Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 19-Jun-2007 12:22 Email | Share | Bookmark
Seminar Kepimpinan Pengawas SMK Teluk Ayer Tawar



19 Jun 2007 merupakan hari yang bermakna untuk Speak Out Training & Management Services kerana diamanahkan untuk berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman bersama para pemimpin pelajar SMK Teluk Ayer Tawar, Butterworth.





Seperti yang selalu meniti di bibir Saudara Badrul Sani, "ini bukan program motivasi biasa!" dan itulah perkataan yang terbaik untuk menggambarkan Seminar Kepimpinan Pengawas SMKTAT ini.
Program ini turut dibantu oleh Speak Out Apprentice, Saudara Nazirul dan Saudara Najib.






Para peserta bukan sahaja didedahkan dengan 4 langkah mudah menjadi Brilliant Leader, malah mereka juga sempat mendalami teknik kekuatan minda yang menjadi kunci utama seorang pemimpin. Dan yang paling menariknya, dalam sesi Battle of the Tounges, peserta bukan setakat mampu memberikan idea yang bernas malah berani untuk menegakkan pendirian masing-masing. Sampai ada yang disuruh senyap untuk memberi laluan kepada peserta lain untuk mengemukakan pendapat! Memang hebat!

Kepada para peserta seminar ini, tahniah kami ucapkan. Selamat Maju Jaya dan semoga menjadi pemimpin yang terbilang!!!

Testimonial Seminar Kepimpinan Pengawas SMKTAT

"I haven't have like this seminar!"
LINGGESAN A/L JAYARAM
Pengawas Tingkatan 1 SMKTAT

"Ceramah ini bagus untuk semua pelajar untuk mempelajari tentang disiplin dan keberanian"
NOR FARZA MISHA
Pengawas Tingkatan 1 SMKTAT

"Meningkatkan lagi keyakinan diri!"
NOOR SYAFATIN AZMIN
Pengawas Tingkatan 4 SMKTAT

"Membuka minda!"
MAHADEWI A/P NAGARAJAN
Pengawas Tingkatan 4 SMKTAT

"Bagus!"
OOI GUAT CHOO
Kaunselor SMKTAT


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net