Want your
own Fotopage?








 
Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 6-Sep-2008 08:00 Email | Share | | Bookmark
Seminar Brilliant Student SMK Jalan 3 (6.9.08)

SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi dijelajah sekali lagi oleh Speak Out! Dan kali ini dengan kerjasama Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Pusat Asasi UIAM, kami membawa 120 orang peserta meneronosi rahsia Brilliant Students!

36 orang fasilitator dari UIAM ini berjaya membimbing para peserta dalam mengaplikasikan teknik-teknik Brilliant Students sepanjang program setengah hari tersebut. Alhamdulillah Seminar Brilliant Students ini berjaya membantu para peserta untuk mempersiapkan diri mereka bagi menghadapi SPM pada tahun hadapan!

Tahniah dan terima kasih kepada semua!












Care to comment?


Saturday, 30-Aug-2008 14:00 Email | Share | | Bookmark
Akademi Bijak Berbicara! Final Round! (30.8.08)



Akademi Bijak Berbicara telah sampai ke kemuncaknya! Pertandingan akhir Bijak Berbicara dilangsungkan di Metro Point Kajang dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pn. Wasitah bt. Hj. Mohd Yusof, Timb. Ketua Pengarah, Bahagian Pembagunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan.



Majlis penuh gilang gemilang ini menyaksikan 8 orang remaja berentap dalam mempersembahkan pidato kemerdekaan dan ceramah motivasi yg dinamik. Diadili oleh para hakim yang cukup berpengalaman, para peserta dan juga audiens telah mempelajari pelbagai teknik untuk berbicara dengan cemerlang.

Setelah 2 pusingan mereka diuji, akhirnya muncullah johan Akademi Bijak Berbicara Musim Pertama, dari SAM Hulu Langat, seorang gadis cantik molek, Saudari Nurul Afiqah bt. Abd Ghaffar!!! Tempat kedua pula jatuh kepada Saudara Farzad b. Abd Jalil dari SAM Sg Merab Luar, dan tempat ketiga pula disandang oleh Saudara Ikmal Din bin Baharudin juga dari SAM Hulu Langat.















Tahniah kepada semua penuntut Akademi Bijak Berbicara!! Mari kita bangun bersama dan meneruskan misi kita yakni; MEMANUSIAKAN MANUSIA!






Care to comment?


Sunday, 24-Aug-2008 01:24 Email | Share | | Bookmark
Akademi Bijak Berbicara! (24.8.08)

Bengkel Bijak Berbicara II selamat dijalankan dengan penuh cemerlang! Kali ini mereka diuji untuk memberikan ceramah motivasi di hadapan para pelajar Kolej Kejururawatan Murni di Nilai, Negeri Sembilan.





Seramai 113 orang pelajar menghadiri program ini dan alhamdulillah kesemua peserta berjaya mempersembahkan ceramah motivasi yang memberangsangkan!





Kemudian, kami pulang ke AMPAC untuk cabaran-cabaran yang berikutnya. Para peserta berpidato pula di hadapan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah!

Dan sebelum bengkel tamat, para peserta telah diuji untuk memastikan siapakah 8 orang finalis Akademi Bijak Berbicara yang bakal diadakan pada 30 Ogos 2008 ini!

Untuk makluman lanjut, sila lawati http://bijakberbicara.wordpress.com


Care to comment?


Saturday, 16-Aug-2008 09:00 Email | Share | | Bookmark
Akademi Bijak Berbicara! (16.8.08)



Speak Out TMS dengan kerjasama AMPAC dan ANF Trade and Communications dengan bangganya mempersembahkan Akademi Bijak Berbicara!!





Tanggal 16 Ogos 2008 telah menjadi saksi, 13 orang pemidato dihimpunkan di Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy untuk mengikuti Bengkel Bijak Berbicara bersama Badr.





Program yang dirakam ini terdiri daripada pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang direka khas untuk membentuk Pembicara Gemilang! Daripada latihan vokal untuk intonasi, latihan gaya persembahan, latihan postur badan, latihan menguatkan suara sehinggalah kepada latihan berhadapan dengan para pengunjung kompleks membeli belah PKNS Bangi!



