Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 21-Apr-2007 20:00 Email | Share | Bookmark
"Harga Sebuah Amanah" (Program KEMAS SMKA Al-Irshad)













Speak Out! Training & Management Services telah diundang oleh SMKA Al-Irshad dalam menjayakan program KEMAS anjuran pelajar-pelajar SPM 2006. Program ini dibuat khas untuk adik-adik tingkatan 1 yang baru 4 bulan menjadi warga SMKA Al-Irshad.

Alhamdulillah, dengan kehadiran seramai 150 orang peserta dan 30 orang fasilitator, ceramah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik. "Harga Sebuah Amanah" merupakan tajuk yang berintipatikan motivasi, strategi kehidupan dan muhasabah diri.

Uniknya, dalam tempoh satu jam, pelajar yang mulanya terhibur dan seronok dengan telatah Saudara Badrul Sani mengakhiri sesi ini dengan tangisan penuh keinsafan dan keazaman yang jitu dalam jiwa mereka. Saudara Badrul Sani membawa audiens menyusuri perjalanan kehidupan sebagai seorang pelajar sambil menekankan betapa pentingnya untuk berjuang sebagai pelajar pada hari ini. Kemudian beliau membawa para pelajar menginsafi kesalahan dan kekasaran mereka terhadap ibu dan bapa.

Boleh dikatakan kesemua peserta yg hadir menitiskan air mata keinsafan dan slot ini disempurnakan dengan ucapan kalimah Laa ilaaha illa Allah dan doa kecemerlangan yang diaminkan bersama...

Mudah-mudahan kami berharap adik-adik peserta yang hadir bakal menjadi anak yang soleh, hamba yg muhsin, pelajar cemerlang, pemimpin gemilang dan insan terbilang! Ma'assalamah!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net