Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Apr-2007 09:00 Email | Share | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang XVII (SMK ST MARK)













Jelajah Pembicara Gemilang ke-17 kali ini diadakan di SMK St Mark, Butterworth. Bermula lebih kurang jam 9 pagi, Jelajah Pembicara Gemilang ini diadakan khas untuk pelajar-pelajar yang berkecimpung dalam ko-kurikulum dan berpotensi untuk menyinar dalam bidang pidato, syarahan, debat, forum dan pantun.

Tempat ceramahnya juga lain daripada yang lain. Berbentuk mini auditorium, dewan SMK St Mark memberikan suasana unik kepada Jelajah Pembicara Gemilang kali ini. Walaupun peserta hanya lebih kurang 40 orang, gamat juga dewan dibuatnya. Ini disebabkan para peserta SMK St Mark tersangatlah sportingnya...Ia terbukti dalam Battle of Tounges apabila Saudara Badrul Sani terpaksa buat tak tahu kepada mereka yang dah banyak bercakap untuk memberi ruang kepada yang lain...Siap ada yang kena jerkah lagi...hehe

Whatever it is, Speak Out! TMS amat gembira dan berbesar hati berada di SMK St Mark dan kami berharap perkongsian kita hari ini mampu memberi manfaat 'sampei' mati...Best of luck!

p/s: Kepada peserta forum dan pidato, jumpa hari isnin 23 April ini ye! Prepare jangan tak prepare!

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang XVII

"Best gila wa cakap lu! Bagus! Lain kali mai lagi!"
'ALIYA ZULKIFLI
Pelajar Tingkatan 6 SMK St Mark

"Caya la, bagus banget. Teruskan usaha..!!"
NUR IZDIHAR ISHAK
Pelajar Tingkatan 6 SMK St Mark

""Terima kasih kerana beri pendedahan yang bernas. Harap diadakan pada masa hadapan. Sangat seronok!"
HAJA MYDIN
Pelajar Tingkatan 6 SMK St Mark

"Very interesting and factful life lessons. Thank you!! Best of luck"
YOGASHALINI VEERIAH
Pelajar Tingkatan 6 SMK St Mark

"It was interesting and the 'most best' I ever seen"
THAARANI SHAMUGANATHAN
Pelajar Tingkatan 6 SMK St Mark

"Ceramah yang amat memberangsangkan. Dapat memotivasikan pelajar dengan cara yang tidak formal, "enjoy" dan berkesan serta mencuit hati para pendengar. Menggalakkan penglibatan pelajar untuk menyatakan pendirian masing-masing. Pelajar dapat memberanikan diri untuk mengeluarkan pendapat. Penggunaan bahasa yang bersahaja dapat mengujudkan suasana 'relaks' dalam kelangan pelajar."
PUAN FATIMAH
Guru SMK St Mark


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net