Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  58  59  60  61  62  63  64  65  66  67  68  69  [70]  71  72  >  >>]    [Archive]
Monday, 26-Mar-2007 11:00 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang VI (SMK PAUH JAYA)

Amboi gumbiranya!
Tekun melayan hujah peserta lantang...
Cikgu Mazliza...Badrul's teacher when he was 10 years old...




Jelajah Pembicara Gemilang sudah sampai ke episod yang keenam! SMK Pauh Jaya pula menjadi sasaran Speak Out! Training & Management Services.

Kali ini lebih kurang 70 orang pengawas telah dipilih oleh unit bimbingan dan kaunseling sekolah untuk menyertai program ini. Justeru program ini disesuaikan dengan kesedaran dan semangat kepimpinan di sekolah. Alhamdulillah selain sambutan yang menggalakkan, respon peserta juga boleh dikatakan yang terbaik setakat ini. Dalam Battle of Tounges, Saudara Badrul Sani tidak perlu langsung memotivasi mereka untuk bercakap malah beliau pulak terpaksa berlari-lari anak untuk memenuhi permintaan peserta-peserta aktif berkenaan. Syabas SMK Pauh Jaya!

Ada rezeki, insyaAllah kita berjumpa lagi dalam program-program yang akan datang! Calo bette..

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang VI

"Saya lebih berkeyakinan untuk berbicara selepas mengikuti motivasi ini!"
NURUL HUSNA BT. ABU HASSAN
Pelajar Tingkatan 2 SMK Pauh Jaya

"Happy ending, very happy time. I enjoy for all this 'Speak Out.'
SHARIFAH ATHIF WAFIQAH
Pengawas SMK Pauh Jaya

"I'm really enjoy and understand what I've learned!"
NUR FATIN NABILA BT. RAZALI

"Bagus! Seronok! Mendapat banyak faedah!"
MUHAMMAD ASYRAF BIN SABRI
Pengawas SMK Pauh Jaya

"Secara keseluruhannya saya dapati program ini dapat menambah keyakinan dan mencungkil bakat kepimpinan dalam diri pelajar. Penyampaian yang sungguh memberangsangkan daripada seorang motivator yang berpengalaman."
PN. MAZLIZA OSMAN
Kaunselor Pelajar SMK Pauh Jaya




Thursday, 22-Mar-2007 15:25 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang V (SMKA Al-Irshad)

Teknik berbual...
Cara senyum yang menawan..
Enjoy ye!




Akhirnya Pembicara-pembicara Gemilang sudah pulang ke sarang!
Speak Out! TMS pada kali ini menjelajahi SMKA Al-Irshad; tanah tumpah darah kebanyakan ahlinya. Disambut oleh pelajar-pelajar tingkatan 1 seramai 30 orang, program kali ini disertai oleh Speak Out! Apprentice yang paling ramai; Saudara Najib, Nazirul, Firdaus Effendy dan saudari Nadia, Amirah dan Awatief.

Yang menariknya, program yang pada awalnya dikhaskan untuk pelajar tingkatan 1 akhirnya berjaya menggamit pelajar yang lalu lalang di luar dewan untuk menyertainya. Impaknya, peserta akhirnya terdiri daripada semua tingkatan!

Syabas kepada semua peserta Jelajah Pembicara Gemilang SMKA Al-Irshad. Adik-adik sudah memulakan langkah utama dan pertama dalam menjadikan diri sebagai Pembicara Gemilang insyaAllah...

