Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  58  59  60  61  62  63  64  65  66  67  68  [69]  70  71  72  >  >>]    [Archive]
Thursday, 5-Apr-2007 08:30 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang XI (SMK SRI MUDA)











Pejam celik, pejam celik, dah sebelas buah sekolah sudah dijelajahi...kali ini SMK Sri Muda, Penaga.

Program kali ini dihadiri oleh pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 4 SMK Sri Muda dan alhamdulillah, Jelajah Pembicara Gemilang XI ini mendapat sambutan dan penyertaan yang cukup menggalakkan daripada pelajar dan guru.

Peserta yang pada mulanya malu-malu, akhirnya tidak dapat menahan geli hati dengan pengajaran dan telatah penceramah muda kita, Saudara Badrul Sani. Para peserta juga menunjukkan prestasi menarik dan potensi hebat apabila tiba slot Battle of tounges. Siap ada yang menjerit bersemangat!

Tahniah kepada semua peserta dan guru SMK Sri Muda! InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi!

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang XI

"Good job!"
NOOR ASMA ZAKARIA
Pelajar Tingkatan 4 SMK Sri Muda

"Harus diadakan lagi"
ABDUL WAHAB FADZIL
Pelajar Tingkatan 3 SMK Sri Muda

"Abg Bad memang best!"
MUHAMMAD SUFYAN RADIN
Pelajar Tingkatan 3 SMK Sri Muda

"Program seperti ini amat bagus untuk para pelajar"
MUHAMMAD IDHAM ISMAIL
Pelajar Tingkatan 3 SMK Sri Muda

"Satu program yang baik dan menarik untuk pelajar, dapat membantu dan menambah keyakinan pelajar untuk berdepan dengan orang ramai. Teruskan usaha anda!"
PN. ROSYATIMAH
Guru SMK Sri Muda


Tuesday, 3-Apr-2007 08:30 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang X (Duo Edition) (SMK TMN PERWIRA)












SMK Taman Perwira merupakan sekolah yang amat istimewa kerana telah menganjurkan Jelajah Pembicara Gemilang sebanyak 2 sesi dalam satu hari! Sesi yang pertama bermula jam 8.30pagi manakala sesi yang kedua bermula tepat jam 10.45pagi. Nampaknya Saudara Badrul Sani terpaksa bermati-matian bagi menjayakan program istimewa ini. Mana tidaknya, suara, stamina dan mood beliau mesti berada di tahap yang cemerlang untuk memastikan program Duo Edition ini berjaya. Alhamdulillah, program Duo Edition ini disempurnakan dengan cemerlang... Bayangkan terdapat beberapa orang dari sesi pertama menyertai semula sesi kedua untuk mengikuti program yang sama kerana terlalu berminat!

Kali Speak Out! TMS hanya berdua iaitu Saudara Badrul Sani dan Saudara Firdaus Effendy. Kebanyakan Speak Out! Apprentice yang lain sibuk dengan persiapan hari graduasi SMKA Al-Irshad pada Khamis ini.

Program kali ini juga menyaksikan Saudara Badrul Sani berbicara dalam pelbagai bahasa... Melayu..Mandarin...Kantonis..Tamil...dan Hindi bagi meraikan semua pelajar yang rata-ratanya bukan Melayu. Bukan main seronok lagi peserta dengan program ini. Dan menurut cikgunya, jarang untuk pelajar-pelajar di situ memberikan tumpuan sepenuhnya dalam satu-satu program daripada mula hingga akhir. Alhamdulillah Jelajah Pembicara Gemilang ini berjaya menarik minat dan meninggalkan kesan mendalam kepada para peserta. Tahniah, SMK Tmn Perwira!

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang X (Duo Edition)

"Memang best! Enjoy!"
RAVENESH
Pelajar Tingkatan 4 SMK Tmn Perwira

"I like it so much!"
ONG LAI FAN
Pelajar Tingkatan 3 SMK Tmn Perwira

"Syok 'sempoi'!"
AIDIEL HAZIQ
Pelajar Tingkatan 3 SMK Tmn Perwira

"Dapat belajar sesuatu yang penting dalam kehidupan "
KHOO HOONG ERN
Pelajar Tingkatan 3 SMK Tmn Perwira

"Sangat gembira dan memberi manfaat kepada kami"
KHISHANN (Gerrard)
Pelajar Tingkatan 3 SMK Tmn Perwira

"Suatu kursus yang cemerlang! Tahniah!"
EN. POH SWEE POE
Kaunselor SMK Tmn Perwira

"Suatu ceramah yang memang hebat...Syabas!"
PN. NOR'AINI ABDULLAH
Guru Bahasa Melayu SMK Tmn Perwira


Friday, 30-Mar-2007 08:40 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang IX (SMK TMN INDERAWASIH)

Badrul Sani dan Negro (Ridhwan)...
Semua jantan!
Saudari Nadia menyampaikan tips pilihan lelaki!
View all 7 photos...






Sesungguhnya program Jelajah Pembicara Gemilang pada kali ini amat berbeza dengan dulu...

Pertama, peserta pada hari ini semuanya LELAKI! Jadi saudara Badrul Sani mengisytiharkan hari tersebut sebagai Hari Jantan Sedunia!

Kedua, fokus program ini bukan sekadar tentang teknik bijak berbicara malah ia banyak menekankan tentang aspek motivasi dan perubahan sikap pelajar dalam menjadi pelajar cemerlang. Saudara Badrul Sani bukan main garang lagi kali ini...

