Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 28-Mar-2007 15:33 Email | Share | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang VII (SMS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN)

Ala malu-malu pulak!
Khusyuk...
Sedang mendengar hujah padu peserta!
Anda takut kerana anda T.A.K.U.T!
Aku nikahkan dikau...Hehe
Srikandi menunggu giliran melontar hujah!




Sekolah Menengah Sains Tun Syed Syeh Shahabudin (TUNASS), Bukit Mertajam menerima kunjungan Speak Out! TMS pada 28 Mac 2007 pada jam 3.45 petang. Dengan menghimpunkan 100 orang pelajar yang kebanyakannya pengawas dan pemimpin persatuan, Jelajah Pembicara Gemilang VII kali ini memfokuskan kemahiran berbicara daripada aspek kepimpinan.

Speak Out! Apprentice kali ini dianggotai oleh Saudara Baahir, Saudara Firdaus Najib, Saudari Farhan Alia dan Saudari Siti Hajar. TUNASS nampaknya amat bertuah kerana didatangi oleh barisan Speak Out! Apprentice yang berpengalaman luas dalam bidang seni bicara.

Kematangan bicara pelajar TUNASS dalam sesi Battle of the tounges amat baik dan keberanian mereka terserlah apabila perdebatan semakin hangat hingga ke akhir program. Tahniah kepada mereka yang aktif berbicara tanpa rasa gentar dan kekok! Syabas sekali lagi daripada Speak Out! TMS.

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang VII

"Amat bagus! Tahniah Abg Bad!"
ANIS ARINA
Pelajar Tingkatan 3 TUNASS

"Penyampaian yang menarik! Memberi impak yang bagus untuk kami"
MOHAMAD AZRI B. MOHD YUSOFF
Ketua Pengawas TUNASS

"BEST giler..."
AMIRA
Pelajar Tingkatan 3 TUNASS

"Pengisian yang berjaya. Mampu memberi satu keyakinan kepada pelajar. TQ!"
AMIRUL SHAMIM
Pelajar Tingkatan 5 TUNASS

"Satu persembahan / bengkel yang sangat berkesan dalam masa yang singkat. Teruskan usaha saudara!"
EN. AHMAD FAKHRUL ZAMAN
Guru Pengawas TUNASS


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net