Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 2-Jun-2007 10:15 Email | Share | Bookmark
Usahawan Next! (Kejutkan Gergasi Dalam Dirimu)

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah telah menganjurkan sebuah program dinamik yang bermatlamatkan untuk melahir dan membangunkan usahawan-usahawan muda yang cemerlang. Diadakan pada 2 & 3 Jun 2007 bertempat di Bilik Seminar, Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, program ini memuatkan pengisian-pengisian yang cukup menarik untuk semua peserta.

Peserta contohnya didedahkan dengan dunia perniagaan dan keusahawan secara praktikal menerusi slot Aprantis yang mana mereka menghadapi tugasan untuk memasarkan produk mereka kepada pasaran sebenar di Bangi. Mereka juga diterapkan kefahaman yang sebenar tentang keusahawanan menerusi slot-slot lain yang menyaksikan tokoh-tokoh ahli perniagaan yang berpengalaman berkongsi pengetahuan melalui ceramah-ceramah mereka.

Speak Out! Training & Management Services diberikan amanah yang cukup besar dalam program Usahawan Next! ini. Saudara Badrul Sani merupakan penceramah yang pertama dan beliau pada hari tersebut berkongsi dengan para peserta tentang rahsia kecemerlangan hidup yang hakiki. Ceramah "Kejutkan Gergasi Dalam Dirimu" telah berjaya dibawa dan para peserta akhirnya sedar, tidak kira siapa mereka, di mana mereka dan apa sahaja yang terjadi pun, semuanya berbalik kepada kekuatan minda mereka. Mereka yang mencorakkan kecemerlangan diri dan mereka jugalah yang menyebabkan musnahnya diri. Alhamdulillah para peserta gembira dan yang paling penting memperoleh manfaat yang cukup besar daripada ceramah Saudara Badrul Sani.

Kepada semua peserta, semoga anda semua berjaya dalam menjadi usahawan yang cemerlang. Gunakan segala ilmu yang diperoleh dalam program tersebut untuk membawa anda ke puncak kegemilangan duniawi dan ukhrawi. It's all about your mind!


Dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Amran Kasimin


"Kejutkan Gergasi Dalam Dirimu!"


Apa yang seronok sangat ni?


Mencorakkan hidup sendiri menerusi sekeping kertas dan sebatang pen!


"Talk Show" - Himpunan tokoh-tokoh perniagaan Muslim yang berpengalaman!


Testimonial Ceramah "Kejutkan Gergasi Dalam Dirimu!"

"Alhamdulillah. Banyak input yang saya dapat daripada Abg Bad. Ceramah yang bersemangat dan memang best. Saya harap dapat dengar lagi!"
NIK NUR SYAZWANI BT. ROSLI
Peserta Usahawan Next

"Talk Abg Bad memang besh. I really enjoyed it! I think u're really great. Banyak yang saya dapat from ur talk. Hope we meet again...InsyaAllah. N tq 4 giving us an entertaining talk."
IRFA SHARAFINA SAMSUDIN
Peserta Usahawan Next

"Baik. Gaya persembahan menarik dan membuatkan saya bersemangat. Saya harap Abg Bad dapat berceramah lagi di sekolah saya. Ceramah yang lain daripada yang lain. Thanks!"
NADHRAH BT. ANNUAR
Peserta Usahawan Next

"Very interesting! Pendekatan yang bagus dan input yang padat.TQ!"
FARHANI MOHD GHANI
Fasilitator Usahawan Next


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net