Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 24-Apr-2007 10:30 Email | Share | Bookmark
Seminar Bijak Berbicara SMK Sri Muda


"It's all about your mind"


Enjoy nampak abg-abg kita?


Awat dok senyum tersipu-sipu ni...


Amboi semangat adik Zul kita ni...


Speak Out! Apprentice memberikan penerangan dan panduan


Cik kak kita beraksi!


Battle of Tounges...Srikandi berhujah


Battle of Tounges...Pemuda pula beraksi


Sambutan hangat dari SMK Sri Muda...

_______________________________________________________________________________


Selepas menerima kunjungan Speak Out! Training & Management Services dalam Jelajah Pembicara Gemilang ke-11 pada 5 April 2007, SMK Sri Muda sekali lagi menjemput kami untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam dunia seni bicara.

Kali ini pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 menjadi sasaran. Dilengkapi dengan 4 orang Speak Out! Apprentice; Saudara Nazirul, Saudara Najib, Saudari Nadia dan Saudari Amirah, Seminar Bijak Berbicara ini berjaya dilaksanakan dalam dua fasa iaitu ceramah dan bengkel.

Seperti biasa Saudara Badrul Sani akan memulakan seminar dengan ceramah dan tips-tips komunikasi berkesan. Kemudian pelajar dipecahkan kepada 4 kumpulan dan dibimbing oleh Speak Out! Apprentice yang hadir.

Berbeza dengan Jelajah Pembicara Gemilang, kali ini kami dapat menguji keberanian, keyakinan dan kemahiran komunikasi setiap peserta. Komen yang diberikan oleh Speak Out! Apprentice sememangnya berguna untuk mereka mempertingkatkan mutu bicara pada masa akan datang.

Secara keseluruhan, para pelajar sememangnya enjoy. Dan dalam masa yang sama mereka turut sedar bahawa dalam usia yang semakin meningkat dewasa, cemerlang berbicara bukan satu kelebihan tetapi satu tuntutan fundamental dalam kehidupan! Best of luck to all of you!

Testimonial Seminar Bijak Berbicara SMK Sri Muda

"Program yang memberi keyakinan dan kesedaran untuk tampil ke hadapan!"
NOOR AZLIANTI BT CHE ALI
Pelajar Tingkatan 5 SMK Sri Muda

"Memberi keyakinan maksimum! It's all about your mind!"
MOHD FAKREE BIN CHE OMAR
Pelajar Tingkatan 6 SMK Sri Muda

"Cara penyampaian & persembahan yang menarik dan mudah difahami. Harap datang lagi!"
TENGKU NOOR AINI
Pelajar Tingkatan 5 SMK Sri Muda

"Memberi banyak faedah dan sangat menghiburkan! Tidak terasa masa berlalu begitu sahaja!"
Guru SMK Sri Muda


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net