Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 17-Jul-2007 09:00 Email | Share | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang AMPAC I (SMK Jalan 3)

Akhirnya Jelajah Pembicara Gemilang lahir semula. Kali ini dengan beberapa pembaharuan, ia digelar Jelajah Pembicara Gemilang AMPAC yang lebih menarik dan informatif.



SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi sememangnya amat istimewa kerana dipilih menjadi sekolah pertama yang menjalankan program Jelajah Pembicara Gemilang AMPAC ini. Dihadiri lebih 100 orang pelajar tingkatan 4, program ini berjaya memberi impak dan pendedahan baru untuk para peserta.



Alhamdulillah, meskipun ini sekolah yang pertama, Speak Out TMS yang kini bergabung dengan Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy berjaya melakukan yang terbaik. Pecah perut para peserta dibuatnya sambil minda mereka diisi dengan ilmu dan pengalaman yang cukup bermanfaat.



Para peserta seperti biasa diasak minda dan lisan mereka dengan aktiviti The Battle of Tounges yang kali ini lebih mencabar. Tahniah kepada mereka yang pada mulanya gentar tetapi akhirnya mampu mengatasi ketakutan diri sendiri.





Emm...Hari Jumaat ni, AMPAC akan kembali ke SMK Jalan 3 untuk bersama para pemimpin pelajar tingkatan 1 dan 2 pula. Nantikan Jelajah Pembicara Gemilang AMPAC 2.

Testimonial Jelajah Pembicara Gemilang AMPAC 1

"Best sangat-sangat!"
Siti Nurafiqah Bt. Mohd Azmi
Pelajar Tingkatan 4 SMKJ3

"Penyampaian sangat bagus dan menyeronokkan!"
Muhammad Amirurrahim Amir Hassan
Pelajar Tingkatan 4 SMKJ3

"Best sangat, selalunye ceramah boring, tapi yang ni best"
Nur Najihah
Pelajar Tingkatan 4 SMKJ3

"Best!! Lain kali buat lagi!"
Amalina Omar
Pelajar Tingkatan 4 SMKJ3


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net