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang V (SMKA Al-Irshad)

"Menarik!"
FARAH DIANA ROSLI
Pelajar Tingkatan 1 SMKA Al-Irshad

"I'm enjoy it! Menarik! Keep it up!"
NUR SHUHADA MOHAMAD RASHID
Pelajar Tingkatan 5 SMKA Al-Irshad

"Penyampaian yang berkesan. Unik dan penuh intipati"
AZRIATON BT. JOHARI
Pelajar Tingkatan 5 SMKA Al-Irshad

"Segalanya BEST! Motivasi penuh dengan isi membina"
MOHD SHAMIL
Pelajar Tingkatan 2 SMKA Al-Irshad


Thursday, 22-Mar-2007 04:37 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang SPECIAL EDITION (SK Kebun Sireh)

Motivasi menghadapi UPSR!
Seronok nyer...
Mengajar shake hand...
View all 4 photos...




Siapa sangka kali ini si cilik pula menjadi sasaran Speak Out! TMS? Jelajah Pembicara Gemilang SPECIAL EDITION direka khas untuk membangunkan kemahiran komunikasi di kalangan pelajar sekolah rendah dan dalam masa yang sama menekankan aspek kecemerlangan akademik. Dan sekolah yang pertama mendapat penghormatan ini ialah Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh.

Speak Out! Apprentice yang mengikuti program ini ialah Saudara Firdaus Najib dan Saudari Nadia.

Saudara Badrul Sani dalam program ini tidak semata-mata membicarakan tentang kemahiran berbicara. Malah beliau memfokuskan terlebih dahulu teknik belajar dan motivasi untuk pelajar-pelajar tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada bulan 7 ini. Semua kelihatan bersemangat dan amat gembira!

Yang menariknya apabila tiba sesi Battle of the Tounges! Rupa-rupanya si cilik ini amat berani berbicara dan matang juga dalam menyampaikan hujah. Seperti biasa, perkara yang amat menyeronokkan ialah apabila adik kecil yang pada mulanya menyorok takut berbicara, akhirnya mara ke depan melontarkan hujah! Sungguh, kami amat kagum dengan keberanian dan kematangan adik-adik.Tahniah adik-adik SK Kebun Sireh!! Semoga berjaya dalam UPSR dan menjadi Pembicara Gemilang!

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang SPECIAL EDITION

"Seronok tidak terhingga dan terhibur!"
MUHAMAD RIDUAN ABDUL MANAP
Pelajar Thn 6 SK Kebun Sireh

"Saya suka berjumpa dengan Abg Badrul"
KHADIJAH BT. RADUWAN
Pelajar Thn 6 SK Kebun Sireh

"Saya akan bertanding pertandingan pidato pada lusa nanti. Abg Bad telah memberikan saya lebih bersemangat. Terima kasih!"
SITI UMMUL HAZIQAH
Pemidato SK Kebun Sireh

"Saya rasa Abg Bad memang berbakat dalam memberi ceramah dan saya akan cuba berusaha sedaya upaya untuk cemerlangkan diri saya dengan cara Abg Bad."
SITI NURFAZHANIM AZNAN
Pelajar SK Kebun Sireh

"Setelah mengikuti kursus ini, saya lebih yakin untuk mendapat 5A dalam UPSR. Thank you Abg Bad!"
NUR AFIQAH AFFENDI
Pelajar Tahun 6 SK Kebun Sireh

"Program ini telah membuka minda pelajar dan memberi kesedaran bahawa mereka berupaya untuk berjaya. Syabas dan tahniah!"
USTAZ MOHD. ROZEE ABD RAZAK
Guru SK Kebun Sireh, Bkt. Mertajam


Monday, 19-Mar-2007 08:45 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang IV (SMK Bakti)

Battle of the Tounges
Just Do It!
Nah...ambik kau!
View all 4 photos...
I dedicate this program to Cikgu Samsudin, Pn. Nuraida, Ustazah Nor Azah.





Speak Out! Training & Management Services kali ini hadir untuk bersama dengan para pelajar SMK Bakti, Tasek Gelugor. Menggunakan format Jelajah Pembicara Gemilang seperti selalu, program kali ini menampakkan kesungguhan para peserta dalam mengambil bahagian sepanjang program. Ketika Battle of Tounges, bilik mesyuarat tersebut bingit dengan suara-suara peserta yang melaungkan pendirian masing-masing. Dan sekali lagi Speak Out! TMS berbangga dengan aplikasi konsep T.A.K.U.T. dalam perdebatan spontan tersebut. Peserta nampaknya benar-benar faham bahawa segala-galanya terbentuk dan musnah di minda kita!