Alhamdulillah, kesemua peserta telah menunjukkan kesungguhan untuk mempertingkatkan mutu masing-masing. Dan akademi ini baru bermula… Pelbagai lagi cabaran perlu mereka hadapi. Kita tunggu sesi berikutnya yang mana mereka ini perlu memberikan ceramah motivasi di hadapan ratusan orang pelajar Kolej Kejururawatan Murni dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan!!!

All the best kepada semua peserta Akademi Bijak Berbicara!

Care to comment?


Thursday, 7-Aug-2008 05:14 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pecutan Akhir PMR & SPM SAMTEN (7.8.08)

SAM Hulu Langat atau dikenali sebagai SAM10, menjemput kembali Speak Out ke sekolah dan kali ini bagi menyuntik semangat pecutan akhir untuk para calon PMR dan SPM.

Seramai 280 orang pelajar berhimpun dan disajikan dengan pelbagai teknik dan tips bagi menghadapi peperiksaan utama yang akan tiba tidak lama lagi. Macam-macam perkara disentuh dan disuntik; 5 langkah pecutan akhir, teknik mengendalikan masa dan pelbagai aktiviti menarik yang diselang-selikan dengan nasihat, jenaka dan teguran membina.

Tahniah SAMTEN! It's time to change! Get set....GO!!!!!!!









TESTIMONIAL PESERTA

"Best sangat. Pembakar semangat untuk 12A1 dalam SPM."
NOR HAZIRAH HAMDAN

"Sangat berkesan dan bagus. Dijemput datang lagi."
NIK NURUL AMRINARASHADA

"Bagus bangat!"
NABIL NASIR

"It is the greatest motivation."
NURFARAHIN BT. SAAIN

"Sangat best dan mengembalikan semangat yang hampir luntur."
FARAH SHAZWANI

"Best giler...hope leh ikut lg seminar-seminar Abg Badr. X bosan langsung..nak jadi cam Abg Badr. Klo dpt ikut AMPAC lps SPM mesti best..hehe..."
NOR ARNI INTAN SHAFINAZ M.SHUKRI


Care to comment?


Wednesday, 6-Aug-2008 08:30 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pecutan Akhir PMR SMK Taman Kosas (6.8.08)

SMK Taman Kosas Ampang telah mengamanahkan Speak Out untuk membimbing para pelajar sekolah tersebut dalam menempuhi saat-saat akhir sebelum tibanya PMR. Menggunakan konsep Duo Edition, program ini dilakukan sebanyak 2 sesi demi menjamin keberkesanan pembelajaran sepanjang sesi ini.

Berbekalkan semangat untuk berubah dan berjuang habis-habisan, para calon PMR telah mengikuti satu sesi yang cukup memberangsangkan minda untuk mereka lakukan yang terbaik untuk peperiksaan itu. Alhamdulillah, ramai yang sudah hilang semangat akhirnya bersemangat semula untuk berjuang habis-habisan!

Teruskan usaha anda SMKTK! All the best!









Testimonial Pelajar

"It's all about what we want!! Thanks!"
NURUL FARAH AZIERA

"Mendapat ilmu yang tiada di pasaran."
MOHD. FIRDAUS BIN SUKRI

"Bagus, seronok, dpt byk maklumat, pengalaman dan yg paling penting tak mengantuk!"
ALYAA DARWINA

"You are the best!"
LIM CHUN MENG

Care to comment?


Tuesday, 5-Aug-2008 10:00 Email | Share | | Bookmark
Audition Akademi Bijak Berbicara (5.8.08)

Akademi Bijak Berbicara sudah mula menjelajah untuk mencari pemidato-pemidato dan pembicara-pembicara gemilang remaja. Kini sudah 14 orang pelajar dipilih. Dan pada hari ini audition Akademi Bijak Berbicara diteruskan di Sekolah Agama Menengah Sg Merab Luar (SAMSMEL) untuk mencari bakat-bakat terpendam.

