Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 18-Apr-2007 09:00 Email | Share | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang XVIII (SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR)











Episod ke 18 Jelajah Pembicara Gemilang bersama SMK Datuk Haji Abdul Kadir! Selepas tiba di Penang jam 4.30pg, Saudara Badrul Sani kemudian bergegas pula untuk tiba di SMKDHAK tepat jam 9 pagi. Disambut oleh 200 orang peserta, jelajah kali ini dianggotai oleh Saudara Badrul Sani, Saudari Nadia dan Saudara Mohsein Azmi.

Ramai betul peserta hari tu. Gamat dewan bila semua pakat gelak kuat-kuat. Ini lah rekod kehadiran yang paling besar dalam Jelajah Pembicara Gemilang kerana sebelum kami hanya mengehadkan kepada 100 orang sahaja untuk setiap sesi. Alhamdulillah, walaupun ramai, peserta semuanya berpuas hati dan seronok.

Macam nak tercabut kerongkong Saudara Badrul Sani apabila sampai ke Battle of Tounges. Mana tidaknya, dengan menggunakan mikrofon semula jadi, beliau kena menjerit untuk memprovokasi kedua-dua belah pihak pelajar. Aktif betul mereka hari tu. Yang berani memang berani betul...Ada juga yang malu-malu tapi akhirnya bercakap juga. Tahniah kepada semua! Hope can see u all again!

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang XVIII

“Enjoy sangat. Memberi semangat kepada saya supaya tidak lagi gugup ketika berucap!”
SUDARATI a/p PET TONG
Pelajar Tingkatan 5 SMKDHAK

“Abg Bad memang best!!”
MOHD SABRI
Pelajar Tingkatan 6 SMKDHAK

“Sebagai anak Melayu, kami berbangga dengan Abg Bad.”
NOR AFIFI MUSA
Pelajar Tingkatan 6 SMKDHAK

“Satu program yang menarik dan menakjubkan”
PN. MAZNI
Guru Bahasa Melayu SMKDHAK


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net