Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 3-Apr-2007 08:30 Email | Share | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang X (Duo Edition) (SMK TMN PERWIRA)












SMK Taman Perwira merupakan sekolah yang amat istimewa kerana telah menganjurkan Jelajah Pembicara Gemilang sebanyak 2 sesi dalam satu hari! Sesi yang pertama bermula jam 8.30pagi manakala sesi yang kedua bermula tepat jam 10.45pagi. Nampaknya Saudara Badrul Sani terpaksa bermati-matian bagi menjayakan program istimewa ini. Mana tidaknya, suara, stamina dan mood beliau mesti berada di tahap yang cemerlang untuk memastikan program Duo Edition ini berjaya. Alhamdulillah, program Duo Edition ini disempurnakan dengan cemerlang... Bayangkan terdapat beberapa orang dari sesi pertama menyertai semula sesi kedua untuk mengikuti program yang sama kerana terlalu berminat!

Kali Speak Out! TMS hanya berdua iaitu Saudara Badrul Sani dan Saudara Firdaus Effendy. Kebanyakan Speak Out! Apprentice yang lain sibuk dengan persiapan hari graduasi SMKA Al-Irshad pada Khamis ini.

Program kali ini juga menyaksikan Saudara Badrul Sani berbicara dalam pelbagai bahasa... Melayu..Mandarin...Kantonis..Tamil...dan Hindi bagi meraikan semua pelajar yang rata-ratanya bukan Melayu. Bukan main seronok lagi peserta dengan program ini. Dan menurut cikgunya, jarang untuk pelajar-pelajar di situ memberikan tumpuan sepenuhnya dalam satu-satu program daripada mula hingga akhir. Alhamdulillah Jelajah Pembicara Gemilang ini berjaya menarik minat dan meninggalkan kesan mendalam kepada para peserta. Tahniah, SMK Tmn Perwira!

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang X (Duo Edition)

"Memang best! Enjoy!"
RAVENESH
Pelajar Tingkatan 4 SMK Tmn Perwira

"I like it so much!"
ONG LAI FAN
Pelajar Tingkatan 3 SMK Tmn Perwira

"Syok 'sempoi'!"
AIDIEL HAZIQ
Pelajar Tingkatan 3 SMK Tmn Perwira

"Dapat belajar sesuatu yang penting dalam kehidupan "
KHOO HOONG ERN
Pelajar Tingkatan 3 SMK Tmn Perwira

"Sangat gembira dan memberi manfaat kepada kami"
KHISHANN (Gerrard)
Pelajar Tingkatan 3 SMK Tmn Perwira

"Suatu kursus yang cemerlang! Tahniah!"
EN. POH SWEE POE
Kaunselor SMK Tmn Perwira

"Suatu ceramah yang memang hebat...Syabas!"
PN. NOR'AINI ABDULLAH
Guru Bahasa Melayu SMK Tmn Perwira


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net