Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  58  59  60  61  62  63  64  65  66  67  68  69  70  [71]  72  >  >>]    [Archive]
Friday, 9-Mar-2007 08:30 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang II (SMK Kg Selamat)

Ni kenapa tampar pipi sendiri ni?! Senaman pagi!
Battle of the tounges!
Ekspresi dirimu!




Kali ini Speak Out! Training & Management Services mengunjungi para pelajar cemerlang SMK Kampung Selamat! 9 Mac 2007!
Saudara Badrul Sani dalam program ini ditemani oleh Speak Out! Apprentice yang dianggotai oleh Saudara Nazirul, Saudari Nadiah dan Saudari Farhan Alia, bekas pendebat SMKA Al-Irshad 2006.
Program yang bermula tepat jam 8.30pagi ini mendapat respon yang amat menarik daripada peserta yang hadir. Daripada tingkatan 1 hingga 5, pelajar-pelajar ini didedahkan dengan rahsia bahasa badan yang betul dan teknik mempengaruhi pendengar menerusi body language yang meyakinkan. Seperti mana biasa Jelajah Pembicara Gemilang akan diakhiri dengan Battle of the Tounges! Dan pelajar SMK Kg Selamat sudah pun berjaya mengaplikasikan formula T.A.K.U.T dalam bicara mereka. Syabas SMK Kg Selamat!

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang II

“Program ini memberi pengetahuan serta ilmu yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan. Selain itu, program ini memberi satu kekuatan untuk kita terus berjaya.”

NOR IZZATI BT. MUHAMMAD HANAFIAH
Pelajar SMK Kg. Selamat


“Jelajah Pembicara Gemilang membantu saya…
i) mengetahui gaya untuk berbicara dengan baik di depan khalayak ramai
ii) lebih berkeyakinan untuk bercakap
iii) mencetuskan idea yang kritis dan kreatif”

SALMI
Pelajar SMK Kg. Selamat


“Alhamdulillah, pelajar kelihatan gembira mengikuti program ini dan saya sendiri amat berpuas hati dengan persembahan dan pengisian Speak Out! TMS. Satu program yang menarik dan seronok! Saya mendapat pengalaman baru dan akan berusaha mengaplikasikan ilmu dalam P2P.”

PUAN HAIRUN
Guru Bahasa Melayu SMK Kg Selamat


Saturday, 3-Mar-2007 21:30 Email | Share | | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang I (SMK Guar Perahu)

Wajah bakal pemimpin masa depan!
Kaedah terbaik menghilangkan takut!
Yang mulanya pemalu kini yakin berbicara!
I dedicate this program to my beloved teacher... Puan Rosni Rahmat, PK I SMK Guar Perahu.





Program Jelajah Pembicara Gemilang I diadakan di Pusat Ko-Kurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang pada 3 Mac 2007. Program yang dianjurkan oleh Badan Pengawas SMK Guar Perahu ini bermula jam 9.30 mlm hingga 11 mlm.
Secara keseluruhan Jelajah Pembicara Gemilang I berjaya memberi input kepada para pemimpin pelajar. Disulami gelak ketawa dan dilengkapi dengan motivasi bersemangat, para peserta memperoleh banyak rahsia cemerlang berbicara dan yang paling penting teknik untuk menghilangkan takut berbicara. Program ini diakhiri dengan debat spontan antara pelajar yang begitu hangat. Kematangan pengawas SMK Guar Perahu tinggi dan gaya mereka berbicara menampakkan keyakinan sudah mula berputik.
Tahniah SMK Guar Perahu!

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang I

“ Faedah daripada program ini antaranya adalah dapat mengetahui …
i) cara mengatasi perasaan takut
ii) cara berkomunikasi dengan lebih baik dan berkesan
iii) cara menekankan perkara yang ingin disampaikan melalui ekspresi muka dan body language
iv) cara menyampaikan pendapat dengan efektif!”

MUHAMMAD HAFIZUDDIN RAMLI
Pengawas SMK Guar Perahu


“It’s very interesting, full with information, lots of laugh, no boredom and best!!”

