Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 9-Mar-2007 08:30 Email | Share | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang II (SMK Kg Selamat)

Ni kenapa tampar pipi sendiri ni?! Senaman pagi!
Battle of the tounges!
Ekspresi dirimu!




Kali ini Speak Out! Training & Management Services mengunjungi para pelajar cemerlang SMK Kampung Selamat! 9 Mac 2007!
Saudara Badrul Sani dalam program ini ditemani oleh Speak Out! Apprentice yang dianggotai oleh Saudara Nazirul, Saudari Nadiah dan Saudari Farhan Alia, bekas pendebat SMKA Al-Irshad 2006.
Program yang bermula tepat jam 8.30pagi ini mendapat respon yang amat menarik daripada peserta yang hadir. Daripada tingkatan 1 hingga 5, pelajar-pelajar ini didedahkan dengan rahsia bahasa badan yang betul dan teknik mempengaruhi pendengar menerusi body language yang meyakinkan. Seperti mana biasa Jelajah Pembicara Gemilang akan diakhiri dengan Battle of the Tounges! Dan pelajar SMK Kg Selamat sudah pun berjaya mengaplikasikan formula T.A.K.U.T dalam bicara mereka. Syabas SMK Kg Selamat!

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang II

“Program ini memberi pengetahuan serta ilmu yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan. Selain itu, program ini memberi satu kekuatan untuk kita terus berjaya.”

NOR IZZATI BT. MUHAMMAD HANAFIAH
Pelajar SMK Kg. Selamat


“Jelajah Pembicara Gemilang membantu saya…
i) mengetahui gaya untuk berbicara dengan baik di depan khalayak ramai
ii) lebih berkeyakinan untuk bercakap
iii) mencetuskan idea yang kritis dan kreatif”

SALMI
Pelajar SMK Kg. Selamat


“Alhamdulillah, pelajar kelihatan gembira mengikuti program ini dan saya sendiri amat berpuas hati dengan persembahan dan pengisian Speak Out! TMS. Satu program yang menarik dan seronok! Saya mendapat pengalaman baru dan akan berusaha mengaplikasikan ilmu dalam P2P.”

PUAN HAIRUN
Guru Bahasa Melayu SMK Kg Selamat


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net