Ketiga, program ini juga diselitkan slot khas bersama Sarjan Mejar dari Polis Diraja Malaysia yang membicarakan sedikit sebanyak masalah sosial yang berlaku di Perai. Kecut jugak peserta dengan amaran yang diberikan oleh Tuan Sarjan Mejar kita.

Keempat, program ini juga menyaksikan Speak Out! Apprentice beraksi. Saudara Nazirul, Saudari Nadia dan Saudari Siti Hajar diberi peluang untuk memberikan nasihat dan pesanan membina kepada para peserta.

Dalam slot Battle of tounges, peperangan kali ini sememangnya perang yang sebenar. Maklumlah, semuanya lelaki...Bingit telinga Speak Out! Apprentice dengan pekikan dan laungan hujah hero-hero kita hari tu... Apapun, kami di Speak Out! mengucapkan tahniah kepada adik-adik tingkatan 3 hingga tingkatan 5 yang telah menunjukkan keyakinan masing-masing. Nak takut buat apa? It's all about your mind!!

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang IX

"Memang sempoi dan seronok!"
MUHD RIDHWAN (NEGRO)
Pelajar Tingkatan 5 SMK Tmn Inderawasih

"Program ini memang best!"
ABDUL DANIEL
Pelajar Tingkatan 4 SMK Tmn Inderawasih

"Program nih best gila..."
NOOR HIJRAH
Pelajar Tingkatan 5 SMK Tmn Inderawasih

"BEST!"
FARID FADHIL
Pelajar Tingkatan 5 SMK Tmn Inderawasih


Thursday, 29-Mar-2007 11:10 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang VIII (SMK DATO' ONN)

Wui...seronoknya!
The power of hand!
Fuh...fuh...kena lari...
View all 11 photos...












Speak Out! Training & Management Services kali ini mengunjungi SMK Dato' Onn!! Dianggotai oleh Speak Out! Apprentice; Saudara Nazirul dan Saudari Siti Hajar, program Jelajah Pembicara Gemilang VIII meninggalkan impak yang amat positif kepada peserta dan guru.

SMK Dato' Onn merupakan sebuah sekolah bestari dan ia bukan sekadar gelaran. Dengan penglibatan aktif dan tindakan berani para pesertanya, nyata SMK Dato' Onn menghidupkan gelaran sekolah bestari tersebut. Tahniah! Saudara Badrul ketika ditanya tentang komen Battle of tounges berkata, "They really performed!"

Tahniah sekali lagi kepada semua! Ingat, it's all about your mind!

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang VIII

"Memang betul-betul akan ubah hidup saya. Terima kasih!"
MUHAMMAD RAHMAT JAAFAR
Pelajar tingkatan 4 SMK Dato Onn

"U r the best! I admire u so much!"
NUR SYAHIRAH AZMI
Pendebat SMK Dato' Onn

"Ceramah best, wish u good luck, insyaAllah we'll meet again"
SAIFUL HASZRUL
Pelajar tingkatan 2 SMK Dato' Onn

"Thanx!"
ATIKAH MOHAMED HALIM
Pendebat SMK Dato' Onn

"Tahniah atas kejayaan memberi satu ceramah yang berkesan kepada pelajar untuk menjadi Pembicara Gemilang. Penceramah berjaya menarik minat pelajar hingga ke akhir ceramah."
PN. SOFIAH OTHMAN
Ketua Panitia Bahasa Melayu
SMK Dato Onn


Wednesday, 28-Mar-2007 15:33 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang VII (SMS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN)

Ala malu-malu pulak!
Khusyuk...
Sedang mendengar hujah padu peserta!
View all 6 photos...




Sekolah Menengah Sains Tun Syed Syeh Shahabudin (TUNASS), Bukit Mertajam menerima kunjungan Speak Out! TMS pada 28 Mac 2007 pada jam 3.45 petang. Dengan menghimpunkan 100 orang pelajar yang kebanyakannya pengawas dan pemimpin persatuan, Jelajah Pembicara Gemilang VII kali ini memfokuskan kemahiran berbicara daripada aspek kepimpinan.

Speak Out! Apprentice kali ini dianggotai oleh Saudara Baahir, Saudara Firdaus Najib, Saudari Farhan Alia dan Saudari Siti Hajar. TUNASS nampaknya amat bertuah kerana didatangi oleh barisan Speak Out! Apprentice yang berpengalaman luas dalam bidang seni bicara.

Kematangan bicara pelajar TUNASS dalam sesi Battle of the tounges amat baik dan keberanian mereka terserlah apabila perdebatan semakin hangat hingga ke akhir program. Tahniah kepada mereka yang aktif berbicara tanpa rasa gentar dan kekok! Syabas sekali lagi daripada Speak Out! TMS.

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang VII

"Amat bagus! Tahniah Abg Bad!"
ANIS ARINA
Pelajar Tingkatan 3 TUNASS

"Penyampaian yang menarik! Memberi impak yang bagus untuk kami"
MOHAMAD AZRI B. MOHD YUSOFF
Ketua Pengawas TUNASS

"BEST giler..."
AMIRA
Pelajar Tingkatan 3 TUNASS

"Pengisian yang berjaya. Mampu memberi satu keyakinan kepada pelajar. TQ!"
AMIRUL SHAMIM
Pelajar Tingkatan 5 TUNASS

"Satu persembahan / bengkel yang sangat berkesan dalam masa yang singkat. Teruskan usaha saudara!"
EN. AHMAD FAKHRUL ZAMAN
Guru Pengawas TUNASS


[<<  <  58  59  60  61  62  63  64  65  66  67  68  [69]  70  71  72  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net