ATIKAH, ERNI, NASUHA, FATIN
Pendebat Bahasa Melayu SMKGP


“Jelajah Pembicara Gemilang dapat membentuk jati diri murid-murid ke arah berfikiran positif tanpa di belenggu rasa takut dan risau…”

PUAN HABIBAH
Guru SMK Guar Perahu


Friday, 2-Mar-2007 09:00 Email | Share | | Bookmark
Pelancaran Jelajah Pembicara Gemilang di PPD

Speak Out! Coming to PPD Sbrg Perai Utara dan Tengah
47 BM teachers from various schools
Teknik Bahasa Badan yang mempengaruhi org! S.O.F.T.E.N!
View all 5 photos...




Alhamdulillah, Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara dan Tengah telah menjemput Speak Out! Training & Management Services untuk berkongsi bersama-sama 47 orang guru Bahasa Melayu dari sekolah berasingan tentang teknik melatih dan melahirkan Pembicara Gemilang di kalangan pelajar. Pengarah Urusan Speak Out! TMS, Saudara Badrul Sani berjaya memanfaatkan 1 setengah jam bersama barisan pendidik ini dengan berkongsi pengalaman dan kaedah untuk guru menarik minat, mengasah bakat dan menggarap kebolehan pelajar dalam seni bicara.
Syukur atas penerimaan yang begitu positif daripada guru-guru yang hadir yang tampak begitu gembira mengikuti ceramah ini.
Dalam masa yang sama, Speak Out! TMS juga mengambil kesempatan melancarkan program Jelajah Pembicara Gemilang untuk semua sekolah yang hadir pada hari tersebut. Sebuah program yang direka khas untuk pelajar sekolah dalam menanam minat dalam seni bicara. Alhamdulillah, lebih daripada 40 orang guru mendaftarkan sekolah mereka untuk program ini.
Nantikan kehadiran kami ke sana! Kita berjuang bersama membangunkan agama, bangsa dan negara!


Friday, 23-Feb-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark
Kursus Pembicara Gemilang Az-Zahrah

Kursus Pembicara Gemilang Az-Zahrah
Bersama pihak pengurusan, CEO, doktor, pakar catur dan usahawan
Bagaimana menjadi Pembicara Gemilang dalam karier masing-masing




Speak Out! Training & Management Services telah dijemput oleh Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah untuk mengadakan sebuah program untuk meningkatkan tahap komunikasi umum (public speaking) pihak pengurusan pusat rawatan popular tersebut.
Saudara Badrul Sani memulakan program tentang memberikan penekanan tentang mengapa perlunya hebat berbicara. Kemudian dia meneruskan dengan bagaimana pula menyampaikan bicara dengan penuh cemerlang sehingga mampu mempengaruhi audiens.
Dalam Kursus Pembicara Gemilang Az-Zahrah ini juga, Saudara Badrul Sani mengaplikasikan Speak Out! SWOT Sistem bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan peserta dalam bicara. Dan alhamdulillah peserta yang hadir berpuas hati dengan kursus pendek ini. InsyaAllah, pada masa yang akan datang, Speak Out! akan kembali ke Az-Zahrah untuk sama-sama kita membangunkan diri, agama, bangsa dan negara. Tahniah kepada Pusat Rawatan Az-Zahrah!


Thursday, 1-Feb-2007 08:30 Email | Share | | Bookmark
Seminar Cemerlang UPSR Speak Out!

Team Building!
Bagaimana cara untuk belajar dengan betul?
Ha..apa tu?




Setiap bulan Speak Out! Training & Management Services akan mengadakan Seminar Cemerlang UPSR kepada semua pelajar yang mengikuti Bimbingan Peribadi UPSR kami. Yang paling menarik, seminar ini diadakan secara PERCUMA!
Pelajar didedahkan dengan teknik belajar dengan betul dan program ini turut diperkukuhkan dengan motivasi untuk menjadi seorang pelajar cemerlang, pemimpin gemilang dan anak yang soleh!
Bagi anda yang mempunyai anak yang berada dalam darjah 3,4,5 dan 6, mungkin ini yang anak anda perlukan!


[<<  <  58  59  60  61  62  63  64  65  66  67  68  69  70  [71]  72  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net