Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 23-Jun-2007 15:00 Email | Share | Bookmark
Seminar Pecutan Akhir UPSR (SK Batu Empat)




Bertempat di Akademi Naza, Gurun, Kedah Darul Aman, Speak Out Training & Management Services telah dijemput oleh SK Batu 4 untuk menyampaikan ceramah motivasi untuk para pelajar darjah 6 sekolah tersebut sebagai persiapan terakhir sebelum menjelang peperiksaan percubaan dan UPSR yang sebenar.





Dianggotai oleh Saudara Badrul Sani, Saudara Baahir, Saudara Najib dan Saudari Illy Nadia, Speak Out TMS alhamdulillah berjaya membantu adik-adik ini menerobosi rahsia kecemerlangan pelajar cemerlang. Dengan berbekalkan semangat dan rasa tanggungjawab, Saudara Badrul Sani yang masih demam sempat membuatkan adik-adik ini tertawa, serius dan gembira.






Dibantu oleh Saudari Illy Nadia yang berkongsi teknik menguruskan masa dan jadual pecutan akhir, program ini sememangnya membantu para pelajar dan guru dalam mempersiapkan diri menghadapi UPSR pada 3,4 & 5 September 2007. Kepada adik-adik semua, kami di Speak Out mengucapkan selamat maju jaya dan semoga sentiasa di bawah lindungan dan pertolongan Allah s.w.t..



Testimonial Seminar Pecutan Akhir UPSR SK Batu 4

"Saya sungguh seronok mendengar ceramah ini!"
FATEHAH
Pelajar Darjah 6 SKBT4

"Isi ceramah yang mantap. Berjaya menarik minat murid. Tahniah!"
CIKGU NATRAH
Guru SKBT4

"Penyampaian menarik! Tahniah!"
CIKGU MUNAWARAH
Guru SKBT4


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net