Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-Jun-2007 11:30 Email | Share | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang XXI (SMK PENANTI)

Ya, akhirnya Jelajah Pembicara Gemilang kembali lagi. Siri yang ke-21 ini datang bersama beberapa perubahan dan peningkatan dari sudut pengisian dan aktiviti. SMK Penanti, merupakan sebuah sekolah yang bernostalgia untuk Saudara Badrul Sani. Di dewan dan pentas yang sama, Saudara Badrul Sani dan rakan-rakannya dinobatkan sebagai Johan Debat Seberang Perai tahun 2000. Yang paling menyeronokkan apabila SMKA Al-Irshad berjaya menewaskan musuh tradisinya SM Sains Tun Syed Syeh Shahabudin dalam pertandingan tersebut.



Para peserta Jelajah Pembicara Gemilang ke-21 ini memang aktif sama ada ketika ceramah mahupun semasa sesi Battle of Tounges. Seramai 160 orang pelajar tingkatan 6 atas dan rendah menghadiri program ini. Dan alhamdulillah, kesemuanya berpuas hati dan gembira dengan pengisian dan aktiviti yang telah disertai!



Mudah-mudahan program ini bakal memimpin para peserta menjadi insan yang berani dan bijak dalam berbicara dan berfikir. Apa-apa pun, ingat ye "It's all about your mind!"










Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang SMK Penanti

"Penyampaian yang bagus. Harap boleh jumpa lagi!"
SITI AWATIF
Pelajar Tingkatan 6 Rendah SMK Penanti

"Memang best sangat!"
NURMUSTAQIZAH
Pelajar Tingkatan 6 Rendah SMK Penanti

"Program ini amat bermakna untuk saya. Penceramah (Abg Bad) sangat berdedikasi."
HAZRANI
Pelajar Tingkatan 6 Rendah SMK Penanti

"A great motivation!"
SHAHRUL
Pelajar Tingkatan 6 Rendah SMK Penanti

"Bagus, mantap, ada class & tidak memboringkan...Happening giler!"
HANIS
Pelajar Tingkatan 6 Atas SMK Penanti


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net