Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 7-Sep-2007 09:00 Email | Share | Bookmark
Seminar Bijak Berbicara bersama 200 orang kaunselor!

Alhamdulillah, sesungguhnya hari ini merupakan hari ini yang paling penting dalam sejarah Speak Out TMS dan Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy. Program Seminar Bijak Berbicara bersama 200 orang kaunselor daerah Hulu Langat ini dianjurkan oleh Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah dengan kerjasama guru-guru SMK Jalan 3 dan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat.



Yang menariknya, program ini dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Amran Kasimin, ADUN Bangi dan dihadiri oleh wakil-wakil dari Kementerian Pelajaran Malaysia (YM Raja Mazlan) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Turut menghadiri program ini ialah para pengetua dan guru besar dari 70 lebih buah sekolah daerah Hulu Langat selain para kaunselor seramai lebih 200 orang.



Saudara Badrul Sani pada hari bersejarah tersebut berjaya menambat hati audiens dengan telatahnya. Dan syukur, perkongsian ilmu pada hari tersebut mendapat respon yang cukup baik daripada para tetamu yg hadir.





Alhamdulillah, menerusi program ini, kami mengambil kesempatan untuk melancarkan Jelajah Pembicara Gemilang untuk semua sekolah rendah dan menengah daerah Hulu Langat. Dan alhamdulillah sebanyak 73 buah sekolah sudah menempah Speak Out untuk menggegarkan sekolah mereka!!





Setelah Daerah Seberang Perai Utara dan Tengah, nantikan pula Jelajah Pembicara Gemilang Siri Daerah Hulu Langat!!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net