pelajar-pelajar diberi pendedahan dan dapat menarik minat mereka untuk berani bercakap. Terima kasih."
PN. NURHANA
Guru SMK Permai Indah


Saturday, 7-Apr-2007 09:30 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang XII (SMK SEBERANG JAYA)

"Seberang Jaya...Hometown untuk Speak Out TMS! Finally Badrul Sani has come back to Seberang Jaya... Macam burung pulang ke sarang la kiranya.."













Alhamdulillah, akhirnya sekolah menengah yang paling dekat dengan Speak Out! TMS telah kami jelajahi pagi tadi. Bersempena dengan hari motivasi di SMK Seberang Jaya, Speak Out! TMS telah dijemput untuk menjadi penceramah pertama dalam majlis tersebut.

Entah apa sebabnya, Saudara Badrul Sani apabila ditanya tentang respon para peserta SMK Seberang Jaya, beliau menjawab "superb!" Memang mengancam habis adik-adik kita kat sana katanya. Apa-apa pun, Speak Out! TMS amat berbangga berada bersama para peserta yang sememangnya sporting, happy dan participative. Dan alhamdulillah, cikgu-cikgu yang ramai hadir turut gembira bersama Speak Out! TMS dalam Jelajah Pembicara Gemilang XII ini...Tahniah kepada semua! Lain kali, kalau nak lagi program bagitau. Ingat apa yang Saudara Badrul Sani cakap mula-mula tadi..." Abg Bad kan duduk jaaaauuhhhh sangat! Hehe"

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang XII

"Abang Bad memang best. Motivasinya meningkatkan semangat saya."
MUHAMMAD IZZUAN B. ROSLAN
Pelajar Tingkatan 5 SMK Seberang Jaya

"Ceramah Happy..Ceramah Berkesan..."
NOOR HASLIZA BT. MOHD. HASHIM
Pelajar Tingkatan 5 SMK Seberang Jaya

"The first motivator yang best pernah saya tengok. Saya banyak belajar how to speak out better!!"
NUR AZUREEN BT ROSLI
Pelajar Tingkatan 5 SMK Seberang Jaya

"Satu motivasi yang berkesan, menarik dan dapat memberi impak yang positif ke atas pelajar-pelajar yang terlibat Tahniah dan terima kasih"
PN. NORIZAH OSMAN
Pen Kanan HEM SMK Seberang Jaya


Friday, 6-Apr-2007 20:00 Email | Share | | Bookmark
Seminar 'Brilliant Student'







Speak Out! Training & Management Services telah diberikan kepercayaan untuk menjayakan sebuah program motivasi dan teknik belajar di Pusat Tuisyen T-Subra, Seberang Jaya pada 6 April 2007 yang lalu.

Menamakan program itu sebagai Seminar 'Brilliant Student,' Speak Out! TMS mengorak langkah membangunkan remaja berusia 12 - 15 tahun untuk menghadapi peperiksaan UPSR dan PMR. 5 Rahsia Brilliant Students telah didedahkan dan 8 Kemahiran Belajar yang efektif telah dikongsi oleh Saudara Badrul Sani dan Saudara Baahir dalam seminar 2 jam itu.

Alhamdulillah, Seminar 'Brilliant Student' ini berjaya mencapai matlamat iaitu untuk memotivasi dan memimpin peserta dalam mengamalkan teknik belajar yang berkesan. Tahniah kepada semua peserta dan selamat maju jaya!


[<<  <  58  59  60  61  62  63  64  65  66  67  [68]  69  70  71  72  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net