Alhamdulillah, ramai di kalangan peserta pada hari tersebut yang hebat. Dan insyaAllah, beberapa daripada mereka akan dipilih untuk menyertai Akademi Bijak Berbicara!










Care to comment?


Tuesday, 5-Aug-2008 09:01 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pecutan Akhir UPSR SK Dusun Nanding (5.8.08)

Speak Out kembali ke SK Dusun Nanding! Dan kali ini para calon UPSR disajikan dengan santapan rohani bagi mempersiapkan mental, spritual, emosional dan fizikal mereka untuk UPSR yang tinggal tidak sampai 30 hari sahaja lagi!

Kali ini Speak Out Team yang diketuai oleh Abg Badr dan dibantu oleh Kak Raidah dan Abg Farish membimbing para peserta dalam memperkukuhkan langkah-langkah terakhir dalam menghadapi UPSR. Alhamdulillah para pelajar semua memperoleh manfaat yang cukup besar dengan perkongsian 2 jam bersama Speak Out!

All the best for your exam! Aja! Aja! Fighting!











bestnye ceramah abang.... Tue 5-Aug-2008 13:44
Posted by:dinef
Add comment


Friday, 1-Aug-2008 08:30 Email | Share | | Bookmark
Seminar Pecutan Akhir UPSR SK Taman Jasmin (1.8.08)

Hampir setahun Speak Out tidak menjejak kaki ke SK Taman Jasmin. Dan kalau dulu Speak Out bersama Jelajah Pembicara Gemilang, kali ini Seminar Brilliant Students menjadi santapan minda para calon UPSR SKTJ.

259 orang pelajar berkumpul dan kesemuanya alhamdulillah memperoleh pelbagai manfaat khususnya motivasi untuk berjuang habis-habisan dalam menghadapi UPSR yang tinggal tak sebulan sahaja lagi.

Badrul Sani dan Raidah Khalisah bergandingan bahu kali ini membimbing para peserta untuk mengatasi kelemahan dan menonjolkan kemahiran masing-masing. InsyaAllah, dengan semangat yang disuntik dan teknik belajar yang diterapkan, mereka ini mampu untuk cemerlang dalam peperiksaan yang bakal menjelang.

All the best SKTJ! SKTJ Perkasa!










Testimonial Peserta


"BEST! Rating 5 star!"
Siaw Chow Peng

"The best seminar in my life!"
Nisha.S

"Abg Badr memang best and powerful untuk memberi motivasi ini! Good luck!"
Nabilah Begum bt. Annuar

"Seminar ini amat bagus untuk murid yang akan mengambil UPSR, PMR dan SPM!"
Nur Hafizatul Ain

ABANG BADR U R BEST -EST!!!!!!! I REALLY ENJOYED THIS MOTIVATION.....THIS IS GOOD 4 UPSR STUDENTS..... Thu 7-Aug-2008 07:12
Posted by:KARTHIGA A/P RAMAH
Add comment


Tuesday, 29-Jul-2008 11:08 Email | Share | | Bookmark
Reunion Kem Al-Falah 2008 (29.07.08)

Tanggal 21 Mac 2008 yang lalu, SMK Jalan 3 telah mengamanahkan Speak Out untuk membimbing calon-calon SPM dalam Kem Al-Falah 2008 di Sg. Congkak, Hulu Langat. Kem ini berjaya membina keyakinan diri dan kerjasama kumpulan di antara peserta.



29 Julai 2008, Speak Out dengan kerjasama SMK Jalan 3, menganjurkan sesi reunion Kem Al-Falah 2008 di Bilik Bimbingan dan Kaunseling sekolah tersebut. Pertemuan santai ini bertujuan untuk sentuhan motivasi bagi menghadapi Pecutan Akhir SPM.

Alhamdulillah, sesi 1 jam setengah ini menjadi titik perkongsian yang cukup bermakna dan sekaligus mengimbau kenangan manis bersama di Sg. Congkak.

Kepada semua peserta Kem Al-Falah 2008, all the best for your SPM!!!








Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.