Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 30-Aug-2007 06:14 Email | Share | Bookmark
Seminar Bijak Berbicara @ UIAM





Panggilan daripada Kelab Debat dan Pidato Bahasa Melayu UIAM adalah antara yang dinantikan oleh Speak Out Training & Management Services. Sebagai bekas ahli kelab tersebut, Saudara Badrul Sani berasa amat berbesar hati untuk menabur bakti dalam membangunkan potensi bakal-bakal pendebat dan pemidato hebat UIAM.





Tepat jam 8.30mlm, seminar dimulakan dengan persoalan yang amat penting..."Are you on the right track?" Satu soalan yang mencabar keputusan pelajar dalam menyertai kelab debat dan pidato tersebut. Kupasan demi kupasan diberikan bagi menunjukkan bahawa mereka sebenarnya berada di tempat yang betul, pada waktu yang tepat dan bersama para pembimbing yang hebat.



Seminar malam itu juga mengimbau perkara pokok dalam menjadi seorang Pembicara Gemilang. Memandangkan kebanyakan mereka ini sudahpun cemerlang berbicara, seminar malam tersebut lebih berkonsep back to basic yang mengukuhkan kembali perkara yang sedia utuh dalam diri peserta.





Seperti biasa, Battle of the Tounges akan menjadi penyeri seminar. Perbincangan semestinya matang berbanding peringkat sekolah dan kali ini ia semakin hangat dan menyeronokkan. Syabas diucapkan kepada anda semua. Mudah-mudahan adik-adik semua bakal menjadi seorang Pembicara Gemilang suatu hari nanti.





And always remember...It's all about your mind!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net