Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 21-Mar-2008 15:50 Email | Share | Bookmark
Program Al-Falah SMK Jalan 3 (Kem Yakin Diri)



Speak Out Training & Management Services baru-baru ini telah mengadakan Kem Yakin Diri; Ikhtiar Hidup bersempena dengan Program Al-Falah SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi. Program yang disertai pelajar-pelajar bijak seramai 42 orang ini diadakan di Kem Rimba Ria Suara Hutan, Sg. Congkak.





Program ini bertemakan survival dan matlamat utamanya adalah untuk membina keyakinan diri para calon SPM ini sebelum menghadapi peperiksaan terpenting tersebut. Meskipun begitu, program mencabar ini bersifat santai, enjoy dan adakalanya serius. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dilaksanakan ialah Latihan Dinamika Kumpulan, Nightwalk, Jungle Trekking, Ikhtiar Hidup, Flying Fox, dan pelbagai lagi aktiviti mencabar mental dan fizikal.







Sepanjang program ini, yang penakut akhirnya mampu mengatasi ketakutan. Yang manja akhirnya mengambil keputusan untuk menjadi lasak. Yang berani meningkatkan keupayaan menjadi pemimpin. Alhamdulillah, semua peserta yang menyertai program berasa amat seronok dan mendapat banyak pengajaran! Walaupun hujan lebat pada hari kedua, semua itu dilihat sebagai menyempurnakan lagi program ini sebagai program yang benar-benar adventurous!



Syukur segalanya berjalan dengan selamat dan menyeronokkan. Mudah-mudahan program ini bakal membantu para peserta ini mencorak kecemerlangan sebagai pelajar yang yakin! Tahniah semua! See you all in Kem Al-Falah 08 Reunion!!!










Testimonial

“Saya belajar banyak daripada kem ini. Terutama tentang keyakinan diri, kerjasama pasukan dan perlunya ingat Allah selalu walau di mana dan apa keadaan sekalipun. Kem ini bagus dan abang-abang dan kakak-kakak fasi semuanya senang serasi. Saya banyak belajar tentang cara-cara nak survive dalam hutan.”
MADIHA SYAKIRAH MOHD ROHANI

“Semuanya sempurna. Best sangat! Thanx. Dapat banyak pengetahuan” (5 Bintang)
ANIS SYAHIRAH ALI AZHAR

“Sangat menyeronokkan, sangat memuaskan, dan harus diteruskan!” (4.5 Bintang)
MUHAMMAD HANIF BIN MOHD ZAINAL

“Kem ini sangat membina keyakinan diri saya. Saya harap saya dapat menyertai sekali lagi kem ini. Akhir sekali, semua aktiviti begitu bagus dan menyeronokkan.” (5 Bintang)
AMEERAH HUSNA AB RAZAK
[b]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net