Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 30-Oct-2007 08:30 Email | Share | Bookmark
Jelajah Pembicara Gemilang SMK Bandar Damai Perdana (Siri 34)

Ini kali kedua Speak Out Training & Management Services menjelajahi SMK Bandar Damai Perdana. Dan kali ini peserta yang menyertai program ini ialah pelajar tingkatan 3, yang sedang menikmati kehidupan pasca PMR.

Pada mulanya, ada para pelajar yang tidak berminat untuk hadir ke program ini, namun alhamdulillah, selepas 10 minit mengikuti Jelajah Pembicara Gemilang, ramai pula yang berminat. Alhamdulillah, selesainya program ini bersama selesainya rasa takut para pelajar dalam menghadapi ketakutan untuk berbicara. Tahniah, insyaAllah ada rezeki kita berjumpa lagi!









Testimonial

"Ceramah ini sangat seronok dan menghiburkan. Ianya amat berkesan untuk semua. Ia banyak membantu saya untuk berkomunikasi. Memang best! Harap abg bad dapat datang lagi."
INTAN DAYANA ATHIERA

"Pada pendapat saya, ceramah yang disampaikan oleh Abg Bad memang best. Dengan gambar yg mencuit hati, mimik muka yang kelakar, memang syok la. Tapi tak sedar dah dua jam berlalu nak buat camne setiap yang bermula mesti berakhir."
NAZIRAH AHMAD NAZIR

"Dapat mengurangkan perasaan takut dalam diri saya. Sebelum ini, semasa cikgu BI saya menyuruh saya menyertai pertandingan public speaking, saya tiada berkeyakinan dan malu tetapi sekarang saya yakin dan saya berhasrat untuk menyertainya."
BAVAHNI RAJENTHIRAN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net