Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 22-Mar-2007 04:37 Email | Share | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang SPECIAL EDITION (SK Kebun Sireh)

Motivasi menghadapi UPSR!
Seronok nyer...
Mengajar shake hand...
UPSR...5A!




Siapa sangka kali ini si cilik pula menjadi sasaran Speak Out! TMS? Jelajah Pembicara Gemilang SPECIAL EDITION direka khas untuk membangunkan kemahiran komunikasi di kalangan pelajar sekolah rendah dan dalam masa yang sama menekankan aspek kecemerlangan akademik. Dan sekolah yang pertama mendapat penghormatan ini ialah Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh.

Speak Out! Apprentice yang mengikuti program ini ialah Saudara Firdaus Najib dan Saudari Nadia.

Saudara Badrul Sani dalam program ini tidak semata-mata membicarakan tentang kemahiran berbicara. Malah beliau memfokuskan terlebih dahulu teknik belajar dan motivasi untuk pelajar-pelajar tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada bulan 7 ini. Semua kelihatan bersemangat dan amat gembira!

Yang menariknya apabila tiba sesi Battle of the Tounges! Rupa-rupanya si cilik ini amat berani berbicara dan matang juga dalam menyampaikan hujah. Seperti biasa, perkara yang amat menyeronokkan ialah apabila adik kecil yang pada mulanya menyorok takut berbicara, akhirnya mara ke depan melontarkan hujah! Sungguh, kami amat kagum dengan keberanian dan kematangan adik-adik.Tahniah adik-adik SK Kebun Sireh!! Semoga berjaya dalam UPSR dan menjadi Pembicara Gemilang!

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang SPECIAL EDITION

"Seronok tidak terhingga dan terhibur!"
MUHAMAD RIDUAN ABDUL MANAP
Pelajar Thn 6 SK Kebun Sireh

"Saya suka berjumpa dengan Abg Badrul"
KHADIJAH BT. RADUWAN
Pelajar Thn 6 SK Kebun Sireh

"Saya akan bertanding pertandingan pidato pada lusa nanti. Abg Bad telah memberikan saya lebih bersemangat. Terima kasih!"
SITI UMMUL HAZIQAH
Pemidato SK Kebun Sireh

"Saya rasa Abg Bad memang berbakat dalam memberi ceramah dan saya akan cuba berusaha sedaya upaya untuk cemerlangkan diri saya dengan cara Abg Bad."
SITI NURFAZHANIM AZNAN
Pelajar SK Kebun Sireh

"Setelah mengikuti kursus ini, saya lebih yakin untuk mendapat 5A dalam UPSR. Thank you Abg Bad!"
NUR AFIQAH AFFENDI
Pelajar Tahun 6 SK Kebun Sireh

"Program ini telah membuka minda pelajar dan memberi kesedaran bahawa mereka berupaya untuk berjaya. Syabas dan tahniah!"
USTAZ MOHD. ROZEE ABD RAZAK
Guru SK Kebun Sireh, Bkt. Mertajam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net