Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 20-Apr-2007 08:00 Email | Share | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang XX (SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM)













Ha? Biar betul? Jelajah Pembicara Gemilang dah masuk siri ke-20?! Maknanya sudah 20 buah sekolah (tak termasuk sekolah rendah) telah dijelajahi!! Alhamdulillah, kami Speak Out! Training & Management Services merafakkan kesyukuran kerana dengan kebenaran Ilahi, dapat kami meneruskan perjuangan yg suci ini..Perjuangan untuk membangunkan modal insan kelas pertama agar Malaysia muncul sebagai negara yg menghasilkan produk insan terbaik di dunia!

BM High School...sekolah yang berusia 80 tahun ini sememangnya terkenal di Seberang Perai ini. Sekolah ini juga pernah melahirkan pemimpin terbilang seperti Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita...

Pada mulanya program ini hanya untuk 100 orang...Tetapi memandangkan guru-guru yang hadir berasa rugi jika mereka pergi ke kelas untuk mengajar, para guru terus memanggil anak-anak murid mereka yang berada di kelas untuk menyertai sama program ini. Lebih kurang 200 jugak le yang ada. Dan yang paling penting, alhamdulillah, semuanya seronok dan gembira!

Saudara Badrul Sani apabila ditanya tentang komennya tentang Jelajah Pembicara Gemilang ke-20 ini, dia menjawab " Best giler..."

Tahniah kepada semua peserta yang hadir! Harap dapat bersama-sama lagi dengan adik-adik pada masa yg akan datang!

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang XX

"Best giler! Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa best sesangat!"
SUHAILA DALI
Pelajar Tingkatan 4 SMKTBM

"Best sangat! Kalau boleh panjangkan masa lagi sebab tak puas! Thank you so much! Hope dapat join lagi lain kali."
NUR HANISAH OTHMAN
Pelajar Tingkatan 4 SMKTBM

"Ceramah yang terbaik yang pernah saya ikuti. Tidak ada rasa bosan dan mendapat banyak pengetahuan."
RAYMOND TAN CHUN KIT
Pelajar Tingkatan 4 SMKTBM

"Terima kasih...Baru ada rasa semangat nak cakap!"
ASYRAAF AZAHARI
Pelajar Tingkatan 4 SMKTBM

"Nampaknya semua pelajar menunjukkan minat dan konsentrasi sepanjang ceramah berlangsung. Melalui ceramah ini kelihatan para pelajar dapat membina dan meningkatkan kemahiran komunikasi mereka. Tahniah! Kerana berjaya menghidupkan suasana dan semangat pelajar. Jua terima kasih atas perkongsian ilmu. Semoga program ini dapat dijayakan di lain kali. Terima kasih banyak-banyak!"
Pn. Suriani
Guru SMKTBM



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net