Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 6-Mar-2008 11:00 Email | Share | Bookmark
Seminar BS & Jelajah PG (Trio Edition) SMK Pandan Indah

Buat pertama kali dalam sejarah Speak Out, dalam satu hari 3 ceramah diberikan kepada 3 kumpulan pelajar yang berbeza di sekolah yang sama....SMK Pandan Indah menyaksikah sejarah ini dicipta...

Marathon ini dimulakan dengan Seminar Brilliant Students untuk para calon PMR dan SPM SMK Pandan Indah. Kemudian selepas makan tengah hari dan solat zuhur, ceramah kedua pula diteruskan dengan modul Seminar Brilliant Students bersama para pelajar tingkatan 1. Yang menariknya 90% para pelajar yang hadir semuanya mengenali Saudara Badrul Sani kerana mereka pernah menghadiri Jelajah Pembicara Gemilang di sekolah rendah mereka dahulu...Dah jadi macam gathering...

Kemudian, selepas 10 minit berehat, ceramah ketiga pula diadakan untuk para pelajar Tingkatan 2 dan kali ini mereka mendapat input menerusi modul menarik, Jelajah Pembicara Gemilang. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, enjoyable dan bermanfaat untuk semua yg hadir secara sengaja atau tidak sengaja....

Syukur ke hadrat Ilahi kerana misi ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Tahniah kepada semua!







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net