Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 5-Oct-2007 08:30 Email | Share | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang SK Leftenan Adnan (Siri 23)

5 Oktober 2007, Speak Out menjelajah ke SK Leftenan Adnan bagi menyempurnakan Jelajah Pembicara Gemilang Siri 23. Mengambil sempena nama pejuang kemerdekaan, Leftenan Adnan yang juga anak kelahiran di kawasan tersebut, sekolah ini menyimpan seribu satu kenangan.

Dihadiri oleh pelajar darjah 5 dan 6, Jelajah Pembicara Gemilang sekali lagi berjaya membimbing para peserta dalam mendalami ilmu dan kemahiran seni berbicara.

Dengan penekanan yang jelas tentang kepentingan seni berbicara, program ini turut memuatkan mesej-mesej moral yang mengajak para remaja mengorak langkah menjadi insan terbilang. Kepada adik-adik SK Leftenan Adnan, bakarlah semangat dalam dirimu sepertimana maraknya kesungguhnya Allahyarham Leftenan Adnan dalam menentang penjajahan Jepun. Malaysia Boleh!









TESTIMONIAL

"Program ini best giler dan lain kali buatlah lame-lame sikit..."
ANIS FARHANA MUHAMAD

"Program ini seronok dan perlu diteruskan. Program ini sangat berguna kepada semua orang."
AISYAH AKLIAH MALIKI

"Best dan tidak membosankan. Banyak mendapat maklumat. Program ini perlu diteruskan. Saya terhibur dengan program ini."
ANITH DAYANA RAHMAT

"Program ini menarik dan lawak...Best giller "
AFIQ NAZRIN AMER HAMZAH


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net