Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 11-May-2007 08:25 Email | Share | Bookmark
Seminar Kecemerlangan UPSR @ PFK


Seminar Kecemerlangan UPSR @ PFK di Dewan Serbaguna PFK, Gurun.


"Adik pi ambik kamera kat kakak yang dok tangkap gambaq kita tu..."


Sifu kepada Badrul Sani, En. Nazir Desa berkongsi tips Sains bersama peserta


Fuiyoo...serius betul!


Seronok ye adik ni...


Gelak sampai pecah perut...Apa la yg Badrul Sani cakap kat depan tu!?


"Berapa A?"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petronas Fertilizer (Kedah) Sdn Bhd telah menjemput Speak Out Training & Management Services untuk mengendalikan Seminar Kecemerlangan UPSR @ PFK yang berlangsung selama 2 hari di Gurun, Kedah Darul Aman.

Bermatlamatkan sokongan dan bantuan dari segi akademik kepada masyarakat setempat, PFK telah menjemput seramai 160 orang peserta dari beberapa buah sekolah di sekitar Gurun untuk menyertai program ilmiah ini.

Speak Out! TMS dengan kerjasama PUJI (Pusat Tuisyen Jaya Ilmu) telah mempersediakan para peserta dengan motivasi dan teknik-teknik menjawab soalan yang efektif dan menghiburkan. Dimulakan dengan slot Rahsia "Brilliant Students" yang dikendalikan oleh Saudara Badrul Sani, slot Teknik Cemerlang Bahasa Melayu (En. Najib Desa) dan slot Teknik Cemerlang Sains (En. Nazir Desa) pula menyusul. Pada 12 Mei 2007, seminar dimulakan dengan Teknik Cemerlang Matematik (En. Shahrul Anuar dan En. Roslan) dan disusuli dengan Teknik Cemerlang Bahasa Inggeris (Pn Rahamah). Seminar ditutup dengan Rahsia "Brilliant Students" kelima yang disampaikan dengan cemerlang oleh Saudara Ahmad Badrul Sani.

Tahniah kepada semua peserta yang nampaknya seronok dan bertambah keyakinan untuk mendapat 5A dalam UPSR!! GO! 5A!

Testimonial Seminar Kecemerlangan UPSR @ PFK


"Sebuah program yang berfaedah untuk para peserta. Program ini juga lain daripada yang lain kerana selain teknik menjawab soalan, seminar ini turut memberikan motivasi kepada para peserta."
EN. SHALIZAN
Pegawai Petronas Fertilizer (Kedah) PFK


"Seronok sangat! Best! InsyaAllah saya mampu untuk dapat 5A dalam UPSR!"
IKA
Peserta Seminar


"Seronok...Nak lagi!"
FIRDAUS
Peserta Seminar


"Best! Saya yakin boleh dapat 5A dalam UPSR menerusi seminar ini!"
NAJMI
Peserta Seminar


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net