Kali ini Speak Out! Apprentice disertai oleh Saudari Raidah Khalisah, Saudari Nadia, Saudari Farhan dan Saudara Firdaus Effendy. Yang menariknya, Jelajah Pembicara Gemilang kali ini diakhiri dengan sidang pleno antara pendebat-pendebat Bahasa Melayu dan Inggeris SMK Bakti dan Speak Out! TMS. Banyak pengalaman debat dikongsi dan sempat juga kami melatih para pendebat tersebut. Ingat, it's all about your mind!

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang IV

"This programme was superb especially during the Battle of Tounges! It was fun! No more scared to talk!! Thank you!"
MIRA & VINO

"We have learned many information that when we need to talk. This is the best programme. Syukran jazilan!"
YASMIN & NAJIHAH

"This programme was fun and we hope you'll come again!"
RAFIZAH, AISHAH & AMIRA

"You are great & I hope you'll come again! I'm very proud of u!"
FAUZIAH

"Kau memang the bomb!" "Hebat! Teruskan usaha anda semoga diberkati Allah"
PN ASNAH
Guru Bahasa Melayu SMK Bakti

""Syabas! Kepetahan berbicara memikat hati dan menarik sekali. Mudah-mudahan dapat hasilkan CD 'Pembicara Gemilang' pada masa akan datang!"
PN. NOOR AISHDI
Guru SMK Bakti


Friday, 9-Mar-2007 10:45 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang III (SMK Permatang Tok Jaya)

Saudara Fakhri pula menjadi model bahasa badan!
Si Cilik yang berani!
Tu dia...apabila srikandi menyerlahkan cemerlang berbicara!




9 Mac 2007! Maknanya, sebaik selesai program di SMK Kg Selamat, krew Speak Out! Training & Management Services bergegas pula ke SMK Permatang Tok Jaya.
10.45pagi kami memulakan Jelajah Pembicara Gemilang III dan pada jam 12.15tgh hari, para peserta teramat seronok dengan program menarik ini. Yang seronoknya, adik-adik di sini bukan sekadar pelajar sekolah menengah, malah adik-adik sekolah rendah pun ada!
Apa yang paling menyeronokkan pula adalah apabila adik-adik si cilik kita ini turut mengambil bahagian secara aktif dalam Battle of the Tounges! Syabas. Jelajah Pembicara Gemilang III juga turut menyaksikan pertembungan idea antara peserta dalam debat spontan yang akhirnya melibatkan mereka yang diam membisu. Siapa kata adik tak mampu berbicara denga cemerlang? Ingat pesan Saudara Badrul Sani, it's all about your mind!!

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang III

“Rasa lebih berani untuk bercakap di khalayak ramai!”
“ Rasa lebih yakin apa yang kita sampaikan dapat difahami oleh orang yang mendengar”
“Mendapat lebih pengalaman untuk berbicara!”

Adik-adik Pelajar Sekolah Rendah


“Lebih yakin untuk menyampaikan sesuatu pada orang ramai”
NURUL ZALIKA BT. ABDUL WAHID
Pemidato SMK Pmtg Tok Jaya


“Memberi semangat untuk berhadapan dengan orang ramai”
BASYARUL HAFI BIN CHIK HASHIM
Pelajar SMK Pmtg. Tok Jaya

“Menarik, memberikan pelajar-pelajar keyakinan dan kekuatan untuk menghadapi audiens.”
EN. MOHD. SHAMIL
Guru SMK Pmtg. Tok Jaya


[<<  <  58  59  60  61  62  63  64  65  66  67  68  69  [70]  71